Balik kampung...ooo balik kampung... ngeee...
Alhamdulillah, semua kerja yang patut sudah beres siang tadi... Harap-harap itulah yang diminta dan itulah yang saya bagi. Kalau pun ada kesilapan, bukanlah kesilapan besar. Cuma masih ada beberapa perkara yang belum beres tapi tak mengapa. Bukan hal yang besar. Tidak perlu risau sangat.
Saya cuma tahu, tatkala keluar dari negeri Sabah maka hal kerja bukan dalam diari saya. Mungkin ada, tapi bukan untuk difikirkan. Sila pergi main jauh-jauh wahai hal kerja. Saya mahu bersama keluarga. Saya mahu jadi anak solehah dan kakak mithali raya tahun ni. Mana tahu, raya tahun depan tak berkesempatan. Kononnya lah...Heee...
SELAMAT HARI RAYA BUAT SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEANTERO DUNIA. SEMOGA SYAWAL TAHUN INI MEMBERI BERKAT KEPADA SEMUA. DIHARAP JUGA RAMADHAN YANG BEBERAPA HARI LAGI AKAN BERLALU TIDAK PERGI BEGITU SAHAJA.
Salam.
Peace.
Peace.


No comments:
Post a Comment