Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 July 2011

Kerja gila

Salam..

Tiada kata yang dapat digambarkan tentang perasaan saya ketika ini. Gembira yang terlalu gembira. Langsung tidak disangka-sangka.

Penantian hampir 12 tahun akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Perangai gila-gila yang menguasai diri akhirnya 'mengizinkan' saya untuk membuat kerja gila. Namun, kerja gila ini adalah sungguh berbaloi. Kerja gila ini adalah sesuatu yang amat saya nanti-nantikan. Kerja gila ini membuatkan saya tersenyum sepanjang masa. Kerja gila ini menjadikan saya manusia yang paling gembira di dunia tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Saya akan lupakan perkara yang bukan-bukan. Saya tidak mahu ingat kejadian yang membuatkan kepala saya pecah. Saya tidak akan mengenang kisah yang mengecewakan dan menyedihkan kerana saya bakal berhadapan dengan sebuah kisah yang bakal menjadi sejarah dalam hidup saya.

YES!!!!!

SAYA BERJAYA MEMBELI TIKET WESTLIFE ASIA 'GRAVITY' TOUR 2011! SAYA SUDAH BERJAYA MEMBELI TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK SEMPENA HARI KEJADIAN ITU!!!

Maka dengan ini saya berkongsi info kepada mereka yang ingin ke sana nanti. Sila layari www.ticketpro.com.my untuk melihat harga tiket dan membelinya. Dengan sukacita tanpa rasa bersalah atau menyesal, saya telah membeli tiket untuk kategori 'GOLD'. Ada Premier, ada Platinum, ada Gold, ada Silver dan Bronze. Silver dan bronze tidak disediakan tempat duduk. Maknanya, suka hati kamu nak duduk celah mana. Tetapi bagi Premier, Platinum dan Gold, penonton telah diberikan nombor bagi setiap tempat duduk. Ekslusif tak pilihan saya? Ngeee...
Nasib tak gila ambil Premier. Eh, kalau saya pergi berseorangan, boleh jadi saya beli yang Premier.

Terima kasih sayang dan Yda bebeh kerana sudi bersama saya nanti.

Yeay!!! Dapat jumpa Nicky, Shane, Mark dan Kian. Bukan setakat dalam gambar dan CD sahaja. Yeay!!!

Peace.

1 comment:

eLLy said...

Waaahhhhh...best juga la ida...:)