Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 July 2011

Kalau ber'kalau'




Salam.

Kebelakangan ini saya kerap bangkit awal. Sebab bersahur ganti puasa..kihkih.. Padan muka. Siapa suruh tak ganti awal-awal? Dah dekat Ramadhan baru kalut terhegeh-hegeh nak mengganti. Tinggal sehari lagi untuk mengganti. Ingat nak habiskan hari ni, tapi ada kelas dengan budak-budak kecil.

Semalam berpuasa sambil mengajar/mengejar budak-budak tu semua. Aduh, penatnya. Baru lima orang. Dah lah mengantuk, air tak cukup, kena pula layan satu-satu. Yang banyak mulut, banyak mulutnya. Yang suka berjalan, banyak jalannya. Baru saya tahu, bukan senang nak ajar budak sekolah rendah.

Syukurlah diberi rezeki mengajar budak-budak sekolah menengah. Walau apapun, lain orang lain gayanya. Gaya saya mungkin lebih sesuai untuk budak yang sepatutnya dah reti berfikir. Kalau tidak, memang saya tak tahan sabar lah. Huhuhu..

Apa-apa pun, sekali sekala dengan budak-budak kecil pun seronok juga.

Oh, kalau berkalau.

Kalau ber'kalau' ni, hidup tak pernah sempurna. Apa saja yang kita buat, tak menjadi. Sebab asyik ber'kalau'.
#Kalaulah aku ada kereta mewah... #Kalaulah aku dapat pergi luar negara... #Kalaulah duit aku dalam bank tu jumlah ribu riban... #Kalaulah...kalaulah...

Tak silap (kalau silap, tolong betulkan) Rasulullah s.a.w sendiri bersabda, tak elok ber'kalau'. Seumpamanya tidak mensyukuri nikmat rezeki dan kehidupan yang telah Tuhan berikan kepada kita pada waktu itu.

Tapi bukan pula maksud, bila dah tak dapat apa yang 'kalau' maknanya tak dapat langsung. Maksud dia lebih kurang, jika rezeki tidak mengizinkan kita untuk memiliki yang bukan milik kita pada kala itu, tak elok bersedih, merasakan seolah-olah Tuhan tak bagi rezeki langsung. Padahal rezekinya ada, cuma belum sampai ke tahap yang diidamkan. Apakata kita berusaha supaya angan-angan menjadi kenyataan. Betul tak?

Jujurnya, saya manusia biasa macam kalian pun tak lepas daripada ber'kalau'. Cepat-cepatlah muhasabah diri. Belum sampai masanya, belum sampai jodohnya dengan benda yang kita nak. Jangan putus asa, berusahalah untuk memperolehinya. Tapi seandainya sesuatu itu bukanlah keperluan, maka tidak mengapalah kalau bukan rezeki. Keinginan boleh dipenuhi bila-bila masa. Pentingkan yang utama. Utamakan yang penting. Wah! Macam bagus je bunyinya... :D

Impian saya sekarang adalah untuk memiliki tablet kunyah.. eh, silap. Tablet yang canggih yang orang ada duit dok pakai sekarang... saya ada duit juga, kalau kata tak ada duit pembohonglah cikgu tak ada duit. Cuma, jumlahnya tidak genap untuk saya bermewah-mewah. Lagipun itu bukannya keperluan, cuma kehendak.

Tapi, kalau ada orang hadiahkan seronok juga... tehee..




Salam.
Peace.

2 comments:

hamzah ian said...

nak satu bijik samsung

NSMY said...

kalau dpt free, sy pon nak.. sapa nk bagi ni? terima kasih kerana membaca. :)