Salam.
Saya beli beg baru. Yeay, yeay! Ada beg baru...
Ehem.. hmm.. *Maaf, tajuk di atas telah menipu anda. :p*
Apin-Apin, 2 Julai - Sambutan hari guru disambut dengan jayanya oleh sebilangan besar kakitangan pendidik dan juga kakitangan sokongan. Acara sambutan yang dianjurkan oleh pihak Pembimbing Rakan Sebaya itu turut mendapat sokongan padu daripada para pelajar yang hadir pada hari berkenaan.
Selain daripada sambutan hari guru, pada tarikh yang sama juga diadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan. Seperti yang telah sedia maklum, larian ini adalah
wajib bagi semua sekolah di seluruh Malaysia. Seusai larian dan sambutan hari guru, permainan badminton diadakan di Dewan Dato' Anthony Undan di antara para pelajar dan guru-guru yang bersemangat waja. Penulis berkesempatan untuk kembali mengasah skil dalam permainan pingpong setelah tewas dalam perlawanan badminton menentang CikElyna dan pasangan beregunya iaitu CikCarol. Huhu~~
Bolehlah~~
Sebelah malamnya pula, satu jamuan ringkas telah diadakan di Hotel Perkasa, Keningau sempena sambutan hari guru peringkat SMKAA.
Oh, by the way. Saya tak banyak cerita nak kongsi. Saya berjaya meneruskan misi menambah jumlah pendapatan dengan mengadakan tuisyen untuk anak-anak rakan sekerja. Jualan yang tidak terjual semasa hari koperasi hari tu pun alhamdulillah, lebih separuhnya berjaya dijual di koperasi dan semasa sambutan hari guru. Ada 25 batang aiskrim lagi. Baru pagi tadi saya kira dalam peti ais. Hahaha...
Ada satu petikan yang saya suka, ingin saya kongsi bersama :
"Treat a person as what he is, then he'll become what he is. Treat a person as what he should be, then he'll become what he should become." - I forgot the person who quotes this.. alamak! Nanti cari balik lah.
Demi terbaca kata-kata ini, terus saya berfikir panjang. Terus saya teringat anak-anak didik saya. Selama ini adakah saya melayan mereka mengikut siapa diri mereka, atau apa yang saya ingin mereka jadi?
Ehm... saya perlu fikir lagi. Jawapannya sudah ada, tinggal untuk diadaptasi lagi.
Ah, malas sudah mahu cerita.
Salam.
Peace.
p/s macam caca marba lagi sekali ja ni.. hmm..


No comments:
Post a Comment