Salam.
Rajin pula minggu ni nak kemaskini blog. Padahal bukan ada cerita bagus atau yang menyeronokkan pun. Ehm.. fikir sekejap.
Oh, lama rasanya saya tak bercerita tentang budak-budak. Almaklum, kalut dengan masalah bodoh yang sebenarnya kalau saya buat bodoh, bukan apa-apa. Inilah jadinya apabila saya sudah tidak menjadi saya yang dahulu.
Well, everything has pro and con. :)
Teringat pula pada satu kelas tingkatan 5 yang saya ajar sekarang. Semua lelaki. Kelas Automotif. Semuanya ada dalam lebih kurang 25 orang, kalau tak silap. Tapi paling ramai yang pernah saya jumpa, dalam 15 orang. Selalunya tak sampai 10 orang. Ke mana mereka, wallahualam... :)
Walaupun demikian, saya tak pernah rasa nak marah bila berada di kelas ni. Saya sentiasa senyum.. Sekejap, rasanya saya pernah cerita pasal mereka. Tunggu, nak korek entri lama sekejap..
............
...........
........
.......
......
....
....
...
..
.
Haaa! Ini pun dia. Alhamdulillah, sampai sekarang saya masih boleh senyum dan ketawa dengan mereka. Kalau marah pun.. ehm, tak pernah marah kot. Tegur-tegur manja adalah. Nak dijadikan cerita, pada suatu waktu pagi yang mendamaikan...
Saya kurang pasti masa tu saya bercerita tentang apa. Tajuk utamanya sudah hilang dari ingatan saya, tapi yang nyata saya ada bercerita tentang gaya bahasa, slang, sebutan dan yang sewaktu dengannya.
Dalam tengah kusyuk bercerita, ada seorang bertanya tentang loghat Kelantan. Sebagai seorang guru yang sifatnya adalah berkongsi ilmu, maka saya terangkan apa yang telah ditanya.
Apa itu 'abe'? Kalau 'awak' dalam loghat Kelantan apa. Dan ianya berlanjutan sehinggalah ada yang bertanya tentang loghat-loghat negeri lain. Untuk beberapa ketika saya melayan karenah mereka. Tidak mengapa, itu pun dikira ilmu juga. Mana tahu, suatu hari nanti mereka keluar dari bumi Keningau, kan mudah kalau sudah tahu sedikit sebanyak loghat negeri lain.
Tiba-tiba...
S : Isyy... kamu ni. Sudah, sudah, kerja yang teacher bagi tak siap-siap lagi. Siapkan cepat. Tinggal berapa masa saja lagi ni.
P : Teacher, inilah cara kami habiskan separuh masa pertama... hehehe...
S : Hmmm... Eloklah tu, kerja tak siap. Celoteh je lebih.
Okay, you got me!
Sepanjang hari saya tersenyum. Tak jemu pula tu bercerita pada orang. Kerana mereka pengubat lara saya untuk hari itu.. :)
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment