Salam.
Sepatutnya saya ingin tidur. Walaupun esok tidak bersekolah sempena cuti peristiwa Good Friday. Tapi saya sakit kepala. Jadi ingin tidur. Tidak juga dapat tidur akibat sakit kepala. Maka saya mengadap saja cik lappy. Menulis di sini.
Lama rasa nya tidak bercerita tentang ulah budak-budak. Ya, saya suka guna 'budak-budak' berbanding 'pelajar'. Sebab mereka memang budak-budak. Budak-budak secara umumnya nakal, comel, menghiburkan, menjengkelkan, dan masih belajar tentang segala-galanya.
Ada satu kelas yang saya masuk mengajar tahun ni. 5 Harmoni. Mengikut guru-guru lain, para pelajarnya istimewa. Automatik minda saya disetkan bahawa budak-budak ini istimewa. Maka pendekatan saya juga istimewa. Hmm.. tidaklah istimewa mana pun. Yang nyata, saya tidak ada rasa ingin marah atau mengamuk dengan mereka berbanding kelas lain yang dilabelkan lebih baik.
Mundar mandir ke, bercakap ke, tidur ke... saya tenang saja melayan mereka walau waktu itu emosi saya kurang stabil. Saya boleh tersenyum.
S : Satu yang teacher nak ingatkan. Teacher boleh baik dengan kamu. Teacher boleh senyum, bergurau ketawa dengan kamu. Tetapi, jangan buat teacher marah. Kalau teacher mar...
P : Tidak, teacher. Kami tak mahu buat teacher marah..
S (senyum...) : Kalau teacher marah, kamu yang akan benci teacher. Dan jangan...
P : Tidak lah. Saya tidak benci teacher.
S (senyum lagi...) : Jangan sampai biar teacher sebut 'lantaklah'. Tahu maksudnya? Maksudnya, kalau teacher sudah sebut 'lantaklah', 'sukahatilah'... maknanya sukahati kamulah apa nak jadi. Teacher tak mahu peduli sama kamu... Suka kalau teacher sebut?
P : Tidak... (kepada rakannya) woi, dengarlah bah. Hormat lah cikgu di depan.
S : Tidak apa. Teacher masih peduli sama kamu sebab tu teacher cakap begini. Okey?
Semoga ketenangan ini terus sampai hujung nyawa.
Salam
Peace
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment