Salam.
Hari ni awal pagi lagi saya dah terpacak duduk depan cik lappy. Ini kerana saya telah menghilangkan diri daripada cik lappy semenjak petang semalam (atau malam tadi?). Terbongkang atas katil dengan lampu tidak tertutup, cik lappy pun saya tak tutup. Akhirnya ia tidur sendirian (sleep mode).
Berakhir Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG 2011/2012. Alhamdulillah, di blog saya sendiri saya ingin berbicara dengan bangganya tentang kejayaan saya menjadi pengacara majlis berseorangan walaupun sepatutnya berdua tetapi oleh kerana rakan pengacara saya sendiri kesibukan untuk urusan mesyuarat agung maka saya faham sendiri saja. Lagipun, saya yang bikin skrip jadi kalau mahu bahagi-bahagi part lagi, ulas bahagian mana untuk baca profil semua bagai, tak larat lah. Elok juga saya bersendirian.
Berbaloi tidur jam 4.12pagi untuk siapkan skrip... Ngehehe... (itu yang pagi ni boleh bangun awal..:P)
Cuma, kering tekak tak ada air sepanjang 2 jam lebih mengacara... Aduh.
Saya berbangga bukanlah berbangga kosong. Asalnya saya cuma teringin minum air sebaik sahaja saya menghulurkan mikrofon kepada CikguJaidi. Namun, tidak disangka pula ramai yang memuji, Kata mereka, sebutan saya lancar, ulasan saya tentang profil para penerima anugerah juga jelas dan baik. Alhamdulillah... terima kasih semua. Baiknya lagi, acara penerimaan anugerah pun lancar selancar-lancarnya kerana tidak ada cacat cela berlaku kecuali di hujung acara itu sendiri. :(
Pandangan peribadi saya, sedikit mengganggu dan saya sendiri sebenarnya berasa kekok untuk menyatakan bahagian berkenaan kerana sepatutnya sudah tamat tetapi hmm... Saya cuma menurut perintah. :p
p/s setelah ditimbang tara, saya rasa saya perlu jelaskan apa yang saya tak puas hati di sini. Perkara yang saya maksudkan adalah tentang taklimat di hujung majlis. Walau apapun alasan yang diberikan, memberi taklimat sebegitu tanpa menyatakan tujuan sebenar pihak yang terbabit (iaitu mencari pendapatan tambahan) malah sempat juga cuba mengaburi mata tetamu yang hadir dengan kenyataan 'demi kejayaan anak-anak' adalah tindakan yang kurang bijak. Kami tidak bodoh untuk tahu itu adalah untuk kepentingan peribadi juga semata-mata. Harap pihak yang terbabit itu tidak berkecil hati, ya... :)
p/s/s ya, saya tidak pernah suka pihak itu setelah apa yang sering dilakukan sejak dulu yang saya anggap sebagai gangguan seksual. Sering kali. Adakah itu tidak sengaja? Walau siapa pun dia. :D
Jujur saya ucapkan, CikG berjaya menguruskan majlis itu lebih baik daripada saya. Jauh lebih baik daripada mana-mana majlis yang saya uruskan. Hahaha, itulah beza orang lama dengan orang baru.
p/s Tan Sri tak puji saya ke? Kot-kot dapat job jadi pengacara majlis rasmi kerajaan.. bwek :p
p/s/s Oh, saya jumpa Tan Sri bersarapan di Desa Bayangan Carwash. Ingat nak minta belanja, tapi seganlah pula.. hahaha.. :p
Pelajar-pelajar yang datang untuk menerima anugerah pun, bagus semuanya. Kemas, cantik, ikut peraturan dan protokol. Yang lepasan SPM terutama sekali yang lelaki, alahai hensem-hensem semuanya. Maklum lah, dah cukup umur belaka. Nasib baik juga cikgu dia ni sedar diri dah tua dan dah bertunang. Silap haribulan, mengorat salah seorang daripada mereka. Heee...
(pedulikan ayat di atas... gurauan semata-mata)
Tahniah kepada yang cemerlang. Semoga terus cemerlang di masa hadapan.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment