Salam.
Saya tidak suka diprovok. Saya tidak suka melihat orang lain diprovok. Lebih-lebih lagi dengan kata-kata kesat. Atau orang yang diprovok itu sedang dalam keadaan yang kurang stabil jiwanya. Sebab saya tahu, ia berkemungkinan besar akan membawa kepada pergaduhan.
Tapi saya ada satu penyakit.
Sekiranya saya diprovok, masih tidak mengapa. Kerana paling kurang pun saya akan meluahkannya kepada mereka yang terdekat. Saya cuma menyatakan rasa tidak suka dan tidak selesanya saya kerana diprovokasi. Saya akan senyum kepada mereka yang cuba memprovok saya. Paling teruk mungkin saya akan membalas dengan sindiran sinis sambil tersenyum. Saya katakan mungkin kerana sejujurnya tiada siapa pernah memprovok saya dengan hebat.
Sekejap... antara adik beradik dikirakah? Kalau mereka bertiga, memang saya melenting.
Hello, I'm a big sister. Show some respect, please!
Namun, sekiranya saya melihat dua atau lebih individu saling memprovok sesama sendiri, serta merta tekanan darah saya akan naik. Seluruh badan saya akan menggeletar. Kepala saya akan terasa berat seperti batu bata diletakkan di atasnya. Sumpah, saya tidak tahu kenapa. Ummi kata...err, saya lupa apa ummi kata. Tapi lebih kurang membawa maksud, itu satu 'penyakit keturunan'. Sebab ummi pun begitu. Bahasa pasarnya, naik syeh (ye ke?). Saya pun tak faham istilah tu.
Saya cepat menggelabah dan tertekan apabila dua individu (atau lebih) bertengkar. Kerana saya tahu, punca pergaduhan adalah dari sekecil-kecil pertengkaran. Sebab itu juga saya lebih suka mendiamkan diri sekiranya ingin marah sebab saya tidak mahu bertengkar yang membawa kepada pergaduhan terutama pergaduhan fizikal. Setakat tarik muka sesama sendiri, itu biasa. Tapi cuba juga dielakkan.
Kenapa saya bercerita tentang ini?
Tiada sebab kukuh sebenarnya. Sedang cuba mengawal tekanan darah sebenarnya. Saya tidak mahu rasa tertekan. Sakit kepala weh!
Saya tahu sudah apa yang boleh membuatkan saya naik angin lebih daripada ribut monsun.
Kata-kata kesat menghina dan menjatuhkan orang dengan sengaja. Provokasi yang jelas.
Nasib baik saya masih boleh mengawal nafsu amarah. Jangan biarkan saya 'terlepas'.
Salam
Peace
p/s Apakah perkataan lain bagi 'provokasi'? Mengapi-apikan, bukan? Lain daripada itu? Terima kasih.
p/s/s Ramai yang tidak tahu, ada yang tahu.
Saya pernah terlibat dengan pihak yang diprovok dan memprovok sehingga tercetus pergaduhan yang membabitkan senjata tajam. Dan saya sendiri kagum dengan kebolehan 'penyakit' saya kerana saya tidak menghiraukan senjata tajam itu yang hanya beberapa inci sahaja boleh menyebabkan nyawa saya sendiri melayang. Sikit pun saya tak takut. Semakin tinggi tekanan darah saya, semakin menggeletar tubuh saya, semakin kuat semangat saya. Setelah keadaan reda baru saya sedar yang nyawa saya di hujung tanduk.
Belum dikira kejadian-kejadian lampau yang hampir serupa. Sebab itu saya minta jangan 'lepaskan' saya. Ia membabitkan nyawa saya.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


2 comments:
satu provokasi kesat sedang berlaku di kapasitor, kan?
:)
sabar ida sabar. we take it as character building. eh sori menyampuk heee
Post a Comment