Salam.
Saya dah tak malas. Hmm. Tak juga sebenarnya. Lebih kepada bosan. Jadi penyelesaiannya adalah dengan menulis sesuatu di ruangan yang tidak seberapa ini.
Mulai minggu ini saya akan menjadi seorang guru mengajar sepenuh masa. Err.. tak adalah penuh sangat masa saya. Tapi lebih kurang sama macam rakan guru yang lain. Apa sebelum ini saya bukan guru mengajar sepenuh masa? Jawapannya, ya. Sebelum ini lebih kepada guru pembimbing separuh masa dan guru mengajar juga separuh masa. Sedikit tenang di situ.
Sekarang bukan bermaksud saya sudah tidak tenang. Masa saya sudah tidak boleh setenang dulu. Lebih banyak pergerakan turun dan naik. Lebih banyak pergerakan ke sana dan ke mari. Ah, saya perlu beli kasut baru.
Alasan? Ya ya... alasan.
Bercakap tentang mengajar. Saya sering bertanya kepada diri sendiri, adakah sudah cukup bagus saya sebagai seorang guru. Saya tidak tahu macam mana untuk memberi pemahaman kepada para pelajar. Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk mereka meminati pelajaran.
Minat. Rajin. Faham. Lulus. Dengan cemerlang kalau boleh.
Saya tidak pandai. Mungkin juga saya terlalu berharap. Tidak cukup dengan satu kejayaan. Saya mahu lagi. Eh, saya pernah berjaya kah?
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


1 comment:
cikgu, nak jadi anak murid boleh? :) hihi
Post a Comment