Salam.
Lama kan saya tak menulis? Malas. Itu saja alasan tak logik saya. Saya kata alasan tak logik sebab sepatutnya perkataan MALAS tu tidak perlu wujud. Yang perlu hanyalah RAJIN.
Hoyeh, merapu!
Ehm, cuti dah berlalu. Sekolah pun sudah seminggu dibuka. Oh, tahniah kepada yang berjaya SPM 2010. Harap tidak terlambat. Yang tidak berjaya, jangan sedih. Sekiranya anda sudah berusaha sedaya mungkin, mungkin bukan rezeki anda di situ. Jangan putus asa, anda masih muda. Banyak perkara yang boleh dilakukan.
Senyum dan bangkit!
Sebut tentang rezeki, saya mahu berterima kasih kepada mereka yang sudi membelanja saya makan semenjak dua menjak ini termasuklah si dia yang tidak pernah tidak keluar duit untuk saya. Asal bersama saja, si dia juga yang membayar walau apa keadaan sekalipun. Walaupun yang melantak itu hanyalah saya seorang. Saya sungguh bertuah. Terima kasih sayang. Terima kasih kawan-kawan. Oh kena highlight... KakViana dan KakFizah juga.
Mungkin sekarang saya kebuntuan untuk mencari duit lebih bagi menampung kos sara hidup dan juga simpanan untuk hari yang indah kelak. Namun, Tuhan tunjukkan saya insan-insan terpilih yang sudi meringankan beban saya. Mungkin tidak seberapa bagi sesetengah orang namun, bagi saya tinggi nilainya kemurahan hati mereka.
Sentuh tentang rezeki juga, cemburu rasanya bila ada kawan-kawan seangkatan yang sama-sama posting sudah pun ada rumah sendiri atau sekurang-kurangnya dapat membesarkan rumah keluarga. Dapat lagi menghantar duit kepada ibubapa dengan jumlah yang agak banyak.
Gaji kami sama, tapi rezeki kami berbeza. Itu saja yang mampu saya katakan. Yang penting saya tahu apa yang terjadi... mungkin sedikit terkilan tapi tidak mengapalah. Anggap saja itu satu pengorbanan atau balasan balik. Sekurang-kurangnya Tuhan tahu niat saya dan tindakan saya. Kan?
Senyum saja. ^__^
Ah.. malas sudah!
Salam. Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment