Salam.
Isyk.. kamu ni kan, sayang sangat dekat saya kot. Sayang sangat-sangat sampaikan kalau.. isyk.. malas lah nak cakap.
Dia tak baca entri ini kot.--> kamu baca sini ya.
Takkan nak saya jadi kurang ajar lagi sekali kot? Takkan suka hari-hari mulut saya sebut yang bukan-bukan? Yang berdosanya nanti saya, kamu oi.
Dulu bolehlah. Dulu saya 'Yes Man' saja. Sekarang, 'Yes Man (kepala tengkorak engkau!)'. Tolonglah. Tolonglah, saya merayu. Jangan tambah beban dosa saya menyumpah seranah kamu. Jangan sebab memaki hamun kamu di belakang, saya jadi pengecut. Tolonglah. Saya masih cuba bersabar. Saya masih tahan perasaan di hadapan kamu bukan kerana saya takut menyuarakan keberanian, tapi saya masih belum cukup tabah nak kecilkan hati orang.
Sekarang ni saya tak peduli. Kamu tahu, maka tahulah. Kamu tak tahu, bukan hal saya. Tapi lebih baik kamu tahu. Sekarang.
Saya hairan. Asal-asal kamu yang suruh saya. Atau ayat bagus kamu, KITA yang buat kerja. Tapi sudah tentu juga waktu itu, kamu sepertinya tidak bergerak dan saya sudah mula berpeluh fikir macam mana mahu dilaksanakan tugas tersebut. Okey, mungkin saya salah faham. Kamu bergerak juga cuma sedikit lambat dari saya. Atau kamu sudah dari awal lagi bergerak melakukan tugas tapi sebab kamu suka saya kan? Kan? Maka, tak seronok kalau tak ajak saya sekali.. untuk buat kerja sama berulang kali meskipun tidak berguna lagi.
Tapi tak mengapa. Saya anggap saja kamu sayang saya, maka kamu berikan tugas itu kepada saya. Ikhlas. Betul, awalnya saya ikhlas buat kerja. Bila bos besar sendiri yang tandatangan maka saya menurut perintah sahaja. Baiklah. Yes man masih di peringkat keikhlasan.
Tiba-tiba... jeng jeng jeng... tiba-tiba...
Dengan tercungap-cungap kamu datang kepada saya. Sudah! Pada jam sekian-sekian yang biasanya kamu sudah menghilang lebih awal dari biasa, saya sudah dapat agak. Serta merta tekanan darah saya naik dengan sendirinya. Sabar dulu, Shahida. Sabar dulu.
Maka, bermulalah penerangan kamu yang memeningkan. Mana satu poin nya? Saya tidak fahamlah.. Sekejap, biar saya cerna satu persatu karutan kamu itu... hmm..
Oh.. I see... Jadinya, apa yang saya cuba buat itu kamu kurang setuju? Okey, okey. Saya boleh terima sebab kamu lebih bijak pastinya. Tapi... oh, ada tugas baru? Baiklah, makanya?
Hohoho... tunggu sekejap~~
Hohoo... patutlah. Kamu ambil tugas yang kamu suruh saya buat sebab nak lari dari tugas yang disuruh kepada kamu kan? Sebab tugas yang sedia itu tentunya lebih mudah dan senang berbanding yang baru ini. Tenang, goyang kaki sahaja kan? Kalau macam itu, saya pun nak~~
After all, it's mine from the beginning!
Tapi kan.. memandangkan kamu boleh putar belitkan fikiran saya dengan kata-kata kamu, maka saya rasa sedikit keliru. Adakah tugas saya yang asal itu datang dari kamu atau arahan dari pihak atas? Kalau dari kamu, maka saya sedikit marah sebab tahu sudah sikap kamu itu. Tetapi kalau dari pihak yang di atas, maka marah saya akan bertambah kerana kamu sungguh pelik!
Kamu ambil kerja saya lah kalau begitu. Sedangkan kerja kamu diberi kepada saya? Apakah?
Huh..Sudah. Saya tidak mahu keluarkan kata-kata busuk dan buruk maka saya berhenti di sini. Tapi ingat, ianya tak berakhir sepenuhnya di sini. Sekali lagi kamu hangatkan jiwa raga saya.. silap haribulan, saya bakar terus sampai rentung jiwa raga kamu. ;)
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment