Salam.
Saya tak berapa nak bercerita sangat malam ni. Macam tak ada ayat yang bagus untuk menggambarkan cerita-cerita saya. Tapi saya cuba. Kalau bosan, macam biasa, lihat skrin atas sebelah kanan, klik [x]. Sekian.
Setelah bercuti dua minggu yang lalu, minggu saya kurang sempurna. Ada hal yang sedikit mengganggu fikiran. Kemudian, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kegusaran, kucar-kacir dalam hidup berjaya dinyahkan seketika dengan merendamkan diri dalam air sungai. Kebetulan arus laju, jadi tekanan yang dibawa oleh arus sungai seakan memberi impak yang kuat ke atas tekanan yang saya alami dan berjaya dibawa pergi. Pergh!
Malangnya, demam pula melanda. Tekanan juga tu. Sekali lagi minggu saya jadi kucar kacir. Dalam tempoh dua minggu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2.5kg. Waaah! Tak percaya? Saya pun tak percaya.
Walaupun kucar kacir, berlagak macam tak ada apa-apa. Cuti sakit pun saya tak minta sebab tak mahu duduk di rumah menangisi keadaan yang kucar kacir itu. Akhirnya, bahu KakV juga menjadi sasaran. Tak tertahan dah tu.
24 Jun yang lalu ada perlawanan sukan antara guru dan pelajar. Bola baling, bola jaring, bola sepak dan petanque. Semua saya tak masuk... demam kan. Lagipun, cukuplah saya tolong budak-budak PRS uruskan apa yang patut untuk sambutan hari guru tu.
Sepatutnya ada perlawanan badminton antara guru pada sebelah malam. Dah bersemangat ni pergi sekolah semula gelap-gelap dengan KakZahN dan McLin. Sekali baru nak panaskan badan... blackout! Perlawanan ditunda ke hari Isnin 27Jun tapi saya tak main dah sebab ada urusan.
Untuk sambutan hari guru tahun ini, akan diadakan lusa (2 Julai). Lewat sedikit berikutan beberapa percanggahan program. Tak tahulah samada saya seorang yang rasa atau memang tahun ini banyak sangat program yang berlangsung di sekolah sampaikan tak dapat nak selit aktiviti-aktiviti yang sedia ada macam sambutan hari guru. Kem bahasa Inggeris yang dijadualkan 17 Jun lalu pun terpaksa ditunda.
Bercerita tentang bakal sambutan hari guru. Alhamdulillah, tahun ini ada sedikit peningkatan di kalangan PRS. Saya cuba menjadikan mereka seperti apa yang patut mereka jadi. Kena pula pengerusinya tahun ni memang rajin. Cakap saja, terus buat. Jadi, secara jujurnya saya tak buat kerja. Kerja saya hanya bercakap, bagi arahan. Cakap ya atau tidak. Waahahahaha... betul rasa macam bos.. kihkihkih... tak apa, untuk kebaikan mereka. Biar mereka belajar susah payah.
Budak-budak sekarang tak boleh dimanja-manja. Nanti sikit-sikit nak kena minta suap. Sampaikan nak fikirkan jawapan pun, cikgu kena 'tolak' kuat-kuat. Nak mengamuk rasanya bila tengok budak-budak ni terlopong bila kita tanya soalan senang. Okeylah kalau tak faham, tapi bila kita tanya faham ke tidak, masih lagi terlopong... apa nak dikata?
Selasa baru ni saya hampir menangis dalam kelas. Sebab saya tak mahu marah, saya tak suka marah-marah. Saya takkan suka-suka marah kalau tak ada sebab. Kalau mood saya tak baik sekalipun, kalau mereka bagus saya, mood saya boleh jadi baik.
Tapi hari Selasa lepas, mata saya panas sangat. Tahan air mata jatuh. Kecewa punya pasal. Alkisahnya, kerja diberi minggu sebelumnya. Sebelum tu, saya dah tolong mereka fahamkan soalan. Suruh buat surat kiriman rasmi. Dah dikira menyudu dah tu. Dalam peperiksaan, takkan saya nak sudukan lagi. Disuruh siapkan dalam tempoh dua hari. Sampai masa, tak siap. Tak mengapa. Teacher Shahida boleh sabar lagi. Saya kata, hari sekian-sekian sila hantar. Kalau tak cukup ada meja teacher, minggu depan kita belajar atas tempat parking kereta. Panas pun panas lah. Bersila atas tar.
Dalam hati, saya dah berkira-kira kalau sungguhlah mereka ni masih degil. Memang ke atas tar lah meja belajar mereka. Tapi, saya tak kejam. Saya fikirkan aktiviti yang seronok dan sesuai supaya mereka tak rasa itu sebagai hukuman kejam tapi pengajaran sahaja.
Sampai masa, alhamdulillah walaupun tak semua, tapi lebih daripada target yang menghantar. Saya janji kalau tak hantar, jadi mereka selamat.
Bila saya buka buku masing-masing, berpinar biji mata. Kecewa bertandang. Kecewa sebab mereka yang berkenaan bukan tak pandai. Benda senang. Surat kiriman rasmi. Dari sekolah rendah lagi dah belajar, dalam bahasa Malaysia pun belajar format yang sama, cuma bahasa berbeza. Sebelum bagi latihan pun, saya dah ulangkaji dengan mereka. Masih ada yang salah. Masih ada yang tak boleh beza yang mana surat rasmi, yang mana surat tidak rasmi. Ayat karangan tak payah cerita. Cacamarba langsung.
Ada juga yang buat betul-betul. Tapi sebab terlalu kecewa, satu kelas saya marah. Marah saya bukan mengamuk, bukan membebel. Saya betul-betul kecewa. Salahkah saya?
Huh? Dah melalut cerita. Saya berhenti dulu lah. Nanti saya cerita hal lain pula. Oh, 29 Jun yang lalu, ada acara 3dalam1. Hari Koperasi-Kemuncak Bulan Bahasa-Program Galakan Membaca. Saya berjual-jualan. Tapi biasalah, orang bukan otak bisnes... balik modal pun dah cukup baik. Baki barang jualan pun banyak lagi... siapa nak? :p
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment