Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 June 2011

Make me even stronger.

Salam.

Baru semalam saya pos entri baru, hari ni saya teringin untuk menulis lagi.

Seperti yang telah saya beritahu dalam entri sebelum ini, hari sekolah saya adalah sangat kucar kacir dan hari ini merupakan yang paling kucar kacir. Lagi sekali, salah sendiri. Mungkin saya patut berhenti menyalahkan diri dan terus memperbaiki diri. Itu yang sebaiknya.

Apa yang terjadi pagi tadi adalah satu tempoh di mana saya benar-benar perlukan seseorang untuk menjadi bahu untuk saya sembamkan muka dan mengeluarkan titik-titik jernih semahunya tanpa segan silu (nak mengaku menangis, tapi malu). Okeylah.. saya berjaya menangis di bahu orang hari ini.

Dan ucapan terima kasih itu saya hulurkan buat Miss Viana Victor yang sudi meminjamkan telinga dan bahunya untuk saya. Terima kasih di atas segala kata semangat, nasihat serta dorongan yang diberikan. Oh, Cik Huwaida Dzahir yang juga selama ini rajin melayan karenah saya. Both of you were born to be great listeners. Thanks my darlings!

Sukar untuk saya bercerita kerana saya lebih suka menyimpan sendiri. Bagi saya masalah saya, bukan untuk tatapan. Apa yang saya lalui, tidak semua orang faham. Hal peribadi saya, tiada siapa yang mahu mendengar. Saya silap. Selama ini saya ego. Perasan boleh hadapi semuanya sendiri.

Apa yang KakV beritahu, sememangnya sudah saya ketahui. Benar katanya, saya bukan sendirian di dunia ini. Saya perlukan seseorang yang menyokong setiap apa yang saya fikirkan. Saya perlu seseorang untuk menjadi penguat semangat di atas segala apa yang saya lalui selama ini seorang diri.

Betul katanya, Tuhan tidak akan menguji saya kalau DIA tahu saya tidak kuat. I'm proud of myself for being the strongest girl that I've known. Segala ujian dan cabaran yang saya hadapi adalah untuk menilai sejauh mana kuatnya keimanan dan kepercayaan saya pada DIA.

Dan sebagai manusia, apatah lagi sebagai orang Islam, saya wajib yakin dan percaya pada qada' dan qadar. KetentuanNYA. Kita cuma merancang, namun DIA yang menentukan segala. Bak kata Jamal Abdillah, 'Takdir Penentu Segala'.

Allah swt biarkan saya berjalan sendirian kerana DIA tahu saya boleh melakukannya. Namun, sebagai manusia biasa, saya memerlukan rakan untuk berkongsi suka duka. Dan DIA kirimkan keluarga yang boleh memahami tanpa perlu sepatah kata, tunang yang sentiasa yakin ada kasih sayang di antara kami, para sahabat yang sentiasa memberikan senyuman bila mana saya memerlukan dan para pelajar saya yang boleh membuatkan saya melupakan segala rencah hidup yang saya lalui.

Namun, saya mohon kemaafan kepada yang berkenaan. Untuk melupakan perit di dada bukan senang dan untuk terus mengeluarkan diri dari kotak yang menghimpitkan memerlukan masa. Macam mana nak cakap ya?

Seandainya saya bersendirian, maka kisah yang menyedihkan akan mengganggu fikiran. Fikiran saya akan melayang. Kerja jadi tertangguh. Lebih teruk, saya tiada kosentrasi dalam setiap perbuatan saya. Malangnya, ia memberi kesan kepada pihak yang tidak bersalah. Untuk saya lupakan walau seketika, maka saya harus bersama mereka yang mampu mengeluarkan saya dari dunia khayalan. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya cuba menjauh dari semua. Saya masih mahu hidup di dalam dunia sendiri.

Sekali sekala bermelankolia pun terhibur juga hati. Ehm.. ya ke?

Tuhan, kuatkan semangat aku. Ikhlaskan hati aku. Jauhkan aku dari fikiran yang bercelaru. Jadikan aku manusia yang reti bersyukur. Permudahkan urusanku. Jadikan aku manusia yang kuat. Teguhkan imanku. Amin.

Mengalirlah airmata semahunya, namun hidup mesti diteruskan. Kumpulkan kembali segala kekuatan dan jangan jadikannya satu alasan yang boleh merosakkan diri. Akal masih ada, guna sebaiknya. Jiwa masih boleh dibersihkan seandainya terpalit dosa.

Ya Allah. Banyak dosa aku padaMU. Mungkin juga ujian ini adalah tanda murkaMU pada aku. Juga cerita sayangnya ENGKAU pada hambaMU yang hina ini. KAU berikan aku petunjuk, sering aku abaikan. Aku bersalah. Aku ingin bertaubat di atas segala dosa lalu. Bersihkanlah jiwa aku, Ya Allah.

Kala begini, saya perlukan sentuhan Umi dan bisikan dari si dia.

Salam.
Peace.

No comments: