Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 June 2011

cerita basi

Salam.

Dua minggu bercuti dari kerja. Dua minggu juga terpaksa berpisah dengan cik lappy. Rindu cik lappy. Sengaja saya tak bawa pulang sebab beliau sangat berat untuk dipikul di bahu dan memang tidak ada makna bawa pulang cik lappy memandangkan di kampung langsung tiada talian internet. Syafiqah berulang kali minta sambung jalurlebar pun, saya buat bodoh saja.

Membazir.

Cuti 2 minggu langsung tak produktif dan aktif. Seperti biasa, makan+tidur adalah aktiviti utama. Oh, tidur kurang utama sebab saya tidak begitu aktif sudah tidur di siang hari. Ngehe.. Makan tetap nombor satu.

Bayangkan...

Hari-hari sarapan makanan berat. Biasalah kan di Kelantan, sarapannya adalah nasi. Kalau dah berada di Kelantan, rasa lain tak sarapan nasi. Wajib. Tak kisahlah, nasi kerabu, nasi berlauk ikan, nasi berlauk ayam, nasi lemak, nasi berlauk lagi, nasi lemak lagi... Hampir setiap pagi kecuali minggu kedua sebab dah tak larat nak keluar duit membeli setiap pagi dan tengahari.

Misi membalas dendam. :p

Hehehe... ya, saya tak masak. Umi yang selalu masak. Itupun jarang sangat masak sebab tak ada orang nak makan sangat. Paling-paling pun, tanak nasi, beli lauk. Lagi pula, cuti sekolah banyak kenduri, jadi memasak akan membawa kepada pembaziran.

Walaupun cuti itu menggembirakan, tapi saya sedih. Sedih sebab langsung tak dapat jumpa si dia. Ingatkan dapat jumpa masa saya mendarat dari KK, tapi dia ada kerja di Melaka. Kemudian pula, ingat boleh singgah seminggu kemudian semasa majlis kahwin sepupu saya di Semenyih, tapi papa tak jadi pergi sebab dia tak sihat dan kereta pun buat hal. Lepas tu, ingatkan dapatlah juga jumpa barang sejam dua sebelum pulang ke KK. Si dia pula terpaksa pulang ke kampung. Pendek kata, banyak sangat halangan untuk kami bertemu melepas rindu.

Tak apalah. Itulah cabaran dan ujian berjauhan. Hanya SMS peneman rindu. Nak telefon pun, sama-sama pokai. Aduh! Nasib-nasib. Sabar sajalah.

Hanya tabah, yakin dan percaya. :)

Ok.. back to school!

Saya terlupa untuk buat rancangan seperti awal tahun lalu. Oleh yang demikian, kehidupan mengajar saya adalah sedikit kucar kacir. Salah saya. Harus diperbetulkan. Mesti melupakan segala macam perkara yang tidak berkaitan. Harus ingat prinsip yang saya pegang.

Kerja sekolah hanya di sekolah.
Maka yang demikian, hal peribadi hanya di rumah dan di luar. Sila jangan bawa masalah sendiri ke sekolah, ya Shahida. Sekian terima kasih.


Salam.
Peace.

No comments: