Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tiba hari yang dijanji.
Datang tika yang ditunggu.
Sampai masa yang dinanti.
Ulang tahun Kapasitor ke-4 akan diadakan seperti yang dirancang dan diwar-warkan sebelum ini. Jika mempunyai masa lapang, ayuh kita datang beramai-ramai ke majlis ini:
Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA
Web Rasmi: http://www.kapasitor.net/klik/ulangtahun/
Tentatif penuh, kenyataan akhbar, promosi, peta dan perincian penuh boleh didapati di laman web rasmi http://www.kapasitor.net/klik/ulangtahun/
Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan boleh hadir pada sessi bengkel penulisan daripada Serunaifaqir(pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis antologi puisi "Ruang Lengang" dari Indonesia).
Juga, terdapat pameran lukisan & fotografi, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan penampilan istimewa Black Coffee Honey dengan penyanyi baru mereka Ayusherly serta banyak lagi acara menarik bakal disajikan kepada pengunjung.
Jadi, isi masa lapang anda hujung minggu ini dengan aktiviti yang bermanfaat ini. Terbuka kepada orang awam tidak kira tua, muda, miskin atau kaya ;)
Jumpa di Annexe!
taken from:: Kapasitor weblog


No comments:
Post a Comment