Assalamualaikum...
Saya rasa macam mahu bercerita tapi saya tidak punya cerita yang menarik buat masa sekarang. Cuma saya masih menanti cerita yang menarik daripada kapasitor tentang majlis sambutan ulangtahun yang ke-4 yang berlangsung pada 31 januari yang lalu di Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur. Menurut laporan yang saya terima (terima kasih kepada Syud), sambutan amat meriah. Ada beberapa video yang sempat dirakamkan oleh Valium yang telah pun dimuat turun di Youtube.
Selain daripada itu, terdapat persembahan istimewa (bagi saya lah) yang didatangkan khas dari Saitama, Jepun. Siapa lagi kalau bukan daripada Zinggof a.k.a Apun yang mendeklamasikan puisiBayi buat tatapan hadirin.
Alangkah baiknya kalau... baiklah, acara telah tamat maka saya juga harus tamatkan kejelekan saya menyesali ketidakhadiran di sana.
Perkara kedua, terima kasih kepada kawan-kawan di taman di atas sambutan hari lahir yang sederhana tapi memuaskan perut. Sambutan hari lahir saya yang ke24 dan Yus yang ke25. Sebenarnya, saya dan Yus adalah sebaya. Tetapi, oleh kerana saya lahir hujung tahun manakala Yus lahir awal tahun, makanya sambutannya disamakan dan memberi impak, hari lahir saya lewat setahun. Yeah! Maknanya saya masih lagi muda... Lebih spesifik, hari ini genap usia saya 24 tahun 1 bulan 8 hari... hehehe...
Salam.
Peace.
Peace.


3 comments:
hepi besdey shazmiey!
kalo kamu rase 24 itu tua...
bagaimana la perasaan saya yang....haihhh
luperkan..hahaha
have a wonderful years ahead!
happy belated besday ida!!!
sorry lambat wish.. :)
very2 bz d bzzz...
smoga epy sntiasa n cepat kawen..hehe
hehehe... sebulan lmbt...tp thanks anyway... hehe..
syud: korang sbnrnya menyambut besday sy masa sy jumpa hari tu
Post a Comment