Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 February 2009

Kesayanganku


Assalamualaikum, salam sejahtera...kepada anda semua moga bahagia~~~
Entri hari ini, saya mulakan dengan gambar-gambar yang tidak seberapa dari saya sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Apin-Apin ke 30 2009. 






Maaf ya, saya tidak ada mood mahu ambil gambar. Entah kenapa, tapi mungkin sebab hobi saya bukanlah mengambil foto. Jadi, saya teruskan penceritaan kerana hobi saya adalah menulis.

Hari ini dan semalam, (4 dan 5 Februari 2009) berlangsung acara Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Apin-Apin ke 30 untuk tahun 2009. Acara dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan. Tugas saya kali ini adalah sebagai juruacara kejohanan dan juga pengacara majlis (yang tidak professional!). Dengan kerjasama serta pertolongan daripada guru-guru terutama sekali Cikgu Kharazil, Cikgu Frankie, Cikgu Jubaidah dan pengarah kejohanan, Cikgu Abrihim, saya dapat melaksanakan tugas saya dengan baik walaupun tidak cemerlang. Kalau diberi peluang lagi, mungkin saya boleh perbaiki skil saya. 

*Saya rasa saya sudah mula gila mikrofon...huh...dan kenapa saya rasa macam tiada perkara untuk diceritakan...isyk!*

Baiklah, baiklah. Saya mahu bertenang seketika sebelum mula menulis... 

*****
Kembali!

Dalam perjalanan ke sekolah, seperti biasa saya akan duduk di tempat duduk sebelah kiri kerana mahu melihat pelajar kesayang saya, Hezron yang pasti akan duduk di tepi jalan menunggu bas untuk mengambil dia dan rakan-rakan. Untuk apa saya melihatnya? Saja. Nama pun pelajar kesayangan... 

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya ternampak, ketika dia bersama rakan-rakannya menunggu bas, ada asap berkepul-kepul. Apalagi kalau bukan mereka berubah menjadi naga. Hisap rokok. Saya sangat kecewa pada waktu itu kerana katanya dia tidak merokok. Jadi, pada pagi semalam, ketika melintasi mereka, saya mendapati ada lagi asap keluar dari mulut mereka. Cuma saya tidak pasti siapa yang merokok. Kali ini, asap rokok amat jelas kelihatan. 

Sampai saja di sekolah, ketika pelajar berkumpul di dewan untuk diambil kedatangan, saya turut bergegas ke sana untuk segera bertemu dengannya secara berdepan. Lagipun, rasanya sudah lama saya tidak berbual/menegurnya. Masakan dapat, nampak saja saya terus tukar arah. Nampak muka Cikgu Shahida, terus lari ke tempat lain. Hmppfh! Cikgu tahu kamu tidak suka... tapi kamu suka Kak Nurie kamu, kan? *tiba-tiba pula*

Silap saya. Betul-betul silap saya. Terus menerjah, terus menerkam. Meskipun dia tahu saya nampak dia, kerana dia tahu saya selalu melintasi dia untuk ke sekolah, mungkin dia tidak sangka yang saya akan terjah dia. Di hadapan rakan-rakannya, saya bertanyakan soalan itu. Hmm... bukan bertanya sebetulnya tapi lebih kepada memerli.

Saya: Bagus naga berasap pagi ni? Awal-awal lagi...
Hezron: Apa dia? *dengan muka yang bingung*
Saya: Awak ingat cikgu tak nampak? Bagus asap berkepul-kepul.
Hezron: *masih blur sebab tiba-tiba diterjah* Nda ada lah cikgu...
Saya: Saya nampak tadi... 
Hezron: Bukan saya tu.
Saya: Mau tipu cikgu?... habis tu, siapa? *saya mula rasa yang saya terburu-buru menerjahnya*
Hezron: Bukan saya, kawan saya tu cikgu.
Saya: Betul? *berpaling ke arah Ricky yang juga terkejut melihat saya menerjah Hezron* Dia hisap rokok tak?
Ricky:*bingung tapi menggeleng*
Hezron: Bukan saya tu... kawan saya. *reaksi wajahnya membuatkan saya rasa bersalah*
Saya(dengan rasa bersalah tapi masih menahan ego): Kawan awak ya? Baik, kalau saya tahu... *tak tahu nak cakap apa lalu terus berlalu.*

Ok, saya guru yang tidak bagus. 

Pertama; 
saya terus menerjah tanpa usul periksa yang nyata.
Kedua; 
saya bertanyakan soalan begitu dengan cara begini di hadapan rakan-rakannya yang mana menjatuhkan maruahnya dan mungkin juga membuatkan dia terus membenci saya.
Ketiga; 
Saya mudah kasihan. Buatlah muka seposen, maka saya akan ada perasaan belas kasihan. Mungkin saya sedang marah, mungin saya sakit hati, tapi rasa kasihan itu lebih menebal dari mana-mana perasaan yang negatif. 

Cukup sekejap tentang Hezron. Dengan rasa yang tidak enak, saya terus ke arena untuk menjalankan tugas. Malangnya, sistem bunyi belum dapat digunakan kerana masalah-masalah teknikal yang wujud. Acara hampir ke penghujung untuk sesi pagi, barulah saya dapat menjalankan tugas saya sebagai juruacara. Itupun, saya rasa macam entah apa-apa sebab saya sebenarnya tidak tahu apakah tugas sebenar juruacara kejohanan olahraga. Apabila diberi contoh oleh Cikgu Kharazil, barulah saya tahu. Itupun saya rasa, tugasan yang saya lakukan sangatlah tidak bagus. 

Untuk hari pertama, rumah Perdana, (rumah sukan saya juga) berjaya mendahului. Kutipan pingat bertambah dari masa ke semasa sehingga ada yang yakin Perdana pasti muncul juara untuk kejohanan kali ini. Perdana bersaing hebat dengan rumah Waja yang mana, rata-rata peserta acara balapan merupakan atlit sekolah seperti Hendry Aloysius (seorang lagi pelajar kesayangan saya) dan Suresh Kumar. 

Walaupun begitu, hari kedua persaingan semakin sengit apabila diramalkan Waja bakal memintas kedudukan pasukan Perdana. Sudah tentu guru-guru rumah Perdana tidak senang duduk. Sekali sekala, rumah Wira yang tenang akan memintas dari segi kutipan pingat. Manakal rumah Satria terus tenang meskipun gurunya, si Monica tidak senang duduk. Sesungguhnya Monica seorang guru yang sangat berdedikasi. 

Masuk hari kedua, hujan renyai-renyai mengiringi larian pertama untuk acara 3000km dan 5000km kategori lelaki dan perempuan terbuka. Mujur juga hujan cuma sebentar dan tidak membawa lebat. Namun, telah mengakibatkan padang menjadi semakin lecak dan lumpur di sana sini. Para peserta usah dikira lagi, sudah bermandi selut gayanya. 

Hati saya kembang apabila melihat Jayson, juga kesayangan saya mengambil bahagian dalam tiga acara padang iaitu lempar cakera, lompat tinggi dan lompat kijang. Kasihan saya tengok dia terpaksa ulang alik antara lempar cakera dan lompat tinggi kerana berlaku percanggahan masa. Di tengah-tengah hujan dan berselut. Tapi, betul saya bangga. Bagi orang lain, mungkin tidak seberapa tapi saya sudah boleh berbangga dengan Jayson. Dia melibatkan diri dalam kejohanan ini betul-betul melegakan hati saya. Maknanya, dia ada perkara selain bermain-main.  Selaku guru yang pernah mengajarnya, dia selaku 'anak sulung' saya... saya bertambah bangga apabila daripada tiga acara tersebut, dia berjaya memperolehi dua pingat emas untuk lempar cakera dan lompat kijang. Manakala untuk lompat tinggi, Jayson cuma berjaya merangkul pingat gangsa. Tapi, saya tahu saya tidak boleh terus berpuas hati. Jalan dia masih jauh.

Oh ya, Dearz sudah tidak tidak suka kepada saya. Apabila nampak saya, dia sudah pandai mengangkat tangan tanda dia sedar akan kehadiran saya, beserta senyum pastinya. Dan sebelum pulang tadi, baru saya sempat berbual dengan mereka berdua (Jayson dan Dearz). Setelah diberi sebaldi pujian, Jayson nampaknya boleh kembali dekat dengan saya. :p
Cuma Hezron... dia sengaja menutup wajahnya kononnya saya tidak cam dia. 

Baiklah... lebih kurang jam 11.30 pagi kesemua acara telah pun tamat. Acara 100m bagi semua kategori menjadi kegemaran penonton dan juga menjadi tekanan kepada semua para peserta kerana acara inilah yang bakal mengubah semua keputusan. Termasuk acara akhir iaitu 4x400m semua kategori. 

Apa yang menarik, oleh kerana ianya adalah acara akhir dan penentu jumlah pingat emas, semua peserta bertungkus lumus sehingga menyebabkan berlaku insiden-insiden yang tidak disangka. 

Ada peserta yang sudah pun hampir ke garisan penamat. Tinggal beberapa langkah lagi untuk bergelar juara, namun belum apa-apa dia sudah jatuh dan menyebabkan pihak lawan dapat memintas dengan senang. Beberapa kali juga berlaku insiden ini. Samada mereka benar-benar letih kerana terlalu memecut di garisan permulaan ataupun mereka tergelincir memandangkan keadaan padang yang kurang bagus.

Keputusan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Apin-Apin ke 30 2009.

Olahragawan (A) : Velson Lee (rekod baru 5000m)
Olahragawan (B) : Fardy Hady (5 pingat emas)

Olahragawati (A): Patceydedysherley Adin (4 pingat emas dan dua rekod baru)
Olahragawati (B): Wasti Alip (3 pingat emas)

Juara MSSMKAA 2009 : PERDANA (18 emas)
Naib Juara MSSMKAA 2009 : WIRA (16 emas)
Tempat ketiga MSSMKAA 2009 : WAJA (15 emas)
Tempat keempat MSSMKAA 2009 : SATRIA (10 emas)


Yeay! Yeay! PERDANA menang!

Salam.
Peace.


2 comments:

apunpital said...

koh koh, ganas gila cikgu. siap masuk nama nurie

NSMY said...

wah! apun komen blog cikgu... tak pernah-pernah ni.. bangganya apun masuk blog cikgu...:D