Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 February 2009

DIA yang meluluskan kertas kerja program hidup kita.


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Pertama sekali, maaf dipinta kerana tiada acara menarik yang berlaku untuk tempoh seminggu ini kecuali susulan daripada peristiwa minggu lalu. Dua orang wakil daripada SMK Apin-Apin ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Keningau telah berjaya merangkul pingat emas. Selain daripada itu, kemenangan itu juga telah berjaya menobatkan Hendry Aloysius sebagai Olahragawan MSSD Keningau 2009 bagi kategori 18 tahun ke bawah dan seterusnya melayakkannya untuk bergelar Olahragawan Lelaki Keseluruhan Peringkat Daerah Keningau. Pulang dari kejohanan tersebut, dia bersama Vensonle dan Suresh telah mengikuti sesi latihan untuk Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebelum terbang ke Pulau Pinang.

Pada 21hb Feb. kami telah ke Nabawan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja dengan gadis tempatan. Cikgu Asrul dan isteri. Jauh rupanya Nabawan. Baru saya tahu. Hehehe... ada sedikit tatapan buat anda.

~~Kompang dipalu, pengantin baru..duduk bersanding bersimpuh malu~~

Faqihah yang muka masam selepas bangkit dari tidur. 



Kami!

Kak Ida dan anak-anaknya, Nurul dan Hilman. 

Walaupun saya tidak pernah bercakap dengan Cikgu Asrul, saya tetap nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT~~

Hal-hal lain di sekolah. Esok, saya akan buat keputusan muktamad yang akhir untuk pelantikan PRS 2009. Kemudian, saya akan teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang berhabuk dalam kepala otak saya sekarang. Selain daripada itu, pelaksanaan untuk program-program yang wajib ada terutama sekali Program Kepimpinan dan Kursus Asas PRS. Sekarang saya sedang siapkan kertas kerja untuk Program Lawatan Pelajar-Pelajar Bermasalah ke Sekolah Henry Gurney kerjasama dengan Unit Disiplin. Harap mendapat kelulusan. Amin.

Baiklah, cukup tentang itu. Sekarang sedikit tentang diri saya. Dalam bulan Februari, hidup saya sedikit lain. Saya telah mengubah Shahida yang dulu kepada Shahida yang baru. Shahida yang takut untuk mengakui apa yang terbuku di hati kepada Shahida yang berani meluahkan apa yang tersimpan di sanubari. Saya mengubah apa yang patut diubah. Saya terima apa yang patut diterima, saya buat segala-galanya demi satu hidup yang saya impikan. Insya Allah.

Dalam masa yang sama, apa yang saya rancang seakan-akan goyah. Kenyataan yang hampir menjadi, seakan kabur. Namun itu bukan penghalang untuk saya teruskan hidup. Saya akan cuba kemukan cadangan yang lain untuk hidup saya.

Itulah yang dikatakan ketentuan Dia. Dia yang menentukan apa yang sahaja yang dirancang. Kita mungkin punya jalan cerita yang ingin kita lalui, namun Dia punya skrip yang tidak mampu kita bantah. Kita yang kemukakan kertas kerja untuk segala macam program dalam hidup kita, tapi yang meluluskannya adalah Dia Yang Maha Kuasa.

Rumah yang saya harap dapat memberi tempat berteduh untuk umi dan papa serta adik-adik... sepertinya tidak jadi. Entahlah... Umi telefon dua-tiga hari lepas. Katanya To'Che berubah fikiran. Rumah yang bakal dibina di atas tanah dia menggunakan duit saya... akan diserahkan kepada Po'Mudo. Papa sakit kepala memikirkan bahawasanya apabila rumah itu saya jual kepada To'Che untuk diserahkan kepada Po'Mudo, saya akan rugi besar. Harga rumah akan jatuh suatu hari nanti. Perlahan-lahan air mata saya menitis. Saya cuba menahan sebak takut umi tahu saya menangis. Bukan duit yang saya risaukan. Bukan murahnya harga rumah yang menyedihkan saya... Tapi, impian saya. Cita-cita saya. Harapan saya.

Impian untuk melihat keluarga saya hidup senang dalam sebuah mahligai *walaupun sekadar rumah kampung* yang selesa.

Cita-cita saya untuk membina sebuah rumah untuk mereka.

Harapan agar kami tidak lagi dipandang rendah.

Hanya satu ayat yang mampu saya ucapkan..."Nampak gaya macam lama lagilah orang duk sini..."

Entahlah. Untuk saya tarik diri, ini pasal To'Che. Bapa kepada papa. Papa sendiri tidak berani bantah, apatah lagi saya. Cuma sekarang ini, papa akan cuba minta tolong daripada Cik. To'Che selalu dengar cakap Cik. Satu-satunya anak perempuannya yang ada...setelah pemergian Mo'Suza.

Mo'Suza... tiba-tiba orang rindu Mo'Suza. Malam tadi, orang telefon Iqah. Orang dengar suara Aidid. Ceria, gembira. Begitu juga dengan Alif, Akil dan Hanan. Suara mereka membuatkan orang teringat kat Mo'Suza. Sampai orang nak suruh Iqah panggil Aidid dengan umpan ayat..."Iqah, royak ko Aidid mama dio nok kecek..." sebab Aidid tidak mahu bercakap dengan orang. Mujur orang tak cakap macam tu. Jahatkan orang? Maaf, Mo'Suza.


Aliff, Hanan, Aidid
Akil
, Aireen

Okey! Berhenti menangis sekarang.


Salam.
Peace.

3 comments:

Kucing Kertas said...

sabar.
dugaan la tu.

yang penting niat awk masih ikhlas, InsyaALLAH, satu hari nanti DIA pasti akan tolong awk.
cume cepat atau lambat aje.

=)

Kucing Kertas said...

oh..dan tahniah ye! ;p

NSMY said...

tengkiu tengkiu cik kucing kertas...
sabarlah untuk awak juga... bulan februari akan berakhir nanti..