Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 February 2009

Saya betul-betul kecut perut tadi.

~~Recent news~~

Seorang pelajar menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di Dalat, Sarawak dan disiarkan di YouTube. Sebabnya kerana berlaku kes kehilangan telefon bimbit salah seorang daripada mereka.

Haih! Budak-budak sekarang~~

Kecut perut saya tengok aksi mereka tadi di buletin utama TV3. Mahu gugur rasanya jantung ini. Suka sangat mengikut perasaan, ambil tindakan dan undang-undang sendiri. Tapi, siapa yang harus kita salahkan? Mereka kah?

Mungkin... mereka bersalah kerana melakukan kesalahan. Namun begitu, akan wujudkan kesalahan sekiranya ada pendidikan jiwa yang betul? Pendidikan akademik ditekankan sebaik mungkin, pendidikan jasmani digembar gemburkan supaya mereka mampu memperoleh kedudukan yang bagus dalam institusi pengajian tinggi, pendidikan rohani/jiwa? Ada guru/ pihak pentadbir yang sengaja menolak ke tepi semua itu dengan alasan bukan mata pelajaran yang utama. Bukan core subject. Huh!

Kalau ditanya pada saya, apa sumbangan yang saya sudah berikan pada pihak sekolah... sudah tentu saya tiada jawapan kerana bukan pencapaian akademik yang saya tekankan, bukan aktif atau tidak mereka dalam berpersatuan yang saya utamakan... saya mahu mereka ada jati diri. Ada rasa sedar dalam diri. 

Sebentuk senyuman yang manis terukir di bibir mereka tatkala saya bertanyakan khabar sudah cukup untuk memberitahu saya yang mereka ada di situ dan jiwa mereka ada di situ jua. Maksudnya, mereka mencari ketenangan melalui ketenangan yang ada. Mereka mencapai keharmonian melalui keharmonian yang dihulurkan oleh guru-guru. Maka dengan itu, secara sendirinya mereka akan ada rasa ingin berjaya, ingin berusaha, ingin menjadi yang terbaik.

Tapi kalau orang dewasa sendiri menunjukkan contoh yang tidak elok? Hmm... tidak perlu tunggu ibu bapa yang harus tunjukkan contoh yang tidak bagus itu, dalam televisyen merata-rata cerita tentang orang dewasa yang tidak bagus perangainya... Jadi, manalah tempat untuk anak-anak membuat rujukan sikap yang bagus?

Lu fikirlah sendiri... Wallahualam...

Salam.
Peace.

2 comments:

Anonymous said...

abg sf pun tgk tadi kat warta berita, ishhh ... dah macam apa dibuatnya budak tu! kesian tgknya...emmmm

Kucing Kertas said...

tatau salah siapa sbnrnye.
susah nk ckp.
tp yg pasti bdk2 skrg laen dgn kite dulu.
makin ganas.
nk pi skolah pun rase takot kdg2.
(not my skul la.)

the thing is kite sume ade tggjwb msg2. tlg2 la yg mana boleh di tolong.
kan? kan?