Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 February 2009

Keningau-Tenom


Assalamualaikum w.b.t....

Tiga hari saya tidak berada di rumah. Tiga hari saya berada di tempat orang. Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri sebelum ini, saya telah ditugaskan oleh tuan pengetua untuk ke SMK St. Anthony, Tenom. Atas urusan program 'Bimbingan Rakan Sekerja'. 

Dari Keningau ke Tenom, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Bagi manusia penumpang seperti saya, atau dengan erti kata yang lain, tiada kenderaan sendiri, agak susah untuk saya ke sana dengan hati gembira-suka-hati-dapat-jalan-jalan. Sepanjang masa setelah saya mengetahui tentang tugasan ini, hati saya gelisah-sedih-tak-tahu-macam-mana. Saya cuma tahu, saya tidak boleh suruh orang hantar saya. Saya tidak boleh susahkan orang. Jawapan yang ada hanyalah TEKSI!

Jadi, setelah saya bersoal-jawab dengan rakan-rakan untuk meminta kepastian tentang bayaran tambang teksi Keningau-Tenom, saya telah menelefon Pakcik Johari. Saya sudah biasa dengan dia, jadi dengan suka-hati-mak-bapak, saya telah bernegosiasi dengan dia tentang bayaran Keningau-Tenom, Tenom-Keningau, dan berulang lagi untuk minggu seterusnya. 

Tahu tak berapa bayarannya? Saya akan menggunakan teksi sebanyak 4 hala. 

28 + 56 + 56 + 56 = 196! Hampir RM200. Adeh!

Akhirnya saya buat keputusan hanya akan suruh pak cik Johari hantar ke Tenom sahaja pada 09 Februari petang. Jadi, bayarannya cuma RM28. Walau bagaimanapun, setelah saya fikir masak-masak, kalau saya mahu bertolak pada waktu petang, saya harus bertolak dari sekolah kerana siapa suka hantar saya balik sebelum waktu balik dan patah balik ke sekolah? Takkan pula saya mahu naik bas pulang ke rumah? Kalau tidak sempat, macam mana?

Setelah fikir-fikir lagi, saya kemas barang saya siap-siap dan bawa beg baju ke sekolah. Pak cik Johari harus mengambil saya di sekolah saja. Ini juga bermakna, saya harus menambah tambang! Keningau- Apin-apin... RM 20... kiralah!

Ya, bayarannya adalah RM 48 (tapi, saya baik hati...saya bayar RM50 lah). 

Maka, saya pun berlepas..eh, bertolak ke Tenom pada lebih kurang jam 1.15 petang dengan teksi Pakcik Johari. Sungguh saya cakap, banyak kali saya tersentak dengan cara pemanduan pakcik. Apa tidaknya, walaupun pakcik ni gayanya sudah lama bawa kereta, tapi setiap kali dia mahu memotong kenderaan di hadapan, macam tidak lepas. Sampai ada satu ketika, lori...diulangi lori... yang datang dari arah bertentangan sudah hampir dengan kereta yang kami naiki, dengan selambanya, pakcik sekadar sengih dan mengangkat lampu tinggi. Jantung saya berdebar, usah ditanya berapa skalanya. 

Saya tiba di SMK. Sy Anthony lebih kurang jam 2.10 petang. Pada waktu ini, mereka belum memulakan mesyuarat lagi. Nasib baik! Saya diperkenalkan kepada pengetua dan PK 1, iaitu Puan Jamilah...ya! Puan Jamilah, isteri tuan pengetua saya. Hmm...

Saya tidak terlibat apa pun, sekadar pemerhati. Almaklum, belajar. Belajar segala selok belok tentang unit bimbingan dan kaunseling. 

Di Tenom, pada malam pertama, saya tinggal di rumah Cikgu Meriam kerana tempat sepatutnya saya menginap, tuan rumahnya pulang lewat dan keletihan setelah menjadi pengadil bagi pertandingan badminton peringkat daerah Tenom. Alhamdulillah, mereka melayan saya dengan begitu baik sekali. Terima kasih kepada Kak Yam dan rakan-rakan. 

Keesokan harinya, saya menolong Kak Yam dalam masa yang sama belajar bagaimana menguruskan program-pogram untuk unit bimbingan dan kaunseling. Saya berpeluang untuk mengenali pensyarah-pensyarah dari Kolej PTPL, Encik Azam dan Encik Charlston. Saya juga diberi ruang untuk menjadi pengacara pada majlis ceramah berkenaan. Oklah, boleh juga saya belajar lagi.

Hari kelmarin, tiada apa yang saya buat kecuali berada di bilik UBK Kak Yam, membelek apa yang patut dan praktis ceramah! Ya! Saya telah diberi ruang untuk memberi ceramah kepada PRS-PRS SMK. St. Anthony.

Nasib baik cuma 19 orang dan semuanya bagus-bagus. Saya suka denga Mohd. Yazin. Cerdas dan cergas.

Baiklah, di sini ada beberapa foto yang berkaitan dengan program yang saya jalankan. Saya lupa ambil gambar sekolah. Mungkin minggu depan, sebab minggu depan saya kena ke sana sekali lagi untuk pelancaran program Gerak Gemilang SPM dan PMR 2009.

Aih! Tolong sekolah orang, sekolah sendiri macam terabai. Rasa bersalah lah pula. Pengetua! Saya tak pergi minggu depan tak apa lah, ya?


















Encik Azam dan Encik Charlston dari Kolej PTPL

Cikgu Meriam Yusoff:Kaunselor SMK. St. Anthony.

Salam.
Peace.

1 comment:

Anonymous said...

ehemmm...
Macam cute je En. Azam??