Salam!
Mood saya tengah luar biasa cemerlang kerana saya sedang luar biasa tensi. Tekanan kerja yang saya tidak mulakan lagi sedangkan masa semakin menghimpit. Jadi, sebelum saya terus menekan diri sendiri, apakata anda temankan saya menghilangkan tekanan ini dengan cerita yang saya ada buat masa sekarang.
Semalam, teman serumah saya Kak ZahN telah berjaya memperoleh kereta barunya yang... agak... agak...wow! Buat masa sekarang, buat pandangan mata kami, Kak ZahN adalah satu-satunya yang menggunakan kereta Persona SE di pekan Keningau ini. Tidak tahulah kalau ada, tapi belum kelihatan lagi.
Pada awalnya Kak ZahN mahu membeli Waja CPS tetapi rupa-rupanya mendapat informasi yang kurang tepat iaitu rebat sebanyak RM3000 yang ditawarkan hanyalah untuk versi manual. Bagi automatik, rebat tidak dikenakan. Jadi, bayaran pendahuluan adalah sangat mahal. Hancur harapan kami...(hehe) mahu merasa Waja baru.
Persona SE Kak ZahN ini berwarna Blue Haze. Biru kekelabuan. Kadang-kala nampak macam warna ungu. Kemasan dalamannya adalah daripada kulit yang dikemas dengan jahitan tangan. Suka sangat duduk dalam kereta baru sebab tempat duduknya sangat bagus.
Aih! Bilalah saya boleh beli kereta? Tapi, sudah tentulah saya cuma mampu beli kereta kecil sahaja. Hajat dihati mahu juga beli kereta besar. Papa pula tidak bagi. Alasannya, harga kereta semakin lama, semakin jatuh. Pengawalseliaannya sudah tentu lebih sikit daripada kereta yang bersaiz kompak. Kalau saya pulang ke semenanjung nanti, sudah pasti saya mahu tukar kereta yang baru. *Ya, saya tekad untuk membeli sebuah kereta HONDA CIVIC atau ACCORD...tinggi angan!* Jadi, kereta pertama seeloknya yang kecil sahaja dulu. Mungkin Viva ataupun Savvy. Bergantung kepada keadaan semasa... dalam bulan 7 atau 8 mungkin, insya Allah. Kenapa bukan MyVi? Sebab... entah saya pun tidak tahu.
Baiklah, nikmati pemandangan kereta baru Kak ZahN.
Salam.
Peace.
p/s: nombor plat terpaksa ditutup atas sebab-sebab peribadi.
p/s(2): Minggu depan saya akan ke Tenom atas urusan kerja yang diamanahkan oleh Tuan Pengetua. Ke SMK St. Anthony sebetulnya. 3 hari untuk minggu depan dan 4 hari untuk minggu seterusnya. Dan... dan! Saya ditugaskan untuk menjadi penceramah untuk sesi Ceramah Kemahiran PRS di sana... Apakah? Aaarrrgghh!!! Tekanan! Tekanan!
Oh tidak. Bukan tekanan. Salah satu kemajuan dalam hidup saya. Bagus! Bila lagi mahu tunjuk bakat terpendam, kan? Huhuhu...


3 comments:
waaaaaaaaaaa
bestlah jadi komuniti cikgu ni, nanti saya nak hidup ngan komuniti cikgu, sambil menulis. Nic one ha?
:P
*mahu pg apin2. sambil buat promo "puisi budak sekolah". HAHA
Slm,
Kena syukur alhamdulillah, org lain takda kereta lagi susah tau hehehe ...
shaz, rugi tau tak datang ke majlis kapasitor hari tu tau ...
eh, abg sf.. yea yea...sy syukur dgn apa yg ada...hehehe..
ala abg sf ni... kalo abg nk blanje tiket flight sy on je... huhuuhu... nk tgk abg sf men serunai...
******
maila apun! chekgu alu2kan... kalo apun mai, cikgu sponsor makan...series! *nk sponsor tmpt tnggal cam xmampu*
Post a Comment