Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 January 2009

Selamat Datang!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pembaca sekalian. 

Minggu lepas merupakan minggu yang sibukbagi saya sebaik sahaja sekolah dibuka. Pada hari pertama sekolah lagi, saya harus menguruskan pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk minggu orientasi mereka. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada badan pengawas dan pembimbing rakan sebaya, saya dan Cikgu Aimah berjaya menjayakan program yang serba sederhana ini. 

Apa yang paling membanggakan kami adalah maklum balas yang kami terima daripada pihak ibu bapa pelajar tingkatan 1. Pada awalnya, tiada perancangan untuk menjemput ibu bapa/penjaga ke Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 sesi 2009. Namun, di saat-saat akhir, Cikgu Aimah membuat perancangan tersebut atas dasar mahu mengeratkan lagi silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa penjaga. 

Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa amat memuaskan. Malah menurut rekod sekolah, ini adalah kehadiran atau maklum balas yang paling positif sepanjang penganjuran apa-apa program yang melibatkan ibu bapa terutama sekali program perasmian atau ceramah. Daripada 224 orang pelajar, lebih kurang 170 maklum balas daripada ibu bapa yang diterima. Walaupun Cikgu Aimah terpaksa menggunakan bajet sendiri untuk minum pagi kepada para tetamu, namun itu cukup berbaloi.

Di bawah ini ada beberapa foto yang sempat saya abadikan ketika Majlis Suaikenal Ibu bapa dan Guru-guru serta Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2009. 


Dengan bantuan PRS, keadaan pelajar tingkatan 1 dapat dikawal walaupun tidak sepenuhnya. Mereka masih lagi terikut-ikut dengan gaya hidup ketika di sekolah rendah.


Antara ibu bapa/ penjaga yang hadir. Pihak sekolah terutama sekali pihak UBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa demi mengutamakan pelajaran anak-anak. 


Sebelah kanan: ibu bapa/penjaga
Sebelah kiri: pelajar tingkatan 1

Selamat datang ke SMK Apin-Apin kepada semua pelajar tingkatan 1. 

************************************

Minggu ini saya sibuk dengan urusan temuduga dan pelantikan PRS tingkatan 4 dan 5 yang baru untuk sesi pagi 2009. Apa yang kurang senang adalah, kebanyakan yang memohon adalah pelajar tingkatan yang dikenal pasti sebagai pelajar bermasalah dan tujuan mereka memohon hanyalah untuk mendapatkan sijil. 

Memang, kalau dapat saya mahu semua PRS adalah tergolong daripada mereka yang bebas daripada masalah disiplin terutama sekali masalah-masalah yang kronik. Tetapi, sebagai guru bimbingan dan kaunseling, saya harus bersikap adil dan telus. Mungkin mereka betul-betul boleh berubah. Semuanya bergantung kepada sesi temuduga dan inventori warna nanti. 

Apa-apa pun, dalam 2009 ini saya mahu mantapkan organisasi pembimbing rakan sebaya. Saya tidak mahu para pelajar dan guru-guru lain memandang rendah terhadap PRS. Amin..

Baiklah, laporan berhenti di sini. Nanti saya sambung.

Salam.
Peace. 

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

hye cekgu..looks like u had a great time during new intakes of f1 ;)

apin-apin is such a nice name~

*eh apehal syud berspeakang? ngeee~ :)