Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

17 January 2009

Larian Kementerian Pelajaran Malaysia *Merentas Desa* MSSD Keningau 2009


Salam muhibah...


Semalam (17 Januari), satu acara peringkat MSSD telah berlangsung di Apin-Apin. Kejohanan Larian Kementerian Pelajaran Malaysia MSSD Keningau 2009 (lebih dikenali sebagai Kejohanan Merentas Desa) telah berlangsung dengan jayanya di bawah kelolaan SMK Apin-Apin.


Trek yang digunakan melalui Kampung Semangkok merentasi batasan (sawah) pusing menuju ke Kampung Kirokot di mana untuk kategori lelaki 18 tahun ke bawah, sejauh 8km terpaksa ditempuhi, manakala untuk kategori lain sejauh 6km.

Sebagai tuan rumah, kami berusaha sebaik mungkin menjadikan kejohanan ini sebagai yang terbaik untuk tahun 2009. Sebanyak 11 buah sekolah terlibat dengan kejohanan tersebut dan menobat SMK Sook sebagai juara keseluruhan kejohanan. Manakala, tuan rumah mendapat tempat kedua, diikuti oleh SMK Tulid dengan perbezaan mata sebanyak 18 mata sahaja.


Hendry Aloysius pelajar 5 Progresif berjaya mengharumkan nama sekolah apabila bergelar juara untuk kategori lelaki 18 tahun ke bawah. Dua lagi pelajar SMK Apin-Apin berjaya mendapat tempat lima teratas kejohanan dalam kategori yang sama.


Untuk kategori lelaki 15 tahun ke bawah, Mohd Nasip dan Suresh Kumar dari kelas 2 Harapan berjaya mengumpul mata untuk kategori mereka dan seterusnya melayakkan pasukan 15 tahun ke bawah SMK Apin-Apin bergelar juara kategori, mengikut jejak kategori 18 tahun ke bawah. Untuk kategori pelajar perempuan pula, tuan rumah SMK Apin-Apin berjaya merangkul tempat kedua untuk kategori perempuan 18 tahun ke bawah.


SEMEKAP Boleh!


HENDRY ALOYSIUS - JUARA INDIVIDU KATEGORI LELAKI 18 TAHUN KE BAWAH

SURESH KUMAR - TEMPAT KEDUA KATEGORI LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH


JUARA KATEGORI LELAKI 18 TAHUN KE BAWAH

JUARA KATEGORI LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH

TEMPAT KEDUA KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN KE BAWAH


NAIB JUARA BERPASUKAN KESELURUHAN MSSD KENINGAU.


Diberitakan pada bulan Februari nanti, SEMEKAP sekali lagi akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan yang sama untuk peringkat negeri. Kali ini seluruh Sabah akan bertumpu di Apin-Apin.

Foto-foto sepanjang kejohanan boleh dilihat di bawah. Selamat melihat!

Peserta-peserta dari SMK Keningau sedang melakukan sesi latihan terakhir sebelum berlangsungnya kejohanan.


Sesi pendaftaran peserta.

Sekolah-sekolah yang terlibat:

SMK Bingkor
SMK Apin-Apin
SMK Gunsanad
SM St Francis Xavier
SM Ken Hwa
SM Teknik Keningau
SMK Keningau II
*SMK Keningau* sekolah yang saya jaga untuk pendaftaran
SMK Tulid
SMK Sook
SMK Gunsanad II





Pasukan SEMEKAP (SMK Apin-Apin).

SEMEKAP! BOLEH! SEMEKAP BOLEH!


Suasana semasa pendaftaran dan sebelum bermula acara.



Guru-guru SEMEKAP.

Guru-guru pengiring dan pengurus pasukan.


Para peserta mendengar taklimat sebelum dilepaskan mengikut kategori masing-masing.


Lelaki 18 tahun ke bawah


Lelaki 15 tahun ke bawah


Perempuan 18 tahun ke bawah



Perempuan 15 tahun ke bawah



Juara kategori lelaki 18 tahun ke bawah
Hendry Aloysius



Tempat keempat kategori yang sama.


Masih kepenatan. (L18KTB)




Antara pelajar yang datang memberi sokongan.
*kelihatan Jayson dan Hezron (bertopi)*


Tamat sudah, letih sudah.


Pasukan Pengakap yang memberi bantuan dan turut menjadi pembantu guru checkpoint.


Acara sudah habis, jangan lupa kemas ya.
ps: ya, yang hitam berkaki empat itu bukan kambing tetapi anjing. Biasa sudah ba.


Penyampaian hadiah. *Gambar Hendry lagi.. dia saja yang saya ingat. Hehehe*



1 comment:

Anonymous said...

just want to ask a couple of questions regarding these runs. :D
First, what’s the distance for the mssm ‘merentas desa’ for guys under 18?.
Second, what’s the best time so far for the mssm ‘merentas desa’ for guys under 18?.

I’m from SMK Bandar Utama and I wish to be an athlete next year for ‘merentas desa’ and firstly I need to know the distance and best time yet so far so I can train myself to not just qualify but to win too. Please e-mail me with the answers. :D Thanks,
Your sincerely,
Abdullah Abbas bin Zamara