
Kong Hei Fat Choi!

Ni hao ma?
Eh, tukar bahasa pula. Selamat tahun baru Cina kepada semua rakyat Malaysia dan dunia yang berbangsa Tionghua. Semoga tahun lembu akan membawa rezeki yang banyak dan kita semua akan terus berusaha mencapai kejayaan.
Untuk cuti Tahun Baru Cina kali ini, kami sekali lagi bercuti-cuti di sekitar Sabah terutama sekali sekitar Kota Kinabalu. Hanya 5 orang sahaja yang dapat mengikuti program kali ini kerana yang lain sudah punya agenda yang tersendiri. Saya, Kak Piah, Kak Roha, Kak Yam dan Yus. Sebuah kereta sudah memadai dan kereta Kenari Kak Piah yang menjadi pengangkutan kami.
Bermula pada 24 Januari, kami bertolak ke KK. Pada mulanya, tiga buah kereta yang terlibat iaitu kereta Kak Fizah, kereta Kak Era dan kereta Kak Piah. Dan adanya ketiga-tiga buah kereta ini tujuan asalnya adalah untuk diservis.
Seusai kereta diberi pemeriksaan rapi, kami bergerak ke Rohayu cafe untuk menjamah kari ikan di situ.. *adeh~ lupa mahu ambil gambar..lapar deh!* Sunyi suasana dek kerana masing-masing mahu melayani karenah perut sendiri. Kehkehkeh...
KakZahN dan KakFizah bergerak pulang dan saya menukar arah ke kereta Kak Piah memandangkan saya akan mengikut trip kali ini. Kak Era bersama Encik Kamal dan kawan sekolahnya juga bergerak menuju ke destinasi yang berbeza. Kami berlima akan terus ke tempat penginapan. Dalam masa yang sama, saya membuat temujanji dengan Nurie untuk bertemu di sana saja. Kasihan pula sebab saya sangka dapatlah saya berjalan-jalan sambil berborak dengan Nurie.
Sampai di Api-Apin Centre, letak beg, solat... saya turun bertemu dengan Nurie yang datang bersama sahabatnya *katanya lah*... Seorang jejaka bernama Firdaus... ehem ehem Nurie... Oh ya, saya tidak beritahu kamu yang wajah Nurie dan Firdaus seakan seiras... Ehem lagi...
Sambil borak-borak, bercerita tentang diri masing-masing/kapasitorian, belanja Nurie dan Firdaus sundae McD. Lebih kurang 1.45 petang, kami bersurai dan saya meneruskan perjalanan bersama yang rakan-rakan ke Jesselton Point untuk bertanyakan tentang harga tambang bot ke Pulau Manukan dan pulau-pulau di sekitarnya. Dekat sejam juga kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas lantaran laluan di depan Pasar Besar Kota Kinabalu ditutup untuk pasar malam sempena tahun baru cina. Padahal jalan antara tempat penginapan kami dengan jeti adalah sangat dekat. Hmm.. dekatlah juga kalau lebih kurang 5 minit dengan kereta.
Usai menempah tiket ke Pulau Manukan yang berharga RM17 seorang, kami terus bergerak ke OneBorneo. Jalan-jalan seketika dan saya telah berjaya mendapatkan sepasang kasut yang cantik tanpa perlu membayar lebih. RM30 sahaja.
RM29.90 sahaja. Saya sangat puas hati dapat beli kasut di bawah bajet. Oyeah!
Saya di 1Borneo: The First and Largest Mall in Borneo.
Setelah saya berjaya mendapatkan kasut, kami ke GSC untuk meneruskan agenda pertama kami iaitu menonton wayang. Pada awal perancangan, kami mahu menonton Geng:Upin&Ipin, tapi kami tersilap tarikh. Filem animasi itu hanya akan mula ditayangkan pada 12 Februari nanti. Jadi kami semua buat keputusan untuk menonton filem InkHeart.

Mak oi! Besornyo.. Hehehe... sedikit sinopsis dari laman web rasmi InkHeart.
Based on the best-selling book by Cornelia Funke, 'InkHeart' is a fantasy adventure that sends a father and daughter on a quest through world both real and imagined. Mortimer 'Mo' Folchart (Brendan Fraser) and his 12-year-old daughter Meggie (Eliza Hope Bennet), share a passion for books. What they also share is a unique gift for bringing characters from books to life when they read aloud. But there is a danger; for every character brought to life from a book, a real person disappears into its pages.
On one of their trips to a secondhand book shop, Mo hears voices he hasn't heard for years, and when he locates the book they're coming from, it sends a shiver up his spine. It's Inkheart, a book filled with illustrations of medieval castles and strange creatures - a book he's been searching for since Meggie 3-year-old, when her mother Resa (Sienna Guillory), vanished into its mystical world.
But Mo's plan to use the book to find and rescue Resa is thwarted when Capricorn (Andy Serkis), the evil villain of Inkheart, kidnaps Meggie and demands Mo bring other evil fictional characters to life. Determined to rescue his daughter and send the fictional characters back where they belong, Mo assembles a unique group of friends and allies - some real, some magical - and embarks on a daring and perilous journey to set things right.
My comments:
I always love Brendan Fraser... so no more talk. Just watch it lah.. tihihii..
Sambung perjalanan saya tadi. Selepas menonton "Inkheart" kami mengisi tembolok di Rasamas dan terus bergerak pulang ke rumah penginapan. Berehat, mandi dan tidur. Esok kami mahu ke Pulau Manukan!
Seawal pukul 7.30 pagi kami keluar dari rumah penginapan dan bersarapan. Setelah itu, kami segera bergerak ke Jesselton Point. Kami akan menaiki bot dari sana.
Jesselton Point. Kaunter tiket bot ke pulau-pulau di sekitar. Atau lebih tepat ke Taman Tunku Abdul Rahman.
Dari kejauhan. Betul-betul di hadapan muncung bot itu adalah Pulau Manukan. Di sebelah kiri sekali adalah Pulau Mamutik dan Pulau Sapi di sebelahnya. Pulau Manukan adalah pulau peranginan terbesar di sini berbanding Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Pulau Gaya adalah pulau yang paling besar dalam gugusan pulau di sekitar Kota Kinabalu, tapi Pulau Gaya ada penduduk dan deretan rumah air, sekolah rendah juga masjid. Ada 3 buah kampung di Pulau Gaya.
Mahu juga bergambar di atas bot.
Ikan-ikan yang kelihatan sebaik sahaja sampai di jeti Pulau Manukan.
Ketika di dalam bot, kami diberi sedikit penerangan tentang aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Antaranya banana boat, parasailing, snorkeling, scuba, jet-ski. Kami bersemangat mahu naik bot pisang tetapi rupa-rupanya kena bayar RM40 seorang. Mahal!
Dulu, sewaktu di Tanjung Aru, kami teringin mahu cuba parasailing. Apabila kami bertanya, bayarannya RM180. Adoi! Jet-ski tak usah banyak cakap, RM 240 sejam. Alih-alih kami cuma mampu mencuba aktiviti snorkeling yang berharga RM15 seorang yang mana kalau guna peralatan sendiri yang kalau dibeli rasanya dalam RM100++ tapi boleh digunakan banyak kali, kami tidak perlu bayar satu sen pun untuk aktiviti tersebut.
Walau bagaimanapun, kami sangat berpuas hati dan sangat mahu mencuba lagi meskipun ada yang hampir lemas kerana panik. Saya? Tersangat puas hati tetapi mahu cuba lagi sampai saya rasa jemu tengok air laut dan karang-karangan serta ikan-ikan yang cantik-cantik berwarna-warni tentunya tidak akan membosankan.
Snorkeling! Suka! Oh ya, saya sudah pandai berenang walaupun kayuh bagai nak rak tapi cuma mampu bergerak selangkah sahaja... hehehe...
Pandangan dari hadapan Pulau Manukan.
Pandangan dari belakang Pulau Manukan.
Ketika perjalanan pulang, pemandu bot kami yang berjaya membawa Yus ke tengah lautan dan melihat sendiri karangan dan nemo dengan lebih jelas telah mengubah haluan ke Pulau Gaya. Di situ dia bercerita serba-sedikit tentang Pulau Gaya. Terima kasih Encik Apek.
Gambar di atas: Perkampungan rumah air di Pulau Gaya.
Bot penduduk Pulau Gaya yang berulang alik dari pulau ke tanah besar Borneo.
Satu cerita menarik yang saya lupa mahu ceritakan. Sebenarnya kami langsung tidak merancang untuk beraktiviti di Pulau Manukan apatah lagi bersnorkeling. Jadi, kami tidak membawa baju persalinan dan kami terus terjun ke dalam laut dengan baju yang kami pakai dan ketika mahu pulang, kami beli baju cenderahati dari Pulau Manukan dan pulang dengan seluar yang separa basah, tudung juga separa basah dan melekit dengan air masin. Kami cuma bilas apa yang patut sahaja.
Pulang dari Pulau Manukan, kami berehat dan malamnya kami ke pasar malam. Berjalan kaki saja bah. Keesokannya kami ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Jalan-jalan tengok binatang. Ehm... bolehlah. Dan kami pun pulang... *okey, saya penat menaip sebenarnya.*
Baiklah, ini saja laporan untuk percutian kali ini. Nanti apabila ada peluang, saya akan muatkan gambar-gambar kami sepanjang cuti 2 hari ini.
Salam.
Peace.


3 comments:
Aittt...u tak sakit ****** ke masa pakai safety jacket tu?? Ekekeke....
My Fp is open for viewing....tp blom update.....
aha.kasut itu sgt nice okiee!!~ :p
*malangnyer syuhada konpem xley pakai
sy nk g pulauuuuuu
nak3!!! :D
yda: sakit apa? tak de sakit apa2 pon.. sakit hati air masuk dlm gogle adala.. hehehe
syud: takpe syud.. cari yg leh pakai.. jom, simpan duit start skang.. nnti sy buat cadangan kt jojo, cuti2 kapasitorian ke pulau manukan... or sipadan... yeah!!
Post a Comment