Hati saya tidak keruan.
Saya rasa macam saya ada buat salah dengan orang, tapi tak tahu siapa. Naluri saya selalunya tepat.. tapi saya tidak dapat mencari sebab kenapa saya rasa tidak keruan.
Kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan saya secara langsung atau tidak, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun di atas segala kekhilafan yang mungkin telah saya lakukan tanpa saya sedari.
Hati saya masih tidak suka dengan rasa yang perit, pahit dan payau ini.
********* Tutup***************
**********Buka**************
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009 bagi semua negeri di Malaysia kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah yang telah pun bermula sejak semalam. Alhamdulillah, hari ini program yang dirancang berjalan lancar walaupun tidak selancar minyak sintetik untuk melicinkan pergerakan enjin kereta anda.. (eh?)
Hari ini juga, saya bertindak sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Terus terang saya katakan, saya merindui saat-saat ketika berada di dalam kelas. Di kala ada rakan-rakan saya yang mula putus asa untuk menjadi pendidik, saya semakin mahu melangkah ke bilik darjah. Malangnya, saya tidak dapat berbuat demikian. Hmm... Mungkin betul kata orang dulu-dulu, 'waktu dekat, tak ingat, bila dah jauh, mula merindu'... Begitulah perasaan yang saya alami pada subjek Bahasa Inggeris.. Saya mahu mengajar!
Namun begitu, saya tidaklah seratus peratus menyesal memasuki bidang kaunseling kerana ini pun salah satu daripada cabang minat saya. Macam kata Dr. HM Tuah Iskandar dalam segmen motivasi di MuzikFM (lama dah tak dengar, tiba-tiba pagi ni Kak Piah pasang MuzikFM) pagi tadi.
Pilihlah kerjaya, bukan kerja.
Saya mahu pilih kerjaya kerana saya mahu berjaya. Saya bukan bekerja, tapi saya punya kerjaya. Kerjaya sebagai seorang guru yang berdedikasi untuk membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni di kalangan para pelajarnya. Kerjaya saya bukan untuk menentukan kecemerlangan para pelajar, tapi kerjaya saya adalah untuk memastikan mereka cemerlang dengan usaha dan titik peluh mereka sendiri, bukannya dari paksaan. Segala gerak geri dan tindak tanduk yang mereka lakukan adalah kerana keinginan dan motivasi sendiri. Saya sekadar membimbing sekadar yang termampu. Saya hanya membantu apa yang terdaya.
Saya percaya;
70% kejayaan datang dari dalam diri mereka sendiri
15% kejayaan adalah hasil usaha dan ketekunan
10% sokongan ibubapa, guru-guru dan orang sekeliling
5% nasib
Meskipun saya bergelar guru pembimbing, bukan bermaksud saya tidak boleh mengajar. Mungkin bukan secara langsung. Saya masih boleh berkomunikasi dengan mana-mana pelajar di mana-mana, topik apa pun... semahu hati saya kerana saya punya akses yang luas terhadap mereka. Cuma, mungkin saya tidak dapat buat aktiviti yang telah pun saya rancang (tapi tidak pernah menjadi) sebelum ini. *hmmm*
*I was formerly known as Miss Games.. yeah! Miss Games for doing so many types of games in class... hehehe.. banyak bermain daripada mengajar.. peace!*
Sebenar-benarnya kan... sebenarnya.. saya masih tidak tahu nasib saya macam mana. Maksud saya, adakah saya kena berada di sekolah mengikut sesi persekolahan ataupun mengikut waktu pejabat iaitu 7-3?
Kalau saya kena ikut waktu pejabat, alahai masalah! Samada saya mengorbankan diri menunggu bas pada pukul 3 petang dan tak pasti sampai di rumah pada jam berapa, atau... atau.. saya terus berada di sekolah sehingga sesi petang tamat dan pulang bersama rakan-rakan sesi petang? Yang mana ok?
Kereta? Gelak gelek-gelek...
Lesen L tak lepas lagi laa! Tidak sempat bah! Kena tunggu setengah tahun, baru boleh fikir tentang kereta. Jadi, sementara itu, apa yang harus saya lakukan?? Ehm..
Saya rasa mahu menulis lagi ni, tapi oleh kerana hati saya tidak keruan.. saya tinggal sekejap... Lain kali saya sambung ya...
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment