Assalamualaikum...
Sudah sekian lama saya tidak masuk ke alam maya ini. Saya pun tidak tahu apa yang harus ditulis di sini. Sekian lama, tiada yang menarik sangat. Cuma adalah beberapa perkara yang menarik bagi diri saya yang telah saya lalui.
1. Raya haji tahun ini merupakan yang pertama kalinya saya benar-benar meraikannya sebagai salah seorang umat Islam yang menunaikan ibadat korban. Alhamdulillah.
2. Sahabat baik saya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya tanggal 13 Disember. Tahniah, Noor! Semoga bahagia sampai akhir hayat dan kekal abadi sampai bila-bila.
3. Menyusul kemudian, Faraliza a.k.a Jerd, rakan sekelas di UiTM pun selamat bergelar isteri pada 20 Disember. Semoga bahagia juga sampai bila-bila.
4. Kemudian, tanggal 25 Disember giliran Husna a.k.a McWoo, rakan ketika bersekolah rendah dan menengah. Harapan agar memperoleh keberkatan yang tidak terhingga adanya. Tanggal tarikh yang sama, Azuni menyambut ulangtahun pertama perkahwinannya.
5. Hari lahir saya 'disambut' meriah dengan kehadiran ahli-ahli kapasitor. Dan juga dapat keluar jalan-jalan dengan Yda. Itulah sambutan hari lahir yang manis bagi saya.
Terima kasih kepada yang sudi bertemu dengan saya sewaktu kedatangan saya ke Kuala Lumpur tempoh hari. Walaupun bukan rancangan saya dan kalian tidak mengetahui tentang hari lahir saya namun, ia bagaikan hadiah bermakna buat saya. Terima kasih kepada en. Boss Jojo kerana memberitahu tentang aktiviti pada malam tersebut dan juga terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara Syahar kerana menjemput dan menghantar saya walaupun sesat.
Semoga tahun baru nanti akan membawa banyak cerita menarik dalam hidup saya dan rakan-rakan sekalian.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment