Wah! Saya kepenatan! Penat sangat-sangat! Mengantuk... tapi, kerja masih banyak yang perlu disiapkan... Tetapi juga, masih ada hati mahu online. Heh!
Sudah masuk hari ketiga sesi persekolahan bermula. Masih baru namun saya merasakan hari terlalu pendek. Saya rasa macam sudah berminggu sekolah dibuka. Adeh! Hari ini, untuk orientasi pelajar tingkatan 1, mereka diberi beberapa tugasan. Antaranya mencari guru-guru dan meminta tandatangan mereka. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang kelakar, ada juga yang menyakitkan hati. Macam-macam ada!
Saya tidak sempat mahu mengambil foto-foto mereka kerana terlalu sibuk dengan pembahagian kelas untuk mereka. Saya perlu menguruskan nama-nama pelajar yang lebih daripada 200 itu dan menyusun mereka ke kelas yang sepatutnya. Aduhai! Masih belum siap sedangkan saya perlu berikan senarai nama mereka kepada guru kelas seawal pagi esok sebelum pembahagian buku teks pula. Huu... Masih lagi tangguh ni.. Tulung!
Dalam banyak-banyak pelajar, ada seorang pelajar yang kecil montel yang menarik perhatian saya. Nama dia Ferdonner. Ada satu tahi lalat di pipi kanannya. Kenapa dia menarik minat saya? Kerana rupanya yang seiras bekas pelajar saya ketika menjalani praktikal di STAR, Klang tahun dua tahun lalu.
Nyaris-nyaris saya mahu panggil dia dengan nama Aminuddin, bekas pelajar saya itu. Aminuddin tu comel sangat dan geram saya tengok pipinya yang tembam itu. Begitu juga dengan Ferdonner. Memang sama... Seolah-olah tidak ada beza langsung. Sama ada dari segi rupa, bentuk tubuh badan dan gaya kecomelan budak 12 tahun. Tiba-tiba juga saya teringatkan mereka di STAR. Tahun 2009 mereka akan menduduki PMR. Hmm.. macam manalah agaknya.
Seorang lagi pelajar yang mendapat perhatian saya adalah Jessyca Juliet Jamestan. Rupa-rupanya dia adalah adik kepada Jayson Jamestan. Pelajar saya tahun lepas yang kerap mendapat 'perhatian istimewa' daripada saya. Apabila saya berbual dengan Jessyca, jauh benar bezanya dia dengan abangnya. Mendapat 3A dan 2B dalam UPSR sudah cukup membuktikan yang dia seorang yang bijak dan rajin. Apatah lagi ketika saya berbual dalam Bahasa Inggeris, dia dapat menjawap dengan bagus dan yakin. Berbeza sangat dengan Jayson yang.. nakal!. Agak-agaknya Jessyca beritahu pada Jayson tak, yang saya pesan pada Jessyca supaya tidak mengikut jejak abangnya yang nakal itu? Hmm.. kalau dia cakap pun apa salahnya. Biar dia tahu yang saya memang mengambil berat.
*Syud, macam mana? Ada hubungi Jayson? Setakat ini ada perkembangan?*
Sebelum pulang tadi, Cikgu Hamid beritahu yang saya mungkin akan mengajar matapelajaran Geografi tingkatan 1 dan tingkatan 4. Dua kelas sahaja. Bolehlah daripada tidak masuk kelas langsung. Saya mahu masuk mengajar juga. Tidak dapat mengajar Bahasa Inggeris, Geografi pun jadilah. Janji saya ada interaksi pembelajaran dengan para pelajar.
Baiklah, saya harus berhenti sekarang. Saya kepenatan sangat-sangat. Mata layu sangat. Pinggang sudah bengkok.. Katil memanggil-manggil.. Selimut menggapai-gapai... Heee...
Sudah! Berhenti sudah!


2 comments:
Omg!! counselling service pun under KPM....unitar nye adelaa clients' record dlm locker yg private n confidential...1 locker for each counsellor...haritu i missplace kunci...gelabah cari.
bestnya ada loker sendiri.. i bilik pun xdak! masih lagi duk kat bilik guru.. huhu.. baru seminggu kerja, dah bertimbun barang atas meja.. aduh!
Post a Comment