Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 July 2010

Masalah oh masalah

Salam.

Sekarang sudah pun masuk ke bulan Julai. Lebih kurang 2 bulan lagi dah nak raya. Balik kampung lagi lah... Seronok memang seronok. Lebih-lebih lagi...

Pagi tadi ingatkan nak bawa mr. Jazzy pergi Desa untuk basuh kereta sambil makan nasi lemak. Rupa-rupanya Desa Carwash sudah pun ditutup. Ehm, makan nasi lemak sajalah jawabnya. Tengah makan, cikgu Jamison, cikgu sekolah KakFizah datang duduk semeja dengan kami. Mereka berborak, ketawa... mereka berceritalah mengenai sambutan hari guru di sekolah mereka.

Saya mendengar dan tersenyum sinis kepada diri sendiri.

Tahun lalu, saya seakan emosional apabila merasakan yang sambutan hari guru sepatutnya diuruskan oleh budak-budak yang sepatutnya seperti badan pengawas dan PRS. Bukannya guru itu sendiri. Al-maklum lah, guru baru. Baca sini.

Maka dengan itu, secara automatik, entah kenapa, siapa yang suruh, saya pandai-pandai sendiri memberi tugasan kepada PRS saya. Boleh dikategorikan sebagai tindakan kurang cerdik juga lah. Sebab secara tak langsung juga, saya sebenarnya yang syok sendiri. Saya ingatkan budak-budak ni boleh buat TANPA bantuan guru.

Sebelum saya teruskan, ada pesanan buat Masnih dan kawan-kawan. Maaf, kalau entri cikgu ni buat kamu semua kecil hati dengan cikgu. Tapi ini kenyataan yang SEMUA PELAJAR harus hadapi. Orang kata, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Maaf lagi sekali, cikgu tahu cikgu tidak mesra seperti dulu lagi. Cikgu tahu cikgu sangat sarkastik sekarang. Sikit lagi nak jadi orang sarkas.

Saya tahu saya tidak patut terbitkan entri ni. Tapi saya mahu juga sebab saya ada hak ke atas blog saya... hahaha... Okey, kita teruskan.

Saya sedar mereka berusaha yang terdaya untuk menjayakan sambutan hari guru tersebut. Saya sedar mereka mahu meraikannya. Tapi, kerana SAYA yang syok sendiri maka sambutan itu lebih teruk daripada tahun lalu. Bukan saya saja yang kata begitu, pengetua sendiri beritahu. Walaupun katanya kritikan membina, yang mana saya percaya kata-kata beliau kerana beliau senyum...heh, senyum betul-betul bukan senyum sinis mengejek ke apa ke... maaf, pengetua (tabik).Kritikan menjatuhkan pun ada. Saya pasti. Dunia kan...

Banyak yang ketinggalan. Banyak yang saya terlepas pandang. Kerana tidak mahu lagi guru-guru syok sendiri, maka yang terjadi adalah SAYA SYOK SENDIRI. Ironi.

Sukaneka diuruskan oleh para pelajar, saya yang bertanggungjawab untuk pantau. Hasilnya, nasib baik berjalan dengan baik pada hari berkenaan. Sebelum hari berkenaan? Hanya saya dan Tuhan yang tahu.

Hari guru adalah hari meraikan para guru. Tapi sambutan daripada para pelajar... :D saya terlupa terus. Undian untuk 'Guru Paling...' juga telah saya terlepas pandang. Padahal rasanya, itulah idea saya tahun lalu yang berjaya dijalankan. Sukan dan permainan antara guru-guru... langsung tidak terlintas di fikiran saya.

Entah... saya tak mahu komen banyak tapi saya rasa SAYA YANG SYOK SENDIRI pada hari berkenaan. Hambek kau! Tak nak syok sendiri konon.

p/s : anggap saja ini peringatan untuk saya bagi tahun hadapan.

Oh, oh... sebagai peringatan juga. Saya telah diamanahkan... untuk menyelia program untuk pelajar bermasalah. Seminar Teknik Menjawab SPM telah diambil alih oleh Puan Aimah. Maka tugas saya beralih ke lain pula. Cuma...

Saya takut. Kali ini saya benar-benar tak yakin. Harapan dan expectation pengetua sangat tinggi. Beliau mengharapkan saya sudah belajar daripada kesilapan yang lalu. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Mungkin saya degil, tapi saya tetap percaya apa yang saya buat tahun lalu membuahkan hasil. Pada pandangan orang lain mungkin tidak, tapi saya nampak mereka yang pernah dicemuh, dikata macam-macam sudah mula berubah. Saya amat yakin dan percaya. Maka saya juga yakin dan percaya yang kegagalan saya di mata orang dulu, sebenarnya kejayaan saya yang paling unggul. Macam saya pernah beritahu, mungkin hasilnya lambat namun langsung tidak mengecewakan.

Untuk program terbaru ini, saya tidak pasti macam mana. Adakah saya masih mahu berdegil atau saya turut sahaja kehendak orang? Dan saya juga sebenarnya sudah kehabisan idea macam mana mahu jalankan program julung-julung kali ini. Lebih-lebih lagi mahu libatkan pelajar bermasalah. Masalah besar juga lah.

Habis dah idea nak membebel panjang.

Jumpa lagi.

Salam.
Peace.

No comments: