Salam.
Ya, kegilaan saya sudah hampir berakhir. Alhamdulillah... saya mengikuti perkembangan budak Ryan Higa melalui SMS, akibatnya tidur saya sering terganggu kerana waktu di Malaysia dengan waktu di Amerika Syarikat adalah berbeza. Masa kita tidur, masa itulah baru dia kemaskini Twitter dia... sikit-sikit tak apalah, ini sampai 15 SMS sekali masuk.. Walaupun saya senyapkan telefon saya, tapi getaran telefon itu sungguh kuat.. aduh.
Tapi, saya tetap mahu ikut sebab saya mahu tahu bila lagi dia akan bersiaran secara langsung. Dua kali terlepas sebab dia bersiaran di waktu saya tengah tidur... huwaaa!!
Okey. Cukuplah dulu gila-gila ni. Saya menaip dalam keadaan mamai sebenarnya ni. Sudah 3 malam saya tidur melepasi jam 2 pagi. Siapkan kerja. *Cuma satu malam saja bukan buat kerja, meluangkan masa bersama yang tersayang..hehe*
Hari Selasa, saya mengikuti Taklimat Program Peningkatan Akademik Bahasa Inggeris SPM 2010 di PPD Keningau. Rabu pula sibuk menguruskan budak-budak yang akan mengikuti Program Sinar Permata yang julung kali diadakan. Khamis, program bermula.
Alhamdulillah, program dapat berjalan seperti yang saya inginkan. Mungkin bukan seperti yang orang lain harapkan, tapi saya tetap yakin dan percaya ini lah yang saya harapkan terjadi maka itulah yang berlaku. Pujian patut diberikan kepada guru-guru yang terlibat menolong saya pada hari berkenaan.
Cikgu Shufian, Cikgu Jaidi, Cikgu Joseph, Cikgu Khairul, Cikgu Amy, Cikgu Azlin, Cikgu Justine.
Paling saya berterima kasih Cikgu Meriam Yusoff, Kaunselor SM St. Anthony. Walaupun berulang kali beliau menyatakan kegentaran beliau, tidak begitu yakin, tapi beliau berjaya melakukannya.
Program yang dijangka berakhir jam 2 petang, tersasar sejam. Tidak mengapalah, janji berjalan.
Insya Allah, lepas ni saya boleh buat sendiri. Cuma mengharapkan selepas ini, kekangan yang dihadapi... saya senyum sahajalah. Kalau ada yang boleh faham, fahamlah. Yang tidak faham, biarkan. Bukan urusan anda pun.
Hari Jumaat, pertama kali rasanya saya berada di sekolah selama 12 jam. Semuanya gara-gara mahu menyiapkan skrip untuk malam penghayatan. Skrip itu hasil tulisan cikgu Jaidi tetapi saya diamanahkan untuk murnikan lagi. Kalau tiada mood, susah nak menulis sesuatu yang berkenaan dengan perasaan ni. Tidak ada feeling kata orang.
Jam 8 malam lebih, saya dan KakZahN kembali ke sekolah untuk Kem PMR pula. Kami bermalam di sana. Tepat jam 11.30 malam, bermula sesi malam penghayatan. Dengan penuh perasaan dan tangis sedu sedan konon, saya berlakon. Adeh... agaknya skrip panjang sangat, budak-budak mula bising selepas 20 minit. Penat menangis... ingat senang ke nak menangis, sedu sedan semua?
Jam 2 pagi baru dapat tidur. Itupun tak lama. Jam 4.30 pagi, kami sudah bangun. Sejuknya..mak aih... Saya suka!! Saya suka bermalam di sekolah sebab dekat dengan kaki bukit, kena pula baru lepas hujan... boleh kejang otot...
Jam 5 pagi, saya dan KakZahN pulang sebab KakZahN mahu ambil barang. Saya tidak ikut pulang ke sekolah. Saya terus tidur jam 5.30pagi sampai 12.00 tengahari. Tak sampai 10minit rasanya, saya dah tak tahan, sambung tidur lagi sampai 4.45petang. Mandi, siap-siap, terus makan durian. Tanpa bersarapan, tanpa makan tengahari... terus makan durian. Akibatnya, pusing-pusing, pening... tapi saya tahan sampai sekarang walaupun masih mamai.
mamamamamamamamamammamamaaiiiiii..
salam.
peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


1 comment:
selamat bangun daripada mamai, cik cikgu! keh keh keh..
btw. salam :D
Post a Comment