Salam..
Sebelum saya meneruskan repekan atau bebelan saya pada hari ini, ya saya telah ubah latar blog dan juga buang header. Rasa macam kanak-kanak dah pula letak gambar kartun budak perempuan comel.
*Oh, saya terbau durian... saya mahu durian...*
Okey. Tajuk bebelan saya pada hari ini adalah berkenaan dengan GILA. KEGILAAN. *damn! Bau durian ini betul-betul menusuk lah... makan kat luar rumah tapi tak ajak pun...*
Kalau sebut GILA, yang tergambar dalam fikiran mestilah orang yang kurang akal fikiran. Kegilaan pula membawa interpretasi yang berbeza. Tapi bagi saya ianya tetap sama. Kurang akal fikiran. Buktinya?
Lee, Jimmy (911), Nicky (Westlife), Amer Munawer (Ruffedge), Jesse McCartney, Zimi (Sofazr), Zamani (Slam), Firdee Akasya Roslee (Aqasha), beberapa orang pelakon lelaki Filipina yang nasib baik saya dah lupa nama-nama mereka, dan sekarang Ryan Higa (Nigahiga)!
Ini adalah contoh kegilaan saya. Ya, saya pernah gila terhadap mereka. Malah ada yang masih saya tergila-gilakan sampai sekarang. Apa motif saya bongkarkan hal yang memalukan ini? Kerana saya dalam proses mengurangkan kegilaan ini. Terutama sekali sekarang ini terhadap budak Ryan.
Saya ingat Zamani adalah kegilaan saya yang paling awal. 12 tahun. Baru nak belajar suka kat lelaki secara melampau.. Hahaha...
Psst, saya tersuka budak lelaki seawal 10 tahun. Dan yang menariknya saya suka dia selama 4 tahun... dan kami masih berkawan sampai sekarang... okey, tak adalah berkawan rapat tapi masih boleh berhubung antara satu sama lain.
*durian...durian...durian...*
Kemudian, di tingkatan 1, seorang kawan rapat saya ketika itu memperkenalkan kepada 911. Masa ni saya mula kenal lagu-lagu bahasa inggeris. Saya dengar berulang kali, saya hafal lirik, saya teruja mengumpul gambar-gambar mereka bertiga terutama sekali Lee dan Jimmy. Malah, papa pernah perli saya depan makcik-pakcik..
"Kaklong ni terer (terel? mana satu yang betul? saya selesa 'terer') bahasa inggeris sebab sikit-sikit 911, 911, 911..."
Diikuti dengan yang lain-lain..
Saya masih suka Amer Munawer *masih berangan kalaulah dapat kahwin dengan dia*, Nicky Bryne is still in my heart!, tak tahu kenapa saya boleh tersuka Zimi dan Sofazr... rasa macam, urgh.. sungguh kebudak-budakan... eheh?.
Oh, Jesse McCartney... he was like... sooo... sensual...urhm.. scratch that. Sexy? Oops, censored! He is kinda cute but in a very erotically way... EROTICALLY? Ada dalam kamus ke? Kejap, nak cari tengok. Yah, there is the word erotically. Okay, you know what..I should not write this in my entry but... I love Jesse! Agagaga..
Who else??? *Kita cakap omputih hari ni*
Aqasha dan Zamani adalah lelaki yang pernah saya tergila-gilakan. I mean Zamani is my first childhood crush and Aqasha is my first teenage crush... from Malaysia... Hehe.. In fact, my first cassette album is Cahaya Hati : Aqasha... Saya tak pernah membazir duit beli benda-benda macam tu, tiba-tiba nak SPM saya sanggup menyimpan beli album Cahaya Hati. Masih ada dalam simpanan. Saya simpan dalam mr.jazzy memandangkan mr.jazzy boleh mainkan kaset. Terima kasih papa sebab cari mr.jazzy yang boleh mainkan kaset dan radio dan CD.. ok, tersasar sudah.
Oh yeah! Beberapa pelakon Filipina. Ada dua orang yang betul-betul saya gila waktu itu... Sewaktu di Sekilau. Tak tahu kenapa saya boleh terlupa nama mereka. Kedua-duanya berlakon dalam drama yang sama, seorang jadi abang, seorang lagi jadi adik. Aduh...kamon, siapa ek? Bukan Jericho Rosales.. itu yang terbaru selepas pelakon yang saya suka ni. Yang jadi adik tu tak silap saya pernah sambung belajar di USA. Yang jadi abang tu yang saya betul-betul gila... tapi dah mati dah. Mati dalam tidur sewaktu bercuti selepas beberapa bulan putus cinta dengan kekasihnya yang berlakon dalam drama yang sama. *Google time!!*
Ahah! I found a picture of one of 'em! Yang jadi adik tu. He's hot! Yeah, he's Richard Gutierrez... ahahahaa..Same age with me okaaay... *ketawa gedik... *
*Masih menggoogle*
Sementara itu, saya sambung dulu pasal orang lain. Ryan Higa! Saya ada taip mengenai budak Ryan ni dalam entri yang sebelum sebelum ini. You know, sebelum entri ini ada satu entri.. sebelum entri yang satu tu, adalah entri tentang Ryan Higa.
Saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi sebegitu gila dengan budak Ryan ni. Bayangkan, saya sudah melayan video-video dia sejak minggu lepas lagi dan ada yang saya ulang tonton. Saya cuba cari seberapa banyak maklumat tentang dia. Maklumat dihujung jari sahaja kan... Segala macam bentuk perhubungan yang boleh menghubungkan saya dengan Higa, saya daftar dan ikut.
MukaBuku, Twitter... sudah tentu.
Saya jumpa blogTV, berlambak lagi liveshow video yang direkodnya terutama sekali semasa dia masih bersama Tarynn dan sewaktu akaun TiubAwak dia kena gantung. Kemudian, saya mendapat tahu atau saya cari tahu tentang Ustream. Macam blogTV tapi blogTV macam dah tak aktif mungkin sebab ada kenangan dengan Tarynn ke apa ke tak tahulah. Dia guna Ustream sekarang kalau nak berhubung secara langsung dengan peminat dia. Kali terakhir dia berada di udara (on air) adalah minggu lepas sewaktu mengikuti vidcon di Los Angeles.
Hah! Sudah jumpa nama pelakon Filipina yang saya gila-gilakan dulu yang sudah pun reput di makan bumi. Nama dia Rico Yan dan drama yang dia lakonkan tu adalah Mula Sa Puso. Ada sesiapa ingat?? Oh, satu lagi filem yang dia berlakon dengan heroine yang sama yang juga kekasih dia waktu itu iaitu Got 2 Believe.
Oh tidak! Adakah saya akan kembali tergila-gilakan mereka berdua? Rico sudah tiada... Err, boleh tak saya menangis masa tahu dia dah meninggal. Untuk pertahankan diri, saya simpati dengan rakyat Filipina waktu itu kerana mereka bukan sahaja kehilangan seorang pelakon yang hebat tetapi yang penting Rico adalah model belia di negara dia. Atau di Malaysia ada Belia Negara. Whatsoever...
Dalam asyik mencari semula maklumat tentang Rico Yan, saya baca sekali maklumat tentang cerita-cerita yang pernah hangat di tv Malaysia dulu. Habang Kay Piling Ka, Sanay Walang Na Wakas, Mula Sa Puso, Pangako Sa'yo... ehm... now, I like to watch She Wolf. The hero is quite tough though. But I'm not really into tough macho man, only if he is cute... like Rico... and Ryan...
Oh Ryan! Almost forgot about him...
* To think back then, I think I really DO have ADD. herm...*
While typing this, I'm listening to Ryan's Ustream recorded video. It's fun because it was like he's talking to you even though the fact is he wasn't. You know, people were asking him a lot of questions even the dumbness one, and he answered all the questions, well.. not all but then he tried and at some point when he got bored or the question was too silly, he would answer it with the silly answer like.. Apa saya merepek ni? Pasal ni pun nak cerita ke?
By the way, hujung minggu saya sangat tidak produktif di mana saya menghabiskan hampir 70% daripada masa saya dengan hanya menonton video Ryan Higa dan memeriksa Twitter dengan harapan yang tidak lah menggunung mana pun, Ryan akan membalas tweet saya.
Ryan oh Ryan!
Bila orang gila membebel.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
ni memang betol gila neh. :))
I noticed something on your side bar 'Shazmiey Bryne' Muahahaha
lelaki yang saya gilakan cirinya adalah muda; senyum manis. pandang tak jemu.oh pandang tak jemu.
to list; Zizan Nin (omg! senyum mencairkan), Fahrin, Aaron Aziz
penyanyi; suara memukau - Sami Yusuf, Elliot Yamin, Guy Sebastian
HEHE.
p/s:
mudah jatuh cinta tengok hero movies :D
yea.. sy memang gila kan... oleh kerana nicky bryne sudah kawen, maka saya beralih angan kepada menjadi family... muahahaha... bangang punya angan2..
Amer pun sudah kahwin :)
Post a Comment