Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 July 2010

setiausaha. secretary.

Salam.

Tengah malam tadi seawal 1207 saya tercerita pasal budak Ryan Higa di kala saya sebenarnya nak bercerita tentang perkara lain. Jadi, hari ini saya tulis...eh, taip cerita yang sepatutnya.

Sewaktu saya berusia 11 tahun, seorang guru pernah bertanya apakah cita-cita saya. Maka, jawapan yang saya berikan adalah seorang peguam. Saya sendiri tidak begitu pasti atau mungkin saya sudah terlupa sebab saya memilih pekerjaan tersebut. Yang saya tahu, saya ingin menjadi peguam.

Kemudian, apabila menginjak ke alam remaja, cita-cita saya masih tidak berubah malah bertambah. Dengan erti kata lain, selain daripada ingin menjadi seorang peguam saya juga mempunyai cita-cita lain. Dan juga impian, errr... menjadi seorang ibu dan surirumah tangga yang mithali... Tapi, bukan tentang impian yang ingin saya kongsikan di sini.

Antara kerjaya yang ingin saya buru adalah menjadi seorang penulis, penerbit lakon layar (sebab saya kuat berangan) dan juga setiausaha. Bukan setiausaha biasa, tapi Ketua Setiausaha. Sebab saya ingin menjadi setiausaha kepada seseorang yang bergelar bos adalah kerana di waktu itu, kalau tak silap usia saya baru 15-16 tahun, adalah kerana saya suka menaip. Kala itu, saya tidak memiliki komputer, apatah lagi cik lappy. Mesin taip pun tiada. Tapi, saya suka tengok makcik saya menaip menggunakan mesin taip. Mungkin bunyinya agak... kampung? Saya memang budak kampung yang teruja melihat teknologi baru. Mungkin sebab itu, saya cepat belajar... Anyway... Eh.

Apabila cikgu saya menawarkan jawatan sebagai penolong setiausaha di koperasi sekolah, saya sangat gembira. Ini kerana saya berpeluang menggunakan komputer yang terdapat di bilik koperasi. Lebih menggembirakan apabila saya rasa diri ini sangat penting kerana setiausaha adalah orang penting bos! Haha...

Tamat sekolah, saya mengisi borang UPU untuk program pengurusan pejabat sebagai pilihan pertama dan penulisan seni lakon layar sebagai pilihan kedua. Jelas, kedua-dua program tidak menerima saya sebab saya menjadi guru sekarang!

Namun begini, cita-cita zaman remaja tidak pernah padam. Saya sangat mahu menguruskan hal-hal pejabat. Menjadi orang penting kepada ketua. Malah, saya pernah berangan, kalau lah saya jadi setiausaha kepada seorang ketua yang kacak, muda dan kaya!

HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....

Ehem. Oleh kerana saya tidak dapat menjadi setiausaha, maka saya terjemahkannya ke dalam hasil penulisan saya. Oh, tidak! Semuanya draf sebab saya tidak suka menulis cerita klise.

Sekarang, saya sudah bergelar guru. Alhamdulillah, Tuhan itu Maha Bijaksana dan Adil. Dia tunaikan cita-cita saya. Disebalik kerjaya seorang guru, saya memegang dua jawatan sebagai setiausaha. Setiausaha Bidang Bahasa dan Setiausaha Kelab Staff. Tidak dilupakan tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di mana sayalah GBK maka sayalah setiausahanya. Oh, apabila membuat sesuatu laporan maka itu dikira macam tugas setiausaha juga kan? Kebanyakan guru ada pengalaman sama dengan saya.

Dan sekarang baru saya faham kenapa Dia tidak menjadikan kerjaya setiausaha sebagai mata pencarian saya.

SAYA SANGAT TIDAK SESUAI MENJADI SETIAUSAHA!

Hanya saya dan Dia sahaja yang tahu.. Wallahualam.

Salam.
Peace.

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

saya juga tidak sesuai jadi S/U sebab saya ni sumpahlah pemalas nak buat report. muahahahaa