Salam...
Ehm, macam ada idea beberapa jam yang lalu. Tapi pendek sangat ingatan saya ni. Lepas tu mudah pula terpesong fokusnya.. Agaknya saya ada AD/HD tak? Tapi saya tak hiperaktif... Hahaha... semua ni gara-gara si budak Ryan Higa lah ni. Bila dia bengang orang cakap dia AD/HD, dia pun buat video menafikan sekeras-kerasnya tapi buat-buat macam budak ada AD/HD.
Apa dia AD/HD? Itu singkatan untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder. Atau dalam bahasa melayunya..err... belek kamus! Hahaha... yang saya tahu, orang ada AD/HD ni kurang perhatian atau fokus pada sesuatu perkara, mudah terpesong. Eh, bukan terpesong akidah. Terpesong topik. Contohnya, tengah bercerita pasal kucing tiba-tiba nampak kura-kura, dia boleh cerita pasal kura-kura pula. Cerita kucing tu tergantung macam tu saja. Lepas tu, satu lagi ciri orang yang ada AD/HD ni, selalunya dia hiperaktf.
Macam saya sekarang, saya sebenarnya nak cerita pasal benda lain tapi sebab saya teringat pasal cerita budak Ryan Higa yang soopa doopa (kredit untuk TV3) comel dan comel. Maka saya tercerita pasal AD/HD.
Tertanya-tanya pula siapa Ryan Higa. Mungkin ada yang kenal dia, tapi saya suka sangat dia. Comel lah!!! Teruja ni nak cerita pasal dia. AD/HD lagi.
(Ok, saya tak ada AD/HD. Saja...)
Ryan Higa. Seorang warganegara Amerika Syarikat yang berdarah Jepun daripada kedua belah ibu bapanya (jelas sangat muka Jepun comel) yang berusia 20 tahun. Dia menetap di Hilo Island, atau Hawaii. Tetapi sekarang sedang belajar di sebuah universiti di Los Angeles dalam jurusan major perfileman. Merupakan Youtuber yang paling banyak mendapat langganan (subscriber daa!) iaitu melebihi 2juta pelanggan!! Oh, juga sering mendapat tempat #1 di Youtube dalam pelbagai kategori terutama sekali di Amerika Syarikat. #1 Video paling lawak. #1 video paling ditonton. #1 video paling disukai. #1 video paling bertahan... semua no.1 lah!
Klik Nigahiga. Oh, video tentang ADD atau AD/HD dia tak ada dalam channel dia sebab terpaksa kena buang oleh pihak Youtube atas alasan hakcipta. Nak tengok kena cari tajuk Rant on ADD by Nigahiga. Orang lain tolong re-post.
Eeiii... saya sudah terjatuh cinta sama ini budak Jepun maa! Sampaikan tadi masa tengok siri ER yang tahun bila entah, tapi masa tu Dr. Greene tengah nazak luangkan masa dengan keluarga di Hawaii jadi anak perempuan dia, si Rachel bertemu dengan budak lelaki Hawaii nama Kai, mata saya terus buntang sebab saya ingat tu Ryan. Hahahah... Gila lah cikgu ni!
Salah satu yang membuatkan saya jatuh cinta sedalam-dalamnya dengan budak Ryan ni selain daripada kecomelan beliau, adalah pertuturan dia. Ok, dia budak Asia yang tinggal di Hawaii. Jadi, apabila dia bercakap, saya rasa macam dia dari Malaysia. Huih! Tak, tak... maksud saya, slang inggeris dia tak macam orang Amerika. Not exactly American English. Walau sepantas mana pun dia membebel (makcik! Dia bercakap dengan sangat laju. Dia punya definisi komedi pun hanya dalam satu perkataan sahaja... katanya...
My comedy in 1 word:
CrazyFastUpbeatNonstopADHDmomentsFullOfSarcasmAndStupidNoobsThatGetPwned...)
Fuh! Sila baca dengan laju dan sekali nafas. Ok, bukan setiap video dia cakap laju. Selalunya iklan parodi saja.
Eyy! Apakah ini?? Saya sebenarnya ada cerita lain, tapi jadi cerita budak Ryan. Teehee!
Jadi, sekian terima kasih dulu.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


2 comments:
ADHD budak yang sungguh hyper. banyak je kanak2 malaysia ada problem ni tapi parents tanak admit.
oh net lembab. nanti i google si Ryan ni ;)
syud, yap.. ramai je yg ada ADHD tp tu lah satu sbb pendedahan xda, jadi most parents anggap dorang ni sakit/lembam etc.. kesian gak bdk2 ni bila x ditangani dgn betul.
sila google ryan! sila google ryan!bgtau sy apa pdpat anda ya! hehehe... aaah, ryan! less than 3!!!
Post a Comment