Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 August 2010

Perasan is my middle name.

Salam...

Lama kan saya tidak kemaskini blog saya. Bulan Ramadan sudah pun masuk ke 10 malam terakhir. Hari ini 31 Ogos pada 53 tahun yang lalu, Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada jajahan British. 16 hari lagi, Malaysia akan terbentuk dengan kemasukan Sabah dan Sarawak bersama.

Saya bukan nak bercerita tentang sejarah sebab semua itu sudah pun dipelajari di sekolah. Tipu kalau tiada yang tahu tentang proses kemerdekaan negara melainkan memang dia tak ambil tahu atau pun bukan rakyat negara ini. Sebosan macam mana pun matapelajaran Sejarah, sepanjang tempoh 5 tahun pembelajaran secara formal mesti ada sedikit sebanyak yang terlekat dalam kepala.

Tentang kegilaan saya terhadap Ryan Higa nampaknya sudah pun reda. Bukan bermakna minat saya pada dia sekadar bermusim, tapi kegilaan itu yang kurang. Saya masih mengikuti perkembangan Ryan di mana terbaru, dia disenaraikan sebagai salah seorang selebriti Youtube yang memperolehi pendapatan melebihi USD100,000 pada tahun lalu dengan menduduki di tangga ke-4 dalam senarai. Hui! Kaya tu! Tak padan dengan usia baru 20 tahun dah dapat duit banyak tu. Tarynn pun dah tak bercinta dengan beliau, saya nak boleh? Hahaha.. berangan tak habis.

Tapi kecewa jugalah sebab banyak kali terlepas siaran langsung dengan Ryan. Paling kecewa pagi tadi. Lewat 4 jam! adeh!

Oklah. Cukup tentang Ryan.

Hari Ahad, saya, KakHa, CikYus dan Fizah (guru pelatih yang menumpang di rumah KakHa) ke
KK. Tujuan asal CikYus nak ambil Sijil Pengesahan Tapisan Keselamatan dan Sijil Induksi untuk urusan pengesahan jawatan dia. Alang-alang, saya dan KakHa pun nak semak kalau-kalau borang tapisan keselamatan kami dulu tercicir. Alhamdulillah, surat tapisan kami ada dan KakHa tunggu kelulusan induksi sahaja. Saya... entah bilalah dapat induksi ni. Menurut Encik Awang Lai, persona yang menguruskan hal induksi, kumpulan guru kemasukan 2008, masih ramai yang belum mendapat tempat kursus. Di Sabah sahaja lebih daripada 1200 orang. Paling ramai di negeri Selangor, iaitu seramai 1300 lebih. Dengar kata, kemungkinan kursus induksi kali ini tidak akan diadakan di hotel lagi. Mungkin di IPG sahaja.

Tak kisahlah. Janji dapat lepas kursus induksi selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Bila nak minta pindah pun, tak susah hati sebab semua sudah selesai.

2 minggu lepas, saya ada suruh pelajar tingkatan 1 kelas Geografi tuliskan 3 perkara yang disukai dan tidak disukai tentang matapelajaran Geografi. Apabila saya minta tuliskan 3 perkara yang tidak disukai, cepat-cepat mereka menjawab 'TIADA, cikgu!'. Harap betullah ikhlas dari hati tu. Hehe... Kemudian, saya suruh juga mereka tulis tentang 3 perkara yang disukai dan tidak disukai tentang saya sebagai guru yang mengajar mereka.

Alhamdulillah, rata-rata mereka suka saya... Hah! Perasan is my middle name. You can say that!

Tersenyum saya sendiri bila mereka tulis, saya baik, saya penyayang. Saya juga memberi penerangan yang mudah difahami. Cikgu suka senyum. Tapi yang tak tahan tu cikgu cantik... Ehehehe..*gelak gedik*... cikgu cute! Cikgu nakal... Eh, nakal? Ehm, nakal macam mana tu saya tak pasti. Comel sungguh budak-budak ni puji saya. Tapi dalam puji tu, ada juga 3 perkara yang tidak disukai.

Cikgu suka 'kasi besar mata'. Cikgu suka tarik telinga. Cikgu garang. Tulisan cikgu kecil... haih, macam-macam...

Masuk saja kelas 1 Progresif tu, tak jadi saya nak marah-marah bila teringat tulisan mereka tu. Hari Jumaat yang lepas, saya terlepas kelas mereka sebab sibuk dengan kerja lain. Seorang demi seorang datang bertanya, kenapa cikgu tak masuk kelas? Padahal bukannya cikgu tak tahu, mereka seronok cikgu tak masuk kelas. Kalau tidak, mesti dah ada yang panggil saya di bilik guru sedangkan saya memang tak berganjak dari meja saya sepanjang pagi tu.

Eh, saya nak cerita apa sebenarnya ni? Tukar siaran...

Sambung cerita ke KK tadi. Kami pergi hari Ahad, tapi cuti am jadi sepanjang hari kami membeli dan membelah. Hajat di hati sekadar untuk menjadi peneman sahaja. Yang dibeli pun hanyalah kain batik yang umi suruh beli untuk diberikan kepada orang yang akan datang menolong kenduri di rumah nanti. Kemudian teringat KakSuria memesan ikan keropok. Saya pula berkenan dengan butang baju melayu untuk si dia dan keronsang untuk saya. Lepas tu teringat pula telur ikan terubuk masin... Aduh! Menyesal beli telur ikan. Mahal bah! Dah lah kecil, tak gemuk macam yang dibeli di Tawau. RM25 sebungkus. Beli sebungkus macam tak cukup... uhuhu... Habis duitku!

Habis di Pasar Filipin, kami ke 1Borneo. Ok, janji tak nak beli apa-apa. Tapi bila tengok KakHa shopping baju raya untuk ayah dan adik dia, saya pun rasa macam tak best la pula tak beli apa-apa untuk papa. Macam tak pernah beli apa-apa untuk papa. Maka, saya pun belilah sehelai kemeja untuk papa dan kemeja-t untuk Ipe. Haish! Tak boleh jadi, untuk diri sendiri tak ada apa ni. Terbeli pula baju sehelai.. Huwaaa!!!

Berbuka memang mahal sikit tapi tak kisah sebab memang itu rancangan asal. Makan puas-puas sebelum balik Keningau... bosan berbuka dengan makanan di Keningau. Hehehe..

Esoknya, dalam jam 8.30 pagi kami ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang terletak di Jalan UMS.

Jadi, selepas selesai urusan di Kompleks Pentadbiran atau mini Putrajaya, kami terus ke Rumah Persekutuan. Oleh kerana urusan di JPN adalah urusan rasmi, maka kami ke sana dengan berpakaian formal baju kurung. Seusai di JPN, kami ke Masjid Wisma MUIS... bukan untuk menunaikan solat memandangkan jam waktu itu belum pun masuk waktu Zohor. Tapi menukar baju. Tak senonoh betul... Hahaha... Dah rasa macam budak sekolah yang ponteng sekolah, pergi pekan tukar baju nak masuk shopping mall. Bezanya, kami tukar di masjid. Heh! Adik-adik, sila jangan tiru aksi ini untuk perkara tak elok. Okey! Kami masih berpakaian sopan. Cuma dari baju kurung ke seluar... (okey, tak perlu terangkan pun sebenarnya).


Jalankan beberapa urusan lazim di CP kemudian, kami terus pulang.

Hari persekolahan esok, lusa dan tulat... akan dihadapi dengan penuh tidak sabar. Tak sabar nak balik kampung. Ngehe.. Lagipun, mulai esok hingga Jumaat, sesi PnP akan digantikan dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Pelajar semua datang pada sesi pagi. Sebelah petang pula akan diadakan LADAP untuk para guru selama dua hari. Jadi, tiga hari bekerja ini tidaklah begitu penat dengan tugas hakiki. Tak perlu nak marah-marah, atau sakit tekak menjerit bagi penerangan.

Oh ya, sebut pasal marah. Kelas tingkatan 4 Bahasa Inggeris. Saya bukan marah sangat pun dengan mereka. Jauh sekali untuk saya kecil hati, tapi entah kenapa minggu lepas saya tiada perasaan untuk menghadap mereka. Sudah saya tegaskan, sebaik sahaja saya masuk kelas sila bersiap sedia dengan presentation. Lebih 15 minit saya menunggu namun masing-masing saling tolak menolak. Padahal 2 kumpulan sahaja. Alih-alih, saya ucapkan terima kasih dan keluar. Kena pula waktu itu, saya tidak berapa sihat apabila 4 hari berturut-turut saya diserang gastrik dengan lambakan kerja yang tertangguh. Memang tak senyum lah. Tak ada perasaan langsung nak senyum. Maaf semua.

Masa bercuti nanti, saya tak pasti dapat kemaskini blog atau tidak sebab adik saya cakap broadband sudah kena potong... aiyark, duit lagi. Nasib baik baki duit raya tahun lepas ada lagi. Adik-adik sepupu pun semua dah besar-besar belaka, jadi tak payah bagilah.. Haha, yang kecil-kecil pun tinggal anak-anak sepupu. Tak ramai pun... boleh lah setakat seringgit dua seorang ... mokcik ni kedekut sikit. Maaflah ya, lagipun raya tahun ni mokcik pakai banyak duit untuk hal lain.

okeylah, cukuplah dulu bebelan mengarut semua dalam satu ni.

Salam Ramadan 1431H.
Salam Hari Wanita.
Salam Nuzul Quran.
Salam Merdeka.

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam.

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

Cikgu Menawan! HEHEHE

*sambil scribble atas komen. kohkoh

Bento-Hide said...

panjang gila ah cikgu! keh keh keh.

broadband kena potong, berinternet di saiber kafe la nampaknya :P

NSMY said...

syud : alaa..*blushing*

ben : panjang ke? hahha punyalah tak perasan membebel... skang berinternet ngn bodben adik.. ngahahaha... seb baik dia wat balik..neghehehe