Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 September 2010

Syawal 1431

Salam...

Entri terakhir saya pada malam kemerdekaan Tanah Melayu. Hari ini, sebuah negara yang bernama Malaysia telah pun terbentuk dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. Selamat Hari Malaysia!

16 September 2010 bersamaan dengan 7 Syawal 1431H. Sudah seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.

Sepanjang lebih kurang seminggu saya berpuasa di rumah, nikmatnya tidak terkata. Masakan tidak, dalam 5-6 hari bersahur dan berbuka puasa di rumah, lebih daripada empat kali rasanya saya dapat makan makanan kegemaran saya iaitu BUDU DAN PETAI JERUK! Hahahaha.. tak pasal-pasal kurang pahala puasa sebab makan makanan berbau. Tapi sedap!! Tambah menambah lagi tu! Kena lagi dengan ulam raja... Adui...balik Keningau nanti mesti kerinduan ni.

p/s : tengahari tadi makan nasi dan budu lagi... sedap sedap!

Malam Aidilfitri kami bersiaran langsung dengan Po'Mudo di Newcastle-upon-tyne. Kami tu pun tiada siapa pun melainkan saya, Mok, To'Che, Ipe, Baihaqi dan Papa. Biasalah kalau Po'Mudo banyak cerita dia. Tak habis-habis tunjuk barang-barang yang dibelinya di sana. Cerita pasal Mo'Mudo yang boleh buat lompat tikam, bingka ubi... haeheheh.. Ohya, rasanya saya belum beritahu lagi yang Mo'Mudo mengandung lagi.

Raya tahun ni tak meriah sangat sebab ramai yang balik. Po'Mudo di Newcastle, Po'Mey di Arab Saudi. Keluarga dia di Kedah tak balik beraya sebab susah kenderaan. Lagipun Musa akan ke Jordan pada hari raya ketiga. Tukar posisi dengan Hajar sekejap.

Pada hari raya pertama, segala persiapan dibuat di rumah Mok. Keluarga saya dan Cik sendiri beraya di rumah Mok. Po'Long dan Mo'Long singgah lepas solat raya.Pa'Do dan Po'Di sekeluarga datang sebelah pagi. Po'Su datang dengan isteri dan anak-anak tiri dia. Budak empat orang mestilah ada juga. Rindu sungguh dengan mereka terutama sekali Aidid. Alif pun dah semakin membesar. Aih budak tu... Tengahari dah mula sunyi. Dalam jam 3 petang baru keluarga Po'Ngoh datang.

Jam 4 lebih, Po'Mudo minta bersiaran lagi. Mula-mula Fatin kata jam 10 pagi Malaysia, tunggu punya tunggu rupanya 10 pagi Newcastle. Itupun kena tunggu Po'Mudo pulang dari solat Aidilfitri.

Masuk raya kedua, saya ambil kesempatan cuti untuk beraya dengan kawan-kawan. Lagipun Noorma ada jemput ke rumah dia untuk sambut hari lahir Iqram, anak dia. Asalnya saya berseloroh dengan Diyana, dan dengan gembiranya dia pun setuju untuk ikut sekali. Tapi, sebenarnya saya yang ikut dia sebab yang bawa kereta adalah dia. Hehehe...


Oleh kerana Noorma jemput jam 2 petang, kami tak tahu nak ke mana. Diyana nak jumpa McNgoh, dia tak ada di rumah. Telefon Ghan, dia pun baru keluar. Saya mesej Nolly, pun sama. Akhirnya Diyana cadangkan ke rumah Siti Zulaiha di Ketereh. Kelakarnya, tak tahu pun rumah dia di mana, nombor telefon pun tiada. Alih-alih, Diyana ajak ke rumah kawan dia. Lepas tu, terus gerak ke rumah Noorma, borak, kena buli, tunggu Izyan, kemudian ke rumah Nolly.

Baik Noorma, Izyan atau Nolly, tiga-tiga dukung anak... Huih. Izyan pula tunggu masa sahaja nak keluarkan seorang lagi makhluk Tuhan. Adeh.

Masuk raya ketiga, dah mula sibuk dengan persiapan untuk majlis raya keempat. Potong bawang, kisar kelapa goreng, siang ikan. Malam pula kemas rumah Mok, alih perabot yang ada. Hias apa yang boleh dihias.

Dan maka raya keempat tanggal 13 September 2010, terikatlah janji antara dua insan yang saling mencintai... eceh.



Insya Allah, kalau tiada aral melintang tahun depan akan menyusul kad jemputan. Apa yang seronoknya, alhamdulillah kedua keluarga dapat menerima antara satu sama lain. Semua orang gembira.

Dua kali juga si dia ada tanya saya nak ikut dia dan keluarga keluar jalan-jalan tak? Tapi bila saya suruh tanya papa, dia tak berani. Hehehe.. terus tak jadi. Jadinya, saya duduk rumah sahaja. Lagipun sepupu kembar saya ada, jadi tak eloklah tinggal dia seorang diri.


Semalam baru si dia baru pulang ke Sungai Besi. Oleh kerana sekarang ni musim cuti sekolah, trafik jangan dicerita. Jam 9 malam lebih baru dapat keluar dari Gua Musang dan jam 5.35 pagi tadi si dia mesej baru sampai di rumah.

Tak apalah, berehatlah dulu. Sabtu ni jumpa lagi! Yeay!

p/s: baru bertunang, dah rindu... kalau dah kahwin, macam mana nak duduk jauh-jauh?? Isyk..

2 comments:

Johari Rahmad said...

hihi! yey! alhamdulillah, sudah berstatus Tunang Orang! :D

diyana.arifin said...

agagagga..
ade gak gamba aku yang somel tuh...