Salam buat semua umat yang sudi singgah dan membaca coretan kisah yang kadang kala entah apa-apa ini...
Sebagai peringatan, suka saya maklumkan bahawa sekiranya anda menemui kata-kata atau ayat yang membuatkan anda pening atau berkerut dahi, itu adalah kerana si penaip entri ini iaitu saya selaku tuan rumah berada di dalam keadaan yang kurang stabil.
Cerita minggu ini.
Hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan jamuan sempena Aidilfitri. Majlis yang serba ringkas itu walau bagaimanapun mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan... Kata jamuan, siapa yang tak suka makan-makan, kan?
Ketika seronok mengunyah makanan yang dihidangkan, tiba-tiba ada suara memberi pengumuman bahawa dalam masa yang sama akan diadakan taklimat ringkas tentang Kem Kecemerlangan PMR dan SPM...
Kem? Kem apa?
Rupa-rupanya, pihak PPD telah mengarahkan pihak swasta supaya menjalankan program tersebut di sekolah kami. Motif utama? Saya tidak pasti. Apa yang saya amat pasti, programnya adalah pada hujung minggu itu juga! Dan saya amat tidak berpuas hati sebenarnya... Meh ambo nok cerito!
Setahu pengetahuan saya yang tidak luas ini, apabila sebarang kem kecemerlangan atau bina insan atau bina badan sekalipun yang diuruskan oleh pihak swasta yang mana semestinya dibayar dengan jumlah yang banyak, sudah pasti segala perancangan program disediakan. Cuma, oleh kerana dilakukan di sekolah maka kami hanya menyediakan tempat penginapan peserta dan petugas dan sekadar memantau perjalanan program dan peserta. Bukan begitu?
Jadi, kenapa pihak sekolah yang kena sediakan kem komandan? Bukankah institusi swasta yang menguruskan kem begini mempunyai pasukan sendiri? Okeylah, saya andaikan mereka tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk program pada hari berkenaan... weh! Kamu dibayar!! Lagi pula, saya tengok petugas mereka yang menggelarkan diri sebagai fasilitator sepertinya sekadar datang berhibur.
Hah? Apa? Saya tak layak nak komen kerja orang? Okey... syyyhh... diam sudah Shahida! Banyak cakap pula. Macam lah kau buat kerja bagus sangat kan?
Tapi habis program jam 4.30petang mula balik jam 8.30malam dan dalam jadual mereka yang mana mereka yang buat tiada satu pun pengisian untuk rohani! Atau dalam jadual bangun jam 3.30 pagi mula program jam 8.30 pagi tapi tiba-tiba jam 6 pagi ada pula pengisian untuk riadah? Kenapa tak beri semua ruang kosong tu untuk kami, pihak sekolah, yang isi? Buat apa budak-budak tu bangun awal kemudian terpisat-pisat tak tahu nak buat apa lalu sambung tidur semula?
Arahan mereka cuma, datang balik ke dewan pada jam sekian-kian. Mana arahan untuk sembahyang bagi Muslim? Okeylah, PK HEM sudah bagi tugasan kepada guru-guru..di saat akhir... tapi ini pihak swasta yang uruskan ya. Seharusnya mereka sudah ada semua... sebagai contoh untuk pengisian rohani, mereka patutnya ada ustaz sendiri.
Yalah! Yalah! Saya diamlah!...Hish!
Err... tapi saya puji mereka juga sebab pihak swasta tersebut sebenarnya secara tidak langsung telah membuka mata saya. Secara tidak sedar, mereka telah memberi saya banyak pengajaran tentang cara-cara menguruskan kem untuk lain kali.
Kalau dikira, memang saya masih tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. Ada dua jalan untuk saya pilih. Putus asa/serik atau teruskan buat yang terbaik. Namun, setiap saya rasa tidak putus asa, susah pula mahu usahakan. Dugaan ni datang dalam macam-macam bentuk.
Entahlah... waalahualam... Saya penat.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment