Salam...
Sebelum saya melalut, ada baiknya saya teruskan dengan ucapan ini.
Sebelum saya melalut, ada baiknya saya teruskan dengan ucapan ini.
SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BUAT PELAJAR TINGKATAN TIGA SELURUH MALAYSIA AMNYA DAN PELAJAR TINGKATAN TIGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN APIN-APIN, KENINGAU. SEMOGA ANDA BEROLEH KECEMERLANGAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN NAMUN TIDAK MEMBUATKAN ANDA MENINGGI DIRI.
Saya teruskan dengan bebelan kalut saya. Perlu diingatkan bahawasanya si tuan punya blog ini masih berada di dalam keadaan emosi dan jiwa yang kurang stabil atau tuan pengetua mengenal pastinya sebagai sindrom jiwang-sebab-mahu-kahwin. (Tidaklah sangat!)
Baru-baru ini saya telah melakukan satu aktiviti kesihatan yang sudah sekian lama saya idam-idamkan iaitu cucuk mencucuk di muka. Opps! Sebelum anda semua fikir yang tidak-tidak, sila habiskan bacaan ini.
Sesungguhnya aktiviti kesihatan cucuk mencucuk muka itu bukanlah sesuatu yang dilarang kerana gila lah saya jika berkeinginan demikian meskipun saya sedang berada di dalam kegilaan sekarang ini. Aktiviti kesihatan yang saya maksudkan itu adalah dikenali sebagai akupuntur. Anda tahu kan? Tidak tahu? Cari sendiri. Semua nak kena suap, baik tak payah ada tangan.
Dari zaman muda remaja sunti lagi saya berkeinginan untuk melakukan aktiviti akupuntur ini kerana saya merasakan badan saya seperti belon yang mana alangkah seronoknya dapat dicucuk dengan jarum. Seperti mana belon mengeluarkan angin lalu kempis, begitulah saya ibaratkan diri saya yang setelah dicucuk maka akan kempiskan segala keberatan. Bukan berat badan yang saya maksudkan tetapi rasa berat yang dibawa di tubuh....eh, ehm.... apa-apa sajalah yang anda faham.
Kali pertama, cuma cucuk di muka dan kedua belah tangan. Menurut tabib yang saya masih belum hafal namanya, kulit sayalah yang paling susah untuk dicucuk. Degil. Macam tuannya. Kebal. Tak macam tuannya. Tebal. Ngilu, itu biasa kata tabib. Itu pengalaman kali pertama.
Selain daripada kena cucuk, tabib ada juga periksa nadi saya. Badan saya panas katanya. Dia bagi ubat buang panas. Dia tanya samada saya ada sakit pinggang, jawapan saya ya. Dia bagi ubat sakit pinggang. Dia tanya lagi, adakah saya susah tidur malam. Saya kata, bukan susah tidur malam, tapi saya memang jenis yang payah nak tidur awal. Disimpul lilit, sama juga dengan susah tidur. Dia bagi ubat untuk senang tidur. Saya minta pula ubat untuk jerawat. Setiap satu jenis ubat kena makan dua biji kecuali ubat buang panas. Jadi, tujuh biji bola drag... eh, tujuh biji ubat kesemuanya yang saya kena telan 3 kali sehari. Ambik kau! Dulu punyalah susah nak makan ubat. Malas. Tak nak ajar biasa diri dengan ubat. Sekali 7 biji 3 kali sehari. Hahaha...
Persediaan ini adalah campuran herba tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia dan dadah.
Hari ini saya pergi lagi untuk sesi yang kedua. Tabib kata saya kena datang sebanyak enam kali. Kali ini dia cucuk di kaki juga. Ketika dia cucuk di tangan, aduih! Sakit dan ngilu yang amat. Saya dapat rasakan tangan menjadi kebas dan kaku. Macam lumpuh.
Dia cucuk di ibu jari kaki kanan pun sama. Kena pula waktu dia pusing-pusing jarum.. aiyo! Mahu nangis! Tapi suka! Saya rasa macam belon kena cucuk. Phussssssshhhhhh... *macam tu kan bunyi belon keluar angin?*
Dan sebenarnya, antara ibu jari dan jari telunjuk untuk tangan kanan saya sedikit lenguh. Mungkin kerana jarum yang kena paksa masuk tadi tersalah masuk dan terkena saraf yang sensitif. Kali ini, jarumnya lebih banyak daripada sesi yang pertama. Jarum-jarum itu akan dialirkan dengan tenaga elektrik yang tidaklah berbahaya. Cukup untuk merasakan sedikit renjatan seperti diurut di bahagian muka. Ianya baik untuk peredaran darah dalam badan.
Itu cerita tentang cucuk mencucuk.
Semalam, saya telah melakukan satu aktiviti yang sungguh berbahaya untuk masyarakat. Saya telah terjun bangunan tingkat sepuluh. Hah! Sah-sah saya tipu. Gila nak terjun bangunan tingkat sepuluh? Tapi, betul saya tak tipu yang saya telah buat satu aktiviti menggila bersama beberapa rakan. Apakah itu, biarlah kami saja yang tahu. Nama pun menggila, gila ke nak bagitahu orang? Nanti orang tiru, kami akan disabitkan dengan kesalahan membawa kegilaan. Yang saya boleh kongsi, kegilaan itu telah memberikan satu pengalaman berharga untuk diri saya.
Berada dalam set kelompok rakan yang berbeza daripada biasa adalah baik untuk kesihatan. Asyik-asyik dengan geng bujang Taman Rizalman, otak pun tidak berkembang sangat. Bukan saya kata mereka tak menyeronokkan. Tapi sekali sekala bersama geng yang berbeza dan satu kepala yang gila-gila tanpa ada rasa terikat dengan peraturan, sungguh menyeronokkan. Adrenaline junkie gang! Terima kasih di atas pengalaman itu. Nanti kita buat lagi hal yang gila seronok ini.
Halnya begitu, saya masih memerlukan tidur secara ekstrem. Otak saya sudah tepu dengan pelbagai hal yang entah apa-apa. Ya, saya tahu tahun ini bukanlah tahun produktif bagi diri saya sendiri. Masih saya rasa memerlukan rehat yang sebenar-benarnya rehat. Bukanlah kerana sindrom jiwang-sebab-mahu-kahwin.
Jadi, istilahnya begini sebenarnya....
Tuan Pengetua, saya mahu cuti rehat... uhuhuhu...
Salam.
Peace.

p/s : Otak saya benar-benar penat ni. Kalau masuk kelas pun, balik-balik tengok muka budak yang berkerut sebab tak faham apa yang saya bebelkan...

No comments:
Post a Comment