Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 September 2010

Sorry sayang!

Salam semua...

Selamat mula mengajar kepada guru-guru yang mula mengajar hari ini. Selamat belajar kepada para pelajar yang bersemangat datang ke sekolah hari untuk belajar... dan insaflah kepada para pelajar yang bersemangat datang ke sekolah sebab nak jumpa buah hati atau sekadar melarikan daripada tugasan di rumah.

Oh, cikgu tiada di sekolah hari ini kerana mengikuti kursus Pemantapan dan Perluasan Pedagogi Bahasa Inggeris Fasa Ketiga yang juga merupakan fasa terakhir untuk tahun 2010. Selama tiga hari saya akan berjauhan dari sekolah... eh, sudah 2 minggu + 3 hari... hehehe...

Oleh kerana kursus dimulakan sebaik sahaja cuti sekolah dibuka, maka saya agak was-was betul kah kursus tersebut bertarikh sekian? Tapi, saya gagahkan diri pergi ke IPG Keningau walaupun masih rasa mahu sambung cuti... :p

Sampai di IPG, saya tercari-cari kereta MuiLan tapi tiada. Saya intai-intai juga rakan-rakan guru yang ikut sama berkursus, pun tiada. Hailah! Betul ke ni? Nak mesej MuiLan namun kredit sudah RM0.06. Maka, tanpa rasa bersalah saya pun menghantar SMS kepada si dia dengan kata kunci EMERGENCY! minta ditambah nilai kredit telefon saya pada jam 0750. Selang beberapa minit kemudian, saya nampak, kereta Cikgu Molley bersama Cikgu Rafeqah masuk ke parkir IPG. Maka saya pun mengikut mereka dan terus ke bilik kursus.

Si dia masih belum balas SMS saya. Kebetulan encik pensyarah pun masuk untuk memulakan sesi pada pagi ini lalu saya menukar bunyi telefon kepada mod senyap. Selesai satu sesi, kami berehat untuk sarapan pagi. Jam 10.30 pagi (lebih kurang), baru saya periksa telefon. 8 miscalled from my beloved.

Kasihan dia terpaksa berkejar ke kedai mencari kad tambahnilai pada awal pagi dan terfikir yang bukan-bukan. Huhuhu... Jangan risau, saya tak apa-apa. Baru dua hari kami berjauhan setelah bertemu sebentar di lapangan terbang, namun rindunya Tuhan saja yang tahu... apatah lagi kalau tiba-tiba gulahati dia hantar SMS EMERGENCY!

Ohya... esok ada program besar di sekolah yang diselia oleh saya. Oleh kerana kursus, saya telah mengeluarkan diri sendiri daripada program tersebut. Saya telah buat apa yang patut dibuat sebelum cuti. Untuk esok, orang lain yang akan memikul tanggungjawab tersebut. Namun, saya tetap rasa tak sedap hati.

Tak sedap hati takut kalau ada yang saya tinggalkan masih belum sempurna.
Tak sedap hati kalau ada yang saya tinggalkan tidak difahami oleh orang lain.
Tak sedap hati risau kalau orang yang mengambil alih tugas saya pun tidak mahu memikul tanggungjawab tersebut.
Tak sedap hati takut kalau program tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang maka jari-jari telunjuk akan ditudingkan kepada saya.
Tak sedap hati sekiranya orang yang tidak terlibat pula yang banyak menyalahkan pengurusan dari awal iaitu cara saya bekerja.

Pendek kata, walaupun dari segi luaran saya nampak macam gembira... jujurnya, saya sedikit lega apabila tarikh program bertembung dengan tarikh kursus. Sekurang-kurangnya saya dapat melarikan diri daripada suasana yang saya tidak suka. Namun, dalam hati setiap waktu saya terfikir tentang esok. Macam manalah agaknya perjalanan program esok? Bukan calang-calang program. Merancang sahaja mengambil masa lebih sebulan. Selalunya 2 minggu sudah cukup. Apa-apa jadi, orang akan cakap PERANCANGAN dan PELAKSANAAN yang tak sempurna. Malah, sekarang saya sudah mula rasa ingin merapu. Bukankah merapu yang bukan-bukan adalah tanda tekanan. Aah! Satu lagi tanda tekanan yang amat ketara *Tuan Pengetua sendiri yang beritahu ni* sengaja menolak tugas! Dalam kes saya, sengaja dan tak sengaja.. hahaha..



Salam.
Peace!

3 comments:

Roxy zai said...

weeeeeeeee...sy ada buku cecelia ahern-book of tomorrow tu..mau kaa??=p

*sy bg pinjam jaa*hehe^__^

Unknown said...

comel je. datang tinggal jejak di sini sbb lost tak tau nak letak signature di mana. ngee :)

NSMY said...

roxy : terima kasih singgah... sy takmo pinjam, sy nak! hehehe...

dayya : sy dah buang chatbox sbb bnyk spam, sini pon ok... tQ!