Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 June 2010

Sambutan Hari Guru Apin-Apin 2010

Salam.

Alhamdulillah, sambutan hari guru berjalan dengan lancar walaupun bermula agak lambat. Kasihan tengok budak-budak yang keliru dengan perjalanan program. Walaupun bukan hari persekolahan dan tidak begitu diwar-warkan tentang sambutan hari guru peringkat sekolah, namun masih ada segelintir pelajar yang sudi hadir memeriahkan suasana dengan menggelakkan para guru yang buat lawak spontan dalam aksi sukaneka.. Terima kasih yang terlibat dan hadir.

Selingan kepada acara hari guru pada sebelah pagi adalah pertandingan Petanque. Sudah tentulah saya bersemangat. Tapi sebelum itu, senamrobik dan acara sukaneka. Dimulai dengan pindah getah guna straw yang diletakkan di mulut. Oleh kerana berlawan dua pasukan, (saya masuk pasukan Argentina) dan kumpulan kami terlebih ahli, maka guru perempuan tidak ikut. Setakat menyokong sahaja. Kemudian, bawa air guna span kecil sambil melompat dan isi dalam botol. Aduih, sakitnya paha tidak terkata.. Hahaha, maklumlah sudah sekian lama tidak buat senaman. Acara yang paling kelakar dan mendapat sambutan gelak ketawa daripada para pelajar adalah tiup belon kemudian duduk sampai pecah.. Saya punya, keluar angin... Hahaha..
Habis acara tersebut, pijak dua bata dari point A ke point B. Tulang pinggul kena kuat, kalau tak menang sakit pinggang, macam saya hari ini.

Seterusnya, lukis dan teka. Ini idea dari saya. ^__^ . Lagi, perlumbaan lari dalam guni. Huaa! Terjatuh dan sakit pinggang memang tak payah cerita lah. Untuk yang seterusnya fesyen beragam menggunakan surat khabar. Saya tidak sempat tengok fesyen kumpulan masing-masing sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Hampir-hampir terlupa yang Cikgu ABO minta salinan NKRA. Pendrive ada dengan Roslina, dia pula sudah pulang buat data. Nasib baik saya bawa cik lappy. Pergi minta pendrive Cikgu ABO, simpan dan kembali ke padang. Sudah pun dinilai. Terakhir sekali, sambung barang paling panjang. Habis kasut budak pun kena rembat. Bau yang macam-macam cerita lain. Tali pinggang pun kena cabut, nasib baik tak terlondeh seluar. Siap ada yang berbaring lagi atas padang.

Selesai sukaneka, makan sekejap kemudian ada yang ke dewan untuk pertandingan karaoke. Saya dan pasukan petanque ke belakang kantin untuk pertandingan petanque. Lawan dengan otai Apin-Apin, dapat nombor 4 tu kira bertuahlah...

Sementara menunggu perlawanan, sempat lagi saya dan KakHa ke dewan untuk tengok orang berkaraoke.. juga sempat jugalah memusnahkan lagu Celine Dion. Ngehehe...

Makan malam. Karaoke. Persembahan tarian oleh pelajar. Penyampaian cenderahati dan hadiah. Bergambar. Biasa-biasa sahaja.

Oh ya, tuan PPD turut menyumbangkan beberapa buah lagu. Boleh tahan juga. Tuan pengetua lagilah. Lagu Isabella tu! Tarik menjadi... Cayalah!

Rasanya itulah sahaja laporan daripada saya. Maaf, gambar tiada sebab saya terlupa terus bawa kamera. Sekarang ni dah tak ada mood nak bergambar.

Salam.
Peace.

No comments: