Salam untuk semua.
Bila ya kali terakhir saya menulis? Ehm... hampir sebulan yang lalu rasanya. Itupun sekadar ucapan ringkas untuk semua rakan-rakan yang melangkah ke gerbang perkahwinan yang menjadi idaman semua orang.
Baru seminggu sekolah dibuka. Namun, penatnya terasa seolah-olah sudah sebulan memulakan tugas setelah berehat panjang. Hari pertama sesi penggal kedua sahaja, dua mesyuarat perlu dihadiri. Hari Selasa pula sibuk dengan Program Pameran dan Seminar Pendidikan Kerjaya 2010 peringkat Daerah. Apin-Apin jadi tuan rumah. Kalau dikira patutnya saya memang tersangat sibuk tapi banyak rileks cuma tidak tenang sebab kena jadi pengacara majlis... sampai ke petang.
Hari Rabu, Alhamdulillah tiada apa-apa masalah cuma fikiran sedikit terganggu sebab kerja yang menuntut belum mampu untuk dilaksanakan. Masuk mengajar lagi. Lepas kelas, ada lagi mesyuarat. Masa tidak selapang mana. Cukup-cukup untuk mengisi perut dan menenangkan fikiran sebelum masuk kelas.
Berhadapan dengan pelajar sebagai klien, fikiran kita kena waras. Kalau asyik terganggu dengan benda-benda lain, itu yang jadi kes guru dera pelajar lah, guru tak berhati perutlah. Padahal, masuk ke kelas membawa beban fikiran yang tak menentu. Sekurang-kurangnya saya akan ambil masa sedikit sebelum agar fikiran lebih tenang. Kalau tidak, nasiblah budak kena asyik mendengar leteran saya yang kadang-kala tiada kaitan dengan mereka. Tak sengaja...
Itu yang terjadi pada hari Khamis. Program yang pengetua suruh laksanakan secepat mungkin masih belum saya buat kata putus lagi. Cakap saja memang senang, tapi saya bukan jenis yang suka bercakap sahaja. Biarlah kalau mahu buat apa program sekalipun, saya akan pastikan saya bukan sekadar tahu bercakap. Apa-apa hal orang akan tuding jari pada kita. Kecewa kerana masih belum memahami perjalanan program sendiri, terus terbawa-bawa ke dalam kelas. Kebetulan segelintir pelajar membuat salah, sengaja mencabar kemarahan saya... ehm, belum cukup sebenarnya yang saya berikan pada mereka.
Budak-budak sekarang, apa sangat yang mereka dapat dengan bebelan. Masa kita membebel marah, diherot berot bibirnya. Lepas kena bebel, tanpa rasa bersalah boleh senyum lagi... Jadi, persoalannya masih mampu lagi kita tak ada perasaan geram? Geram, bukan marah sangat pun.
Pagi tadi, saya pusing-pusing lalat. Pening. Perut masuk angin. Tidak mahu ambil risiko, saya cuma bagi nota untuk pelajar salin. Kelas lagi satu terpaksa batal sebab ada mesyuarat sambungan yang lalu. Penat. Letih. Tapi apa boleh buat. Tugas...
Petang tadi, sempat jumpa Hendry sebelum dia bertolak ke IPG Kota Bharu Ahad nanti. Oh, lupa mahu khabarkan. Hendry berjaya melanjutkan pelajaran ke IPG dalam bidang pendidikan khas (cacat pendengaran). Nellson pula dapat di IPG di Sungai Petani, Kedah. Sewaktu dia khabarkan pada saya, terjerit tanpa sengaja. Jerit gembira. IPG Kota Bharu OK! Sangat dekat dengan rumah keluarga saya. Kampung halaman saya. Sebelah dengan sekolah rendah saya dulu... Ok, cukup sudah maklumat.
Saya pernah beritahu pelajar yang saya mengajar sekarang tentang hormat. Saya mengaku pada mereka yang saya begitu menghormati Hendry kerana kejayaan dia. Harap-harap mereka faham apa yang saya cuba sampaikan. Semuanya kerana sebaris ayat dalam kertas peperiksaan mereka.
"You can't expect other people to respect you if you have nothing at all. Try to achieve something in life to gain other's respects."
Esok ada sukaneka hari guru. Haih... tak mahu mengeluh tapi sudah termengeluh. Harap-harap apa yang saya canangkan tahun lalu membuahkan hasil. Walaupun sebenarnya macam tidak. Entah. Malu tapi saya sudah cuba sedayanya. Nasib saya Tuhan masih menguji mungkin. Wallahualam. Apa-apa pun, saya cuba buat yang terbaik. Malam pula majlis makan malam bersama PPD. Rajin betul dia ke Apin-Apin semenjak dua menjak ni... Dulu punyalah susah. Mungkin sebab bangunan baru kot. Hehehe
Ok. Lewat.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
cikgu busy ye cikgu? hehe
Post a Comment