Salam kepada semua.
Ada yang menanti cerita dan gambar-gambar dari saya? Kalau ada, saya minta maaf sebab terlambat. Kalau tiada, hmm... saya memang tidak kisah.
Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, ada beberapa aktiviti di sekolah yang menyebabkan berlaku kesibukan yang melampau kepada diri saya sehinggakan saya menerima SMS daripada adik saya mengatakan yang umi saya merajuk kerana tidak menelefon beliau sebaik sahaja saya sampai di Sabah. Bukan tidak teringat, tapi tidak sempat untuk angkat telefon dan bercerita.
Sebelum saya teruskan, saya minta maaf sekali lagi kalau ada kata-kata yang membosankan kerana saya dapat rasakan cerita saya kali ini agak membosankan ditambah lagi dengan ketiadaan gambar-gambar yang akan menyerikan cerita saya. Bukan tiada, tapi saya malas untuk memuat turun gambar-gambar yang banyak itu. Lagi pula, bukan saya yang mengambilnya. Satu lagi, saya berada dalam keadaan perasaan yang tidak bagus atau dalam bahasa modennya, tiada mood. Ada 1-2 perkara yang mengganggu emosi dan fikiran saya di kala ini... ehm...
Baiklah, cerita ceriti.
Tentang sambutan hari guru peringkat sekolah. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang walau pada pandangan peribadi saya tidak selancar yang diharapkan. Sebagai guru yang kebetulan bertugas pada minggu berkenaan, banyak perkara yang tidak diingini ketika sambutan hari guru berlaku. Mungkin kedengaran agak negatif, namun inilah realiti yang harus ditempuhi. Mungkin agak menyakitkan, namun inilah kenyataan apabila berdepan dengan pelbagai jenis manusia.
Yang paling saya kesali, sambutan hari guru itu sendiri. Okey, mungkin saya cuma pandai bercakap atau dalam hal ini, saya hanya pandai menaip. Hari menyambut pengorbanan dan penat lelah para guru bukankah patut diuruskan oleh pelajar sekurang-kurang 80%? Dalam bab keluar-masuk duit untuk persiapan mungkin tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada para pelajar kerana ini membabitkan duit. Namun, bagaimana dengan ahli jawatankuasa pelaksana? Kawan-kawan dari sekolah lain, kalau boleh dikongsi bersama bagaimana anda menyambut hari guru, sila beritahu kalau saya silap tapi saya rasa kita tidak perlu bersusah payah membeli kek sendiri untuk majlis harijadi sendiri, bukan? Kalau mahukan sambutan sekalipun, ada orang yang tolong uruskan, kan?
Mungkin juga ketika sambutan itu, saya bertindak sebagai orang yang gila kuasa apabila tugas KakHa sebagai AJK bahagian anugerah, saya serahkan kepada PRS. Maka, ketika proses pengundian dan pengiraan menjadi sedikit kucar kacir *mungkin tiada yang tahu* kerana saya hampir serahkan 60% kepada PRS. Apabila ditanya, macam mana cikgu kalau begitu begini... saya cuma memberi jawapan yang mungkin menyebabkan pelajar menganggap saya tidak serius dan tidak mahu menolong sedangkan apa yang saya mahu mereka lakukan adalah belajar menjadi manusia yang berdikari. Saya tolong apa yang terdaya. Mungkin belum mencukupi.. Entah...
Pernah saya utarakan kepada kawan-kawan bahawa tahun ini kalau boleh saya mahu pengawas dan PRS *bunyi macam saya berkuasa untuk tentukan.. memang saya gila kuasa agaknya* mengendalikan dan seterusnya menganjurkan majlis sambutan hari guru. MENGANJURKAN! Bukan sekadar menolong guru menganjurkan majlis sendiri. Namun apabila mendapat tahu kita sendiri yang anjurkan majlis harijadi sendiri... buat sajalah. Lagipun tugas saya hanya sebagai jurukamera yang tidak bertauliah walau diiktiraf profesional dalam kuiz di Facebook. *sangat sinis okey!*
Malangnya, saya tidak dapat juga menjalankan tugas saya sebagai jurukamera kerana kameranya tiada. Bukan tiada, tidak sempat diambil dari Panitia ICTL. Gambar foto sahaja lah yang ada, itupun merata-rata dari semua guru yang ada kamera. *Maaf sekali lagi, saya rasa amat menyedihkan atau dengan bahasa kasarnya pathetic apabila guru-guru terpaksa menyuruh para pelajar yang kelihatan seperti... boring... untuk mengambil gambar guru yang seperti syok sendiri termasuk saya.* Selalunya saya yang akan bersungguh untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut, tapi hari itu saya cuma mengeluarkan telefon *sebab ada kamera* sekali sahaja. Itupun saya tidak jadi mengambil sebarang gambar kerana apabila saya memandang ke sebelah kanan padang ketika sukaneka berlangsung di kala guru-guru termasuk saya sedang galak ketawa kerana gembira dan geli hati... boleh ke saya beritahu di sini? Nanti saya kena marah. Tapi saya mahu beritahu juga... apabila saya pandang ke sebelah kanan padang, hampir kosong. Penonton yang ada boleh dikira dengan jari. Inilah akibat syok sendiri. Sendiri buat, sendiri sokong, sendiri lompat bintang, semuanya sendiri...
Sekali lagi, mungkin saya salah. Apa yang saya luahkan di sini apa yang saya rasa di saat itu membawa sehingga ke saat ini.
Maafkan saya. Dengan emosi dan fikiran yang terganggu... saya mudah emosional. Anggap saja burung gagak sedang bercakap... tiada apa-apa yang boleh dijadikan kepentingan.
Mengenai keputusan undian. Cikgu Danny menguasai cabutan apabila dia berjaya memenangi 4 kategori seterusnya menobatkan beliau sebagai guru paling popular sesi petang. Manakala Cikgu Mony menguasai hampir kesemua kategori dan hanya melepas satu kategori buat Cikgu Maida. Tahun depan saya mahu pelajar sarankan Kategori Pasangan Guru Paling Romantik... herm... Macam menarik, kan?
Seterusnya keesokan harinya, sekali lagi pihak sekolah sibuk dengan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Sambutan yang julung-julung kali diadakan. Saya tiada apa yang mahu dikomen secara berlebihan memandangkan sekolah saya dahulu tidak pernah menganjurkan hari koperasi secara besar-besaran. Paling-paling pun, diadakan kuiz yang mana hanya beberapa orang saja yang terpilih untuk menjawab kuiz dan yang lain langsung tidak tahu ada kuiz koperasi tiba-tiba kami pulang ke kelas dengan hadiah di tangan. Oh ya, saya pernah mendapat tempat kedua atau mungkin ketiga untuk kuiz tersebut dikalahkan oleh Roslini yang memang bijak dalam macam-macam hal. Cikgu Sabari gemar menjemput penceramah dari ANGKASA untuk mengadakan kursus koperasi sekurang-kurangnya sekali untuk sebulan. Saya ada banyak sijil kursus koperasi berbanding sijil sukan ataupun sijil akademik. Malah, saya pernah bercita-cita untuk menjadi ahli ANGKASA yang aktif. Sekali lagi, abaikan ayat burung gagak ini.
Untuk HKS, sekali lagi saya menjadi jurukamera. Biasanya jurukamera yang mengejar subjek untuk diabadikan di dalam kamera. Namun, saya yang kerap dikejar supaya mengambil gambar subjek yang tertentu. Oooo... saya cuma jurukamera video, bukan jurukamera digital. Saya sudah kejar semuanya yang termampu. Kalau ada yang kurang, maafkan saya. Lagi sekali, saya jurukamera tidak bertauliah tapi diiktiraf sebagai profesional oleh kuiz di Facebook.
Seronok juga sebenarnya menjadi tukang pengambil gambar. Seperti kata Yda, ibarat VIP boleh ke depan tanpa rasa malu. Selain daripada itu, saya tidak hanya duduk. Saya boleh ke sana ke mari tanpa rasa bersalah atau rasa seperti sedang diperhatikan. Heh... memang tapi masih saya rasa malu. Saya masih gadis melayu yang penuh sifat malu juga ada adap kesopanan. *Mahu ketawa? Silakan... Yang senyum sinis pun ada, saya tahu. C'mon, I have this ability to read people's mind even from far. D'uh..*
Pendek cerita, sebab panjang kata dia penat mahu cerita... saya tidak kisah menjadi tukang pengambil gambar. Kan saya seorang jurukamera yang profesional yang diiktirafkan oleh kuiz di Facebook.
(MY LIFE IS MISERABLE AT THIS MOMENT. I AM MENTALLY AND EMOTIONALLY TIRED THINKING OF SOMETHING UNEXPECTEDLY OVER AND OVER AGAIN... ALSO THINKING ABOUT THE THINGS THAT HAD ALWAYS HAPPEN STILL I DON'T HAVE ENOUGH COURAGE TO DEAL WITH.... I AM PATHETIC... MISERABLE AND SUCH A BIG LOSER... SO BEAR WITH ME. GO ON READING IF YOU DON'T MIND THIS GIRL TALKING CRAP.)
Kemudian, pada hari Sabtu iaitu semalam diadakan Latihan dalam Perkhidmatann untuk semua guru SMK Apin-Apin dengan tajuk Instructional Leadership (Kepimpinan Menerusi Arahan) dan Headcount (kira kepala?). Semasa menjadi guru praktikal di STAR, Klang pada 2007, saya pernah menghadiri LADAP dengan tajuk yang sama iaitu Headcount. Tapi mengenang kembali, saya seorang yang malas dan tidak pernah bagi tumpuan seratus peratus kepada apa yang ada di hadapan... well, I think you might guess.
(Mode untuk menggunakan Bahasa Inggeris sangat berkobar-kobar setelah ditegur beberapa kali oleh Yda apabila saya bertanyakan sesuatu tentang bahasa ini. C'mon English teacher, she said. Unluckily, I'm not an English teacher anymore that's why my language is so bad lately. Is that can be considered as an excuse? Yang penting, saya tetap tidak sokong PPSMI. Tingkatkan tahap kelulusan BI dalam SPM boleh dengan syarat, naikkan juga markah untuk syarat lulus BM. Saya sayang bahasa saya. )
Juga sedang terfikirkan keadaan kalau saya kembali mengajar BI. Adakah mereka akan selamat atau saya yang bakal hancur? Ehm...
Jauhkah saya merepek? Sebenarnya saya baru pulang dari rumah sebelah yang mengadakan majlis makan-makan. Saya main sambung-sambung saja. Kemungkinan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain untuk ada kaitan adalah tidak tepat. Ini kerana mungkin idea untuk perenggan yang di atas sebelum itu lain, tetapi kerana saya berhenti membuat kerja lain, idea yang lain pula timbul... ya, saya merepek. Baiklah. Saya sambung cerita LADAP. Bukan Lada Pedas...huhuhu... abaikan.
Ketika slot yang pertama, Puan Jamilah Talib yang menjadi penceramah jemputan kami telah memberi beberapa contoh yang kalau cupid sedang menjalankan kerjanya, maka hati saya telah tepat dipanah dengan panah asmara. Namun, panah yang dibidik oleh Puan Jamilah sudah tentu bukan panah asmara tapi panah yang menusuk membuatkan saya terus terdiam dan memandang jauh ke dalam diri. Pastinya saya tahu saya bukan apa yang mereka sangkakan walau apa sekalipun yang mereka sangka tentang saya.
Ketika dirujuk-rujuk kembali ke dalam diri, saya ada banyak cita-cita. Saya ada banyak impian. Saya ada banyak harapan. Saya ada banyak perkara yang ingin dilaksanakan. Saya ada semua yang pernah dikatakan orang. Paling ketara, saya tahu apa yang saya mahu lakukan tapi sampai sekarang tidak ada satu pun yang dapat saya lakukan dengan betul. Betul ke saya tahu atau selama ini saya berpura-pura tahu? Yalah, alasan dicipta untuk bahagia, bukan? Mungkin saya jenis yang banyak cakap, banyak alasan... dan saya rasa emosi saya semakin tidak stabil dengan repekan saya yang entah apa-apa. Jadi, sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi dan saya ingin stabilkan emosi saya, ada baiknya saya berhenti di sini. Nanti saya sambung lagi.
Salam.
Peace.
*haih*
28 June 2009
Cerita tanpa gambar yang sepatutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




3 kata pesan:
sabar ek ida. ganbatte!! ;)
i will be supporting u miss...
sebenarnya saya nampak usaha cikgu mahu pelajar yang urus hari guru...
ehehe...
thanks..
huhuhu..terharu nya pie cakap camtu... huuhuhu...
Post a Comment