Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

17 June 2009

Pengumuman di hujung cerita

Salam muhibah, salam kedamaian...

Hari ini saya tidak mahu bercerita panjang. Ehm...eh, saya tidak pasti. Kalau banyak yang ingin saya bebelkan maka akan panjanglah cerita saya hari ini.

Sudah 3 hari sekolah dibuka. Pada hari pertama, saya sendiri tidak sabar untuk bertemu dengan guru-guru praktikal yang selama ini menghubungi saya melalui YM atau blog saya sahaja. Lebih-lebih lagi, saya ada beritahu salah seorang daripada mereka yang ada bilik kosong mahu disewakan sementara kalau dia mahu tetapi saya tidak dapat menghubunginya. Risau juga kalau apa-apa jadi pada anak orang... Ada tempat tinggal ke? Ke sekolah nanti macam mana? Huhu...

Mereka berdua adalah Syazwani dan Syapiei. Seorang lagi akan mendaftar lambat kerana ada kursus lain yang wajib dihadiri. Alhamdulillah, anak orang selamat terutama sekali Syazwani selamat dan sekarang pun dia tinggal di Taman Rizalman juga di rumah 5A. Risaulah, sebab sebelum ini dia menghubungi saya tetapi gagal, menyatakan kerisauan dia tentang bagaimana mahu ke sekolah nanti. Apa-apa jadi, saya yang kena sebab ada bukti dia cuba menghubungi saya. (Rujuk shoutbox di sebelah bertarikh 13Jun2009).

Setakat ini, mereka berdua okey. Kali pertama bertemu, jiwa dan hati saya boleh terima kehadiran mereka. Tidak seperti... ehm... tidak seperti..ehek ehek...huhuk...aih, sakit tekaklah pula. :D

Cerita di sekolah? Ehm... saya cuma boleh kata dua minggu kami akan bekerja selama 6 hari seminggu. Ada agenda yang masih belum selesai. Sambutan hari guru, sambutan hari koperasi, latihan dalam perkhidmatan... Hari ini, pelajar program Elit dan kelas 5Intelek dan 5Progresif dibawa menonton tayangan filem yang memberi mesej motivasi dari Iran bertajuk Children of The Heaven. Ia adalah idea daripada Tuan Pengetua. Saya tidak pasti sambutan sebenar daripada para pelajar kerana cerita yang sedih dan penuh makna begitu lebih kerap menjadi gelak tawa mereka. Bukan ketawa yang biasa-biasa tetapi yang gamak berdekah-dekah.

Memang kalau ikut logik akal *saya rasa seperti mahu membebel sekejap* ada babak yang boleh mengundang tawa. Namun itu terjadi andai dilihat dari sudut humor. Sebagai contoh, ketika babak bapa Ali yang jatuh tergolek dan terus menjerit nama Ali menyuruhnya cepat lari kerana terkejut dengan anjing yang tiba-tiba muncul dari belakang padahal anjing itu terhalang oleh pintu pagar besi. Saya sendiri tersenyum, tapi gelak tawa mereka lagi hebat seolah-olah bapa Ali sedang membuat lawak.

Tetapi, kalau dilihat dari sudut mesej dan nilai yang cuba disampaikan, saya tidak sampai hati untuk ketawa. Kenapa? Kerana kejadian itu terjadi lantaran mereka sedang mencari kerja sebagai tukang kebun untuk mengisi perut. Susah payah bapa Ali mengayuh basikal dari kawasan ceruk ke bandar besar menebalkan muka bertanya dari rumah ke rumah sekiranya perlukan tukang kebun sampai terkejut disergah oleh anjing, jatuh tergolek, lari lintang pukang dan cedera akibat jatuh daripada basikal yang mengalami kerosakan brek ketika menuruni cerun.

Entahlah budak-budak sekarang. Susah mahu bagi motivasi yang betul-betul menyentap jiwa mereka. Seingat saya dulu, setiap patah perkataan yang cikgu cakap akan masuk melekat di fikiran saya. Paling tidak, setiap kali saya melihat orang di sekeliling saya pasti ada sesuatu yang akan saya jadikan contoh untuk saya tiru. Yang baik-baik saja semestinya.

Tetapi sekali lagi, apabila saya menjadi seorang yang kononnya agak bertimbang rasa sebenarnya terfikir pula. Memang itu lumrah remaja. Sengaja menunjuk rebel tetapi sebenarnya mereka tahu apa yang cuba disampaikan. Malah, mereka sebenarnya lebih daripada tahu. Cuma, mereka tidak mahu menerima. Mereka sedar semua apa yang cuba diberitahu namun... entahlah. Susah saya mahu jelaskan. Ada dalam kepala tetapi tidak terluah. Ehm... nantilah lain kali apabila saya tidak buntu.

Saya tidak mampu bertahan lagi. Mengantuk. Solat isyak pun belum ditunaikan lagi. Ada pesanan yang ingin saya sampaikan... baca di bawah ya kalau sudi.

********

Pesanan ringkas dengan mukkadimah yang panjang:

Saya sangka pengikut blog saya hanyalah beberapa orang yang memang saya kenali. Hanyalah beberapa rakan di kapasitor, beberapa rakan TESL dan beberapa orang perseorang yang tidak dapat diberikan kategori di bawah organisasi mana pun. Rupa-rupanya, saya boleh tambah satu lagi organisasi yang membuka, membaca tetapi tidak meninggalkan kesan tapak jari di blog saya. Warga Apin -Apin. Termasuk pengetua. Ya! Termasuk pengetua! Adeh. Dengan 'tidak-suka-mahupun-duka cita' saya telah 'terkena' dengan beliau. MALU woo... Malu...

Oleh kerana blog saya ini bukan sahaja bercerita tentang sekolah tetapi kehidupan peribadi saya, apa yang saya tengok, apa yang saya buat, apa yang saya dengar, penting sekali apa yang saya rasa... maka ada baiknya saya setkan kepada tontonan peribadi. Sebab pengetua pesan:

"Bagus tu cerita tentang sekolah tetapi hati-hati dengan sebarang kenyataan..."

Malangnya, ini kisah saya. Ini diari saya yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan. Tujuan asal saya mahu maklumkan kepada kawan-kawan yang terpisah dek masa dan jarak tentang apa yang saya lakukan dan hadapi di tempat orang. Mahu atau tidak, mungkin akan ada satu dua kenyataan yang mungkin tidak sedap dibaca. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, memandangkan menurut Monica sebaik sahaja di Google 'SMK Apin-Apin' maka memang akan keluar blog saya, jadi saya akan private kan. Hanya yang tertentu sahaja akan dapat membaca cerita saya. Dan yang tertentu itu adalah mereka yang saya betul-betul kenal.

Oleh yang demikian, kepada kawan-kawan yang memang mengikuti kisah saya yang tidak seberapa ini dan masih mahu mengikut... bagi emel anda. Saya akan buka sehingga hujung bulan ini sebelum saya setkan kepada private.

Syaratnya, saya kenal siapa anda samada Kapasitorian, Teslian, Apinian (eh? tehee) atau orang perseorang yang bukan di bawah mana-mana organisasi yang saya sebutkan.

Sekian, wassalam.
Peace.



3 comments:

pie said...

jangan block saya

apunpital said...

saya tak rasa, elok kalau cikgu mem-private. Okeh, in bad side, memang kurang elok. part^ nak kawin ke, part curik tulang ke.

Tp part of good byak juga. HAHAH

pape pon, add me,

zinggof@y

:)

y tu yahoo oke. mengelak spam. :D

syazwani che razmi said...

yke ni kak ida? k sb tuan die baca. hehehehe.... ni emel wani nienie_tc@yahoo.com.my