Assalamualaikum w.b.t....
Salam keindahan dari bumi Keningau buat semua yang masih sudi menatap setiap patah kata yang ditaip dengan penuh keikhlasan dari hati luhur daripada seorang gadis yang jauh diperantauan mencari makna kehidupan demi sebuah kehidupan... Fullamak, macam pemuitis la pula! Eheh, bila sudah berpuitis pujangga begini ini tandanya Cik Nur Shahida *nama penuh tu!* berada di dalam keadaan yang bagus dan amat bagus juga diharap sentiasa positif sampai bila-bila. Insya Allah.
Baiklah, mesti ada yang tertanya-tanya, kenapakah saudari ini begitu gembira sekali setelah dua hari yang lepas *sila rujuk entri di bawah untuk keterangan lanjut* saudari seperti manusia tidak cukup makan, tidak cukup tidur, tidak cukup semua sedangkan hakikatnya cukup segala-galanya... termasuk cukup berangan? Ehehe...
Pertama... saya mengajar dengan gembira dan bersemangat dan penuh emosi yang positif meskipun anak tekak saya hampir melantun keluar, peti suara saya separuh rosak menghasilkan bunyi yang sangat teruk, dahi saya seperti memakai kum yang berwarna hitam kerana tidak ingat tangan penuh dengan dakwat marker tapi mahu juga menggaru dahi yang tiba-tiba gatal sehingga diketawakan oleh pelajar dan hampir tergolek jatuh dari tangga kerana tapak kasut yang haus sebelah *huh!*. Ini kerana saya sayang pelajar saya yang memandang saya walaupun mereka sebenarnya tidak faham. Apabila Dexter mengalihkan mukanya daripada terus memandang saya dan kelihatan seperti berangan, saya rasa tidak sedap hati kerana bimbang dia langsung tidak faham apa yang saya ajar dan terus melupakan niat untuk belajar kerana seorang guru yang tidak pandai mengajar.
(Hari ini kita belajar penggunaan perkataan 'ajar')
Tetapi, apabila saya bertanya berulang kali, akhirnya dia mengaku dia tidak faham. Begitu juga dengan Blexby... eh, sekejap. Blexby sahaja, Dexter hari ini faham apa yang saya ajar. Baiklah, saya teruskan . *Siao -betul ke eja?*
Salah satu perangai pelajar yang saya kenal, kebanyakan mereka suka merajuk. Asal kita lambat layan sikit, mulalah tarik muka. Selalunya Blexby. Lucu. Kadang-kadang naik menyampah juga mahu layan. Tapi, sesekali melayan, mereka mampu menceriakan hari saya. Terus-terang, saya rasa budak-budak yang bijak dan matang jauh beza dengan mereka yang masih keanak-anakan. Walaupun mereka nakal, tapi mereka adalah pencetus suasana. Tapi, sudah tentulah bukan tertakluk kepada semua. Yang berkenaan dan pandai ambil hati cikgu sahajalah. Eh, saya mahu cerita pasal Blexby tadi.
Pada mulanya saya tidak mahu layan pertanyaan dia kerana selalunya dia akan bertanyakan soalan yang bukan-bukan. Lalu, dia pun merajuk.
"Cigu indak mo layan..." baca dengan nada merajuk dan bayangkan daripada seorang budak lelaki 16 tahun yang chubby.
Mulalah saya rasa kasihan... alalalala... Okeylah, ulang balik soalan. Dan saya bercerita semula sehingga mereka faham. Lega melihat muka yang bersinar ceria seperti mendapat sekuntum bunga daripada seorang gadis... aaaa...udah faham cigu.
Kedua, errr... yang kedua biar saya simpan sendiri. Izinkan saya senyum sendiri. Haish, diam-diam sudah. Syyyhhh... *big grin*
Ketiga, selepas habis kelas dengan 4H tadi, saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat oleh Ustaz Ghaz. Sebelum ini, saya agak skeptikal untuk bekerja di bawah Ustaz. Namun, hari ini saya sedar yang saya bukan bekerja di bawah dia tetapi bersama-sama dengan dia. Walau ada ketidakpuasan hati *kita bukan manusia sempurna untuk berpuas hati dan memuaskan hati orang*, tetapi hari ini saya berpuas hati bekerja bersama-sama dengan Ustaz Ghaz.
Mungkin kerana saya berani bersuara mengutarakan pendapat dan berani untuk bertindak malah sukarela untuk menjadi AJK. I love being strong and brave me.
Talking about doing job, I have lotsa works to do for UBK. Letters... letters... and letters... Oh, ideas too. Yda, Apun, Syud...Wani, Pie...anyone out there who kindly share any idea of how your former school counselors organized events such as motivation camp, Leadership camp, any camps... or even Answering Techniques camp? Please do me a favor over here...
Seterusnya yang menggembirakan hati saya adalah... ini pun biarlah saya yang simpan. Hah! Apakah sampai dua perkara saya simpan sendiri? Biarlah saya seorang yang tahu... Orang masuk meminang? Waaaaahh... Habislah mimpi saya mahu kumpul duit banyak-banyak kalau kahwin sekarang. Kalau Apun boleh bawa pulang Honda Civic 'segar' dari Jepun, mana sempat saya mahu bayar tunai nanti. Eleh... macamlah Apun mahu. Yang pasti, kedua-duanya berkaitan dengan perkara yang membuatkan saya bersemangat untuk hidup dan bekerja. Yeah!
Baiklah. Saya ada kerja mahu diselesaikan sekarang. Sebelum saya melabuhkan tirai untuk hari ini, saya ada satu perkara mahu disampaikan. Ingat tidak saya pernah terfikir untuk set kan blog saya kepada tontonan peribadi namun tidak jadi kerana berkemungkinan ini menjadi promosi kepada SMKAA? Sedang berfikir yang tidak panjang...:p... saya membuat keputusan untuk sukarela membuka blog sekolah. Khas untuk sekolah.
Penat dan rasa sakit kepala sekejap ketika mahu daftar emel sekolah. Adoya, manalah saya tahu Yahoo bermasalah.
Jadi, dengan ini saya persembahkan blog sekolah yang baru.
semekap464.blogspot.com
Buat masa sekarang saya tidak sempat untuk menyunting layout blog. Saya kena fikir dulu bagaimana mahu hiaskan rumah baru. Hehe... Rumah baru yang bukan milik saya seorang yang pasti.
Tapi, rumah ini saya yang punya...Shahida yang punya!!! *baca ala jin dalam filem Ahmad Albab... tehehee*
Jadi, sebarang pertanyaan berkenaan dengan SMK Apin-Apin secara rasmi atau tidak, sila emelkan ke semekap464@gmail.com.
Sekian.
Salam.
Peace.
siao=maaf
30 June 2009
Hip Hip Hoorey!
diceritakan oleh NSMY tepat 7:35 PM
Kaitan dengan:: life. school
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 kata pesan:
Bersemangat!! U go girl!! U plan bile nak buat camp2 tu suma?? I try fikir jgk kays??
ur help are very much welcome dear. leadership tu patutnya da buat tp xbuat2 pon, answering techniques in august, camp apa lg ek? aaa... jom2 pakat pikiq
Post a Comment