Ini adalah yang telah ditaip semenjak Isnin tapi termampu diposkan pada hari ini. Sekian.
Salam muhibah semua...
*Saya sudah menaip hampir suku entri untuk hari ini bercerita tentang cuti, namun tidak sempat diselamatkan.. adeh. Jadi saya bermula semula.*
Setelah dua minggu sekolah ditutup kerana cuti penggal pertama, dua minggu Cik Lappy saya pun tidak dibuka kerana berada dengan orang lain untuk berubat walaupun sebenarnya tidak sempat untuk berubat. Dua minggu saya bersama mereka yang saya sayangi. Dua minggu saya ikhlas tapi tidak berapa mahu ikhlas kepada adik-adik saya, dua minggu saya menjadi Shahida yang saya kurang gemar.
Hari ini, semua pelajar dan guru-guru di Malaysia kembali ke sekolah untuk memulakan persekolahan penggal kedua. Kalau ikutkan saya mahu bina semangat baru dalam sesi semester yang baru ini. Saya mahu jadi Shahida yang lebih bagus daripada biasa. Shahida yang lebih cemerlang daripada sebelum ini. Saya mahu jadi Shahida yang boleh buatkan semua orang senang hati apabila mendengar nama saya. Saya mahu jadi yang terbaik kerana saya adalah yang terbaik (I'm the best because I am the best!).
*Sudah lama tidak guna motto yang menaikkan semangat ini, patutlah saya kurang bersemangat.*
Hari pertama, semangat ada. Tapi malang sekali, saya sendiri tidak pasti apa yang saya mahu lakukan. Hampeh betul. Saya buntu dengan perancangan harian kerana terlalu banyak yang ingin saya lakukan namun tidak terbuat. Sebelum saya cerita semangat dan apa yang terjadi hari ini di sekolah, ada baiknya saya bercerita dulu tentang sebelum cuti dan cuti dua minggu.
Sebelum cuti:
Saya dan Cikgu Kennedy ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi Kem Tokoh Asrama Anugerah Sri Asrama Terbilang Peringkat Negeri Sabah 2009. Kami ditugaskan bagi segmen kedua modul aktiviti Mesyuarat. Nasib baik saya pernah belajar tentang selok belok pengurusan mesyuarat ketika belajar dahulu walaupun di alam kerja, saya tidak terlalu ikut formaliti mesyuarat yang sepatutnya. Jadi, berjaya juga saya menghasilkan modul berkenaan.
Aktiviti modul kami berlangsung pada hari Rabu jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari namun meleret ke jam 1 petang. Keesokannya kami terlibat pula untuk aktiviti Kembara di Bunsit. Belum sempat aktiviti kembara habis, saya dan beberapa orang guru dan kaunselor dari Keningau 1 pulang awal sebab terlalu lapar dan terlalu penat sedangkan tugas kami berakhir awal.
Sepatutnya hari Jumaat ada majlis perasmian penutupan untuk kem namun saya tidak menghadirkan diri kerana harus menguruskan pelajar-pelajar yang akan ke UMS sempena Program Melangkah Ke Menara Gading 2009.
Dan malamnya saya dan rakan-rakan bertolak ke KK (seperti entri sebelum ini).
Dua minggu cuti.
Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di lapangan terbang LCCT, aku menunggu si dia datang menjemput. Ikut perancangan, kami keluar makan sekejap sebelum dia menghantar saya ke rumah Noor di Putrajaya dan datang mengambil saya semula pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, telah berlaku salah faham komunikasi antara saya dan Noor. Noor menyangka saya tidak akan pulang ke rumahnya sehingga petang. Maka dengan itu, secara rasmi Noor telah keluar membeli belah bersama suaminya yang tercinta... Adoiya.. saya mahu mandi. Saya mahu tukar baju... Hendak atau tidak... hm.... mahu tapi malu... adeh!
Lebih kurang pukul 11 lebih baru lah saya pulang ke rumah Noor. Sekurang-kurang saya dapat kenalkan dia kepada sahabat karib saya.
Esoknya, sepatutnya saya berjanji dengan Yda tapi saya telah melanggar tatasusila dalam perhubungan persahabatan di mana saya telah mencampur adukkan banyak perkara sehingga menyebabkan pertemuan antara saya dan Yda terbatal. Kesilapan besar yang saya lakukan sepanjang saya berkawan dengan beliau. Maafkan I, babe. Terima kasih kerana sudi maafkan I dan masih sudi berkawan dengan I. Huhuhu...
Akibat pertemuan yang telah terbatal itu, pada awalnya saya tidak mahu teruskan agenda yang awalnya dirancang bersama Yda. Namun, setelah dipujuk dan saya sendiri tidak tahu mahu ke mana, saya terus agenda itu tanpa Yda. Melawat Kuni yang selamat melahirkan bayi perempuan pada 28 April 2009. Saya dan si dia sempat menjamu selera makan tengahari di sana atas pelawaan Kuni dan keluarga.
Oh ya, nama anak Kuni ialah Sabrina. Ringkas sahaja. Pada usia 4 hari, Sabrina telah mirip kepada Hussein, suami Kuni. Mesti lawa nanti. :) *Terlalu asyik berbual, saya terlupa untuk mengambil gambar Sabrina sebagai kenangan.*
Selepas melawat Kuni dan bayinya, kami tidak punya arah tujuan yang pasti. Hampehkan? Mahu sangat keluar bersama tapi tidak tahu mahu ke mana. Hehehe...Saya ingat mahu hubungi Yda dan mengambilnya di rumah saja, tapi saya tidak berani memandangkan saya sudah batalkan yang mula-mula tadi, mesti dia penat dan tidak mahu keluar semula. Setelah saya tengok nombor telefon rakan-rakan yang saya ada, saya terlintas untuk berjumpa dengan Hid pula. Yalah, Hid adalah antara rakan yang selalu menghubungi saya, jadi tidak senang rasanya kalau saya tidak menghubungi dia di kala saya ada di KL.
Makanya, dia sewaktu itu berada di Nilai bersama Apis. Maka itu juga, kami berjaya buat temujanji di Alamanda. Hehehe...
Sampai di Alamanda, saya dan si dia beratur dulu membeli tiket wayang sementara menunggu Hid dan Apis sampai. Ketika tengah beratur, adik saya Ipe yang sampai di KL sehari sebelum itu menghantar mesej mengatakan yang dia dan sepupu-sepupu serta Po'Mudo sekeluarga akan ke Alamanda. Gulp!
Oleh kerana tayangan pada pukul 7.55 malam, sedangkan jam baru 4.00 petang, maka saya merasakan ada baiknya saya pulang ke rumah Noor dan mengambil barang-barang saya supaya selepas tayangan gambar nanti, si dia boleh terus menghantar saya ke rumah Po'Di kerana keluarga saya akan sampai pada petang tersebut dari KB.
Jadi, kami keluar dahulu. Hid pun masih dalam perjalanan. Namun, sebaik sahaja keluar daripada parkir, si dia menerima berita yang tidak elok daripada keluarganya yang menyebabkan dia terpaksa pulang awal dan tidak dapat ikut serta menonton tayangan. Keputusannya, saya pulang ke rumah Noor yang kebetulan mahu keluar, tidak jadi ambil barang-barang, minta tolong Noor hantar ke Alamanda semula dan bertemujanji dengan Hid dan Apis (sekali lagi saya mengacau orang lain bercinta) sebelum meminta tolong Hid dan Apis menghantar saya ke rumah Noor selepas itu. Dengan erti kata lain, saya tidak jadi untuk tidur di rumah Po'Di.
Esoknya, saya ketika Noor dan Joe keluar bekerja, saya hanya melepak di rumahnya sementara menunggu keluarga saya datang mengambil saya. Mesti ada yang tidak tahu dan tertanya-tanya kenapa keluarga saya dari Kelantan datang menjemput saya di Putrajaya. Sebabnya kebetulan pada 2hb Jun, Ipe ada majlis konvokesyen IKBN Se-Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Semuanya kebetulan ketika saya cuti dan berhasrat untuk turun ke KL.
Papa, Umi, Iqah, Ipe dan 3 adik sepupu saya datang ke rumah Noor. Tidak berapa lama kemudian, Cik dan keluarga sampai dari KB. Mereka dalam perjalanan ke Melaka untuk bersama-sama Po'Mudo menyaksikan majlis apa-entah meraikan Mo'Mudo. Dengar kata, Mo'Mudo dapat anugerah tenaga pengajar terbaik di politeknik. Mereka berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami ke Serdang, rumah Cik Ani, kakak Umi.
Masa borak-borak dengan Cik Ani, dia ada cakap yang dia kononnya hampir mahu rekomen aku pada jirannya. Seorang kakitangan UPM. Hensemlah, baiklah... semua dia puji. Katanya lelaki itu yang sedang cari bakal isteri dan Cik Ani terus teringat anak buah dia yang ini. Heheheh... Bila saya beritahu si dia cerita Cik Ani, terus dia cakap:-
"Tak boleh! Beritahu makcik, awak sudah dibooking oleh Khairul Imran bin Abd. Khalid."
Lebih kurang macam itulah ayat dia. Hehe... *perasan tak saya ni?*
Dipendekkan cerita, borak-borak, tidur, bangun dan terus ke PICC untuk majlis Ipe. Kemudian terus gerak balik ke KB melalui Kuantan dan Terengganu. Papa kata dia mahu singgah Cherating.
Kami bermalam di Cherating sebab Papa keletihan. Ada cerita semasa di Cherating. Cerita biasa yang membosankan namun kerana hampir setengah tahun tidak menonton cerita tersebut, saya jadi 'seronok' untuk turut serta dalam jalan cerita itu. Padahal watak saya tidak apa kalau tidak wujud. Malah lagi bagus kalau tidak wujud. Saja mahu menempel. Jadi pelakon tambahan.
Esoknya, kami sambung perjalanan pulang. Singgah di Pulau Wan Man untuk melawat dan berhenti solat di Masjid Kristal. Teringin juga mahu melawat replika-replika monumen sejarah tamadun Islam, tapi kerana terlampau panas yang membahang sekali lagi drama hampir berlaku. Kali ini saya menjadi watak pembantu yang masih mampu mengawal keadaan bukan watak tambahan yang mengeruhkan keadaan.
Semasa dalam perjalanan pulang itu, sempatlah juga melihat kesan runtuhan stadium di Gong Badak. (kalau letak gambar kena banned ke blog lepas ni?)
Macam biasa kalau singgah Terengganu adalah tidak sah kalau tidak beli keropok lekor dan SATAY! Yeay! .. Umi sudah tahu saya pantang nampak satay lalu segera menyuruh papa membelinya untuk saya sebanyak Rm5! Sudah tentulah kebanyakannya saya yang habiskan.
*Satay ya, bukan sate... isi ikan yang digaul dengan kelapa dan bawang serta lada juga beberapa bahan yang saya tidak pasti...tahu makan saja... dan dibalut dalam daun pisang berbentuk tigasegi lalu dibakar. Sedap dimakan bersama nasi kerabu tapi saya lebih gemar jadikannya makanan ringan. Yumm... yum... aih, meleleh air liur ni*
(Untuk yang tidak tahu apa itu satay)
Cukup cerita bercuti bersama keluarga. Sampai di rumah, ada seseorang sedang menanti saya setelah hampir setahun kami tidak bertemu. Siapa lagi kalau bukan sepupu kembar yang tersayang. Apalagi... terus kami menghabiskan masa bertiga-tigaan (saya, Iqah dan Hajar) berbual, ketawa di tengah malam...
Seterusnya, pada 05062009, salah seorang rakan saya dari sekolah rendah... malah boleh saya kategorikan sebagai rakan paling lama yang tidak pernah terputus hubungan yang sekelas dengan saya sejak darjah 2 iaitu Noriyana @ Nolly selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya. Setelah melalui pahit getir dalam kehidupan bercinta, akhirnya selamat juga dia. Saya pergi bersama sepupu saya yang juga pernah sekelas dengan kami ketika di tingkatan 1. Rupa-rupanya pada hari yang sama, Azwiyah @ Adda juga telah selamat diijabkabulkan. Saya tidak tahu menahu pun, mungkin kerana kami tidak saling hubung menghubungi.
Pada sebelah petangnya, Wanie Napie (rakan di UiTM) menelefon saya dan mengajak ke rumah Kak Bie yang rupa-rupanya sudah dua bulan melahirkan bayi yang comel. Apa ek namanya? Lupa sudah. Uhuhu...
Keesokannya, seorang lagi rakan sekolah rendah juga mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya. Rakan saya itu namanya Farhana. Malang sekali, kerana saya ini tidak mempunyai 'kaki' untuk bergerak sendiri, dengan dukacitanya saya telah menumpang pengantin baru ke rumah pengantin baru. Siapa? Sudah tentulah Puan Nolly. Uhuhu.. Pathetic habis! Dari dulu sampai sekarang, asyik kacau orang bercinta saja.
Pada hari yang sama juga, rumah Noor buat majlis sambut menantu. Sambut kakak ipar dia. Tapi saya terlupa. Uhuhu... Syhhh.. jangan beritahu dia.. ehehe... *Alah Noor, mu pun tak ingatkan aku.*
Semasa di majlis perkahwinan Farhana, serius saya rasa mahu menyorok di bawah meja. Bukan apa-apa, tetapi terasa tekanan yang mendadak apabila saya dikelilingi oleh pasangan suami isteri. Sebelah saya pengantin baru kahwin semalam, Nolly dan suami. Kami sedang berbual dengan pengantin baru, Farhana dan suami. Kemudian, Aniza dan suami datang sertai kami. Saya? Masa itu juga saya mahu melompat masuk bawah meja. Betul! Langsung saya tidak tipu sebab automatik saya beritahu Nolly begitu... Huhuh...
Banyak sudah kan saya bercerita? Dekat 10 muka surat rasanya. Atau lebih. Saya pun sudah letih. Yang pasti, tujuan utama saya pulang ke kampung nampaknya tidak terlaksana. Saya belum dapat menghabiskan sesi belajar memandu dan memperolehi lesen memandu gara-gara kesuntukan masa.
Salam.
Peace.
No comments:
Post a Comment