Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Akhirnya...
Setelah empat hari berada di dalam kegelisahan kerana tidak dapat menyentuh cik lappy saya yang tersayang, hari ini cik lappy muncul dengan wajah baru. Huhuhu... tidak tertanggung rindu di hati ini untuk terus menyentuh papan kekunci walaupun sekadar menaip satu abjad.
Maafkan saya. Saya memang pantang kalau tidak bertemu dengan cik lappy. Sejak saya pandai menaip... eceh... memang tidak sah kalau saya tidak sentuh papan kekunci walau sekejap. Betapa saya gelisah, waktu cuti semasa ketiadaan cik lappy di samping saya, nasib baik ada encik pc di rumah walaupun saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditaip... huhuhu... alih-alih saya bazirkan elektrik dengan membuka encik pc, menaip sebaris perkataan, memadamkannya dan membiarkan encik pc terbuka kononnya dengan harapan idea akan tiba dalam beberapa saat ketika saya sedang menonton televisyen...
Ini adalah penafian daripada saya mengenai kata-kata orang yang salah faham tentang saya dan internet. Sebenarnya saya boleh hidup tanpa internet, tapi saya akan resah gelisah tanpa cik lappy saya. Ini kerana saya tidak dapat mencurahkan apa yang terbuku di hati saya melalui penulisan cerpen, puisi dan menghabiskan novel saya tanpa cik lappy. Lagipun, kalau saya tidak mempunyai cik lappy, bermakna saya kehilangan semua karya saya. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sekian, terima kasih.
Baiklah. Cerita terbaru? Ada...ada... jangan risau. Saya sentiasa ada cerita baru. Sebaik sahaja saya umumkan untuk memprivatekan blog saya, tiba-tiba saya terfikir. Kenapa mesti setkan untuk tontonan peribadi sedangkan ia bukanlah apa-apa pun. Sudah alang-alang ramai yang membaca, kenapa tidak saya tarik lebih ramai orang untuk membaca blog saya. Seperti kata KakHa, kebanyakan orang seperti guru-guru pelatih mendapat maklumat menerusi blog saya. Ini merupakan salah satu promosi untuk sekolah saya juga, kan? *Oh, ini pengetua yang kata.. eheks*
Cerita pertama... sukan sempena sambutan hari guru. Mengikut perancangan, sambutan akan diadakan pada 25hb Jun bersamaan dengan hari Khamis minggu ini. Namun, oleh kerana banyak agenda yang dirancang sedangkan masa tidak mencukupi, acara sukan diadakan seminggu lebih awal.
Saya bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan ketika zaman remaja samada di sekolah ataupun di UiTM dulu. Pegang bola pun kekok, apatah lagi bermain. Namun, demi hari guru saya cuba untuk jadi lebih rileks dan sporting *konon* dengan merelakan diri untuk bermain bola tampar. Hasilnya, saya menjadi bahan ketawa pelajar dan lebih kerap menampar angin daripada menampar bola.
Walau bagaimanapun, di akhir tahun saya bergelar pelajar sekolah saya telah terlibat dengan satu sukan yang jarang sekali diperkatakan malah baru sahaja diperkenalkan di peringkat negeri ketika Sukan Malaysia beberapa tahun yang lepas. Petanque.
Petanque adalah aktiviti sukan di bawah kelolaan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ya ke? Macam salah). Macam mana saya boleh terlibat dengan petanque? Sudah tentulah kerana dahulu saya merupakan ahli koperasi sekolah dan ahli jawatankuasa seterusnya dinaikkan pangkat sebagai ahli lembaga koperasi sekolah (pelajar) ketika zaman persekolahan dahulu. Malah, saya juga sebenarnya penolong pengurus merangkap setiausaha kepada pengurus koperasi SM Pengkalan Chepa Berhad pada tahun 2001 iaitu Cikgu Sabari Ma Hassan.
Aaaah~~ saya rindu waktu itu. Saya rindu koperasi SMPC Berhad, saya rindu stor koperasi, bilik pengurus yang menjadi tempat lepak kami selepas sekolah, komputer yang menjadi sasaran kami ketika menyiapkan novel pertama, peti besi, 'tabung segera', mesin fotostat, mesin laminate kad nama, buku-buku yang digigit lipas yang cikgu mahu hapuskira tetapi kami berebut mahukannya. Yang paling seronok, tempat meloloskan diri dari kelas Matematik Tambahan. Opps... kelas Matematik Tambahan sahaja. Ahaks... ya, saya seorang guru yang berani mendedahkan kejadian sebenar lapan tahun yang lalu.
Oh, saya melalut. Saya mahu cerita tentang petanque, bukan? Jadi, apabila saya dan Noorma menjadi ALK yang paling aktif, sudah tentu segala-galanya kami yang kena. Maka, di saat-saat akhir Cikgu Sabari mencadangkan kami berdua untuk mengikuti pasukan petanque mewakili sekolah ke peringkat zon Kota Bharu. Kihkihkih... sebagai pemain simpanan sahaja. Tapi yang pasti, kami berdua lebih bersemangat. Hari-hari datang latihan walaupun jurulatih kami pada masa itu lebih berminat untuk melatih pemain tetap daripada melatih kami yang dirasakannya tidak memberikan apa-apa hasil.
Ketika hari pertandingan, latihan intensif yang kami lakukan sendiri berbaloi apabila rupa-rupanya ada pasukan yang tidak berlatih langsung kerana menghantar pemain pada saat-saat akhir. Jadi, atas budi bicara kami berdua menjadi jurulatih tidak bertauliah... Ekeke... Oh ya, sekolah kami meraih tempat kedua. Hanya beberapa mata bagi melayakkan kami mewakili zon ke peringkat negeri. :D
Katalah apa saja. Saya bangga menjadi bekas ALK SMPC Berhad. 2 tahun saya menjadi AJK dan 2 tahun saya menjadi ALK, boleh saya katakan Cikgu Sabari lah yang banyak mengubah hidup saya. Daripada seorang gadis remaja yang bermula dari 0, kini saya ada apa yang saya mahukan.
Beliau memberi saya semangat untuk terus menulis walaupun dulu saya hampir-hampir putus asa kerana komen yang diberikan. Beliau yang 'memberitahu' saya tentang potensi diri saya sehingga saya mampu menjadi diri saya sekarang. Saya mampu menjadi ketua dan pemimpin, kerana dorongan yang beliau berikan. Sayangnya, saya tidak bertemu dengan beliau lagi kerana khabarnya beliau kini bertugas di PPD. Saya amat berharap yang beliau tahu dan bangga dengan apa yang saya capai sekarang ini. Saya juga berharap agar saya dapat menjadi seperti beliau. Tegas namun ada kelembutan. Senyuman dia tidak pernah lekang. Sokongan dan dorongan belia selalu saya ingat.
"Cikgu, apa maksud bernas?"
"Bernas... Beras Nasional.." senyum sinis.
"Errk?...Cikgu!!"
- Dialog antara saya dan dia ketika dia mengajar saya di tingkatan 2 yang saya ingat sampai sekarang. Huhuhu... Nasib baik saya tahu beza antara 'idea bernas' dengan 'BERNAS'-
Eh..eheh? Jauhnya cerita... dipendekkan cerita yang sedia panjang berjela, ketika hari sukan sempena sambutan hari guru, diadakan sekali pertandingan petanque. Apalagi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk melepaskan gian memegang bola petanque. Skill saya masih ada walaupun tidak sehebat mana. Huhuh *mode bangga*. Dapatlah juga menyumbang beberapa mata untuk kumpulan Tenom. Esoknya, lenguh tangan usah dicerita. Memang tidak tertahan. Pusing kanan tidak kena, pusing kiri pun sama. Namun, yang pasti...! Puas hati! Mahu main lagi! Huhuhu... Gian, gian, gian!
Jadi, hari ini PROBIM iaitu Program Bimbingan untuk Menulis, Membaca dan Mengira telah pun bermula dan saya terlibat sekali untuk kelas Bahasa Melayu. Ehm... komen saya? Ehm... patut dibuat kelas peralihan untuk tahun hadapan. Kebanyakan mereka mengenal huruf cuma mereka tidak dapat bezakan bunyi untuk setiap huruf. Apabila saya suruh eja sesuatu perkataan sesenang 'LEPAS', masih ada yang terkebil-kebil tapi berjaya mengejanya apabila mendengar dan memerhati satu-persatu bunyi yang saya hasilkan. Inilah untungnya belajar fonologi. Saya memang suka fonologi. Saya rindu fonologi. Tidak kisahlah dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu, malah Bahasa Perancis sekali pun.
Saya juga rindu mahu belajar Bahasa Perancis semula. Menyesal belajar setakat boleh saja dahulu. *kenapa banyak perkara yang saya rindu?*
Je manque apprendre la langue tellement. Oui, oui.
Insya Allah, ada banyak cerita menyusul. Tentang gambar, tidak dapat saya sertakan memandangkan saya tidak aktif sebagai jurufoto sejak kebelakangan ini.
p/s: Maaf kalau ada salah silap.
Salam.
Peace.

No comments:
Post a Comment