Jam sekarang tepat 11.01 malam. Lebih kurang 2jam 30minit lagi sebelum kami semua bertolak ke KK untuk menaiki kapal terbang jam 7.25pagi esok dan saya tidak tidur lagi untuk recharge. Hmm...
Selama 2 minggu seluruh pelajar sekolah di Malaysia akan bercuti penggal pertama. Termasuk cikgu-cikgu. :p
Sekejap... saya ada perkara mahu diceritakan tapi lupa sudah. Beginilah, saya bercerita saja. Apa saja yang saya taip itulah cerita saya. Walaupun mungkin saya akan mengarut sebab saya tidak sabar lagi mahu pulang ke semenanjung. Yeay!
Saya tidak sabar untuk bertemu dengan umi yang tercinta, cium ketiak dia yang tidak berbau itu, manja-manja bawah lipatan perut dia seperti mahu masuk balik ke dalam perut beliau.
Saya tidak sabar untuk bergaduh dengan si bongsu yang suka marah-marah kak long dia. Geletek dia, usik dia, marah dia...
Baiklah.. baiklah... saya juga tidak sabar untuk bertemu muka dengan Sayang saya... Hehehe.. Malu lah...
Hmm... ada cerita lain sebenarnya yang mahu diceritakan. Tapi kerana saya terlampau teruja mahu pulang, maka saya malas mahu bercerita pasal perkara lain. Saya mahu pulang!!!


1 comment:
hoho..ala comelnyer~~~
lg2 part sayang saya~ ihiks! :D
semoga epy slalu ida :)
muahhhh
Post a Comment