Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 May 2009

Saya yang tidak sabar atau?

Selamat semua...

Macam mana dengan hari anda hari ini? Luar biasa? Bagus. Hari saya? Amat luar biasa cemerlang hari ini sebab...

1) cuba tengok di sebelah kanan ---> 
6 hari lagi untuk pulang bertemu keluarga dan dia yang tersayang. :)

2) Hari ini tepat jam 6.43 petang, genaplah 100 hari saya dan dia bersama TANPA sebarang masalah. Sekadar masalah kecil yang biasa... itu memang adat kan? Alhamdulillah... semoga terus berkekalan sampai hujung nyawa. Insya Allah... Amin.

Tapi, sebenarnya hari saya tidak cemerlang mana pun sebab masih ada lompang-lompang yang saya buat dalam hidup saya ini... hehehe... 

Walau bagaimana pun, saya ada cerita dan perasaan yang ingin dikongsi dengan kalian terutama sekali yang bergelar gadis, wanita, perempuan, lady. Apa-apa saja yang berkenaan. 

Sejauh mana kamu tahu yang kamu benar-benar bersedia untuk berkahwin dan mempunyai cahaya mata sendiri? Saya tanya kamu yang bergelar gadis terutama sekali. 

Sebab apa saya tanya? Sebab saya sendiri tidak pasti adakah saya memang bersedia atau sekadar satu perasaan di peringkat usia saya sekarang. 

Ada dua orang wanita tabah yang saya kenali baru melahirkan anak ketiga. Ya, kedua-dua mereka melahirkan anak ketiga dan bayi mereka adalah lelaki. 

Seorang yang saya kenali sebagai rakan sekerja. Seorang lagi jiran tetangga di hadapan rumah saya. Saya katakan mereka wanita tabah setelah mendengar cerita pengalaman bersalin yang mereka lalui. Kedua-dua mereka seakan-akan mengalami kesukaran ketika melahirkan cahaya mata masing-masing. 

Mereka ceritakan bagaimana sakitnya ketika menunggu bayi keluar. Bagaimana jururawat-jururawat lakukan bagi memastikan bayi selamat. Mengorek, mengoyak, menarik... semua yang boleh asal bayi selamat. Sampaikan rakan sekerja saya kata, sakit melahirkan anak sulung ditambah sakit melahirkan anak kedua tambah lagi 10 kali ganda kesakitan, masih tidak dapat dibayangkan betapa perit dan seksanya dia melahirkan bayi lelakinya itu. 

Jiran tetangga saya pula cerita tentang masa yang perlu diambil setelah bersalin. Penat, seksa menunggu segala urusan jahit-menjahit selesai.

Saya dapat lihat muka kawan-kawan saya masing-masing berkerut. Semua bagaikan rasa ada satu perasaan seriau. Saya tidak dapat nafikan, saya juga rasa begitu. Seperti, ya Allah betapa seksanya umi saya melahirkan saya dan adik-adik. Namun, dalam masa sama saya tersenyum. Senyum melihat bayi yang masih merah yang baru belajar memandang wajah. 

Saya bukan jenis yang suka budak. Terus terang saya cakap, saya bukan jenis yang suka budak-budak. Tapi, entahlah... setiap kali melihat mereka, saya rasa macam... damai. Saya macam... cepatlah masa untuk diri sendiri. Saya seperti tidak sabar untuk merasai pengalaman yang membabitkan hidup dan mati dua nyawa. Saya seperti... saya rasa kamu tahu maksud saya. 

Adakah itu tanda saya benar-benar bersedia atau sekadar perasaan di peringkat umur saya?

Salam. 
Peace. 

p/s: bukti saya kurang gemar dengan budak-budak, saya memilih siapa yang saya suka. Di sini, saya cuma benar-benar boleh pegang, dukung dan bermain dengan Faqihah, Afham, Syafiqah, Diana dan Iman. 

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

er..bukan memang kena memilih ke? nak angkat semua memang patahlah! haha

syud rasa dh smpi masenyer ida kawen~ hehe

im,sila msuk minang cepat! ;)

NSMY said...

hahaha.. syud, bukan pilih nk dukung. pilih kasih la... sy sgt pilih kasih... budak2 lain sy buat tak nampak je... takpon, sy marah2..hahahaha