Sebelum saya teruskan dengan cerita saya yang banyak mengarut dari betulnya, ada baiknya saya sampaikan beberapa ucapan yang saya terlupa dan masih belum terlewat lagi untuk diucapkan.
1.
SELAMAT HARI IBU BUAT PARA IBU DI DUNIA YANG BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN SETERUSNYA MEMBESARKAN KITA SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG PALING BERGUNA SEKURANG-KURANGNYA UNTUK DIRI SENDIRI. UNTUK UMI YANG TERCINTA, TIADA KATA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN. TIADA NILAI UNTUK MENAFSIRKAN HARGA KASIH SAYANG KAK LONG PADA UMI. SELAMAT HARI IBU.
2.
Kepada semua pendidik, Selamat Hari Guru. Semoga kita semua menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jasa para guru akan dikenang sepanjang hayat. Janganlah kita sia-siakan amanah dan tugas yang diberikan. Pimpinlah anak bangsa menjadi yang terbaik.
3.
Selamat hari lahir yang ke-26 buat teman serumah saya tanggal 16 Mei. Hari ini lah~
Baiklah. Cerita saya. Ehm... sebenarnya saya tiada cerita yang menarik cuma tiba-tiba terasa mahu ada profesion tambahan. Pengacara dan jurugambar... boleh tak? :P
Salam.
Peace.


No comments:
Post a Comment