Salam sejahtera kepada semua.
Lama sudah rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Jadi, hari ini saya akan bercerita tentang beberapa perkara dalam satu entri. Diharap anda yang membaca akan terhibur.
CERITA PERTAMA
Hujung minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan cuti hari pekerja untuk bercuti di Kundasang dan dalam masa yang sama membawa kereta Kak Fizah untuk diservis di Kota Kinabalu. Maka, saya, KakZah, KakFizah dan KakHa bertolak ke Kundasang melalui jalan KK kerana jalan melalui Ranau agak tidak sempurna. Risau andai terjadi apa-apa yang tidak diingini, tiada siapa yang dapat menolong.
Perjalanan agak panjang dan jauh. Masakan tidak, kami mengambil jalan ke Kundasang melalui Kota Kinabalu yang memakan masa lebih kurang 4 jam lebih. Padahal boleh saja lalu melalui Ranau yang cuma 1 1/2 jam. Jauhkan bezanya?
Sepanjang perjalanan saya terpegun dengan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di dunia, Gunung Kinabalu. Benar-benar terpegun sehinggakan setiap masa ingin saya abadikan. Setiap selekoh yang kami lalui, asalkan puncaknya jelas pada pandangan mata, saya akan ambil gambar.
Destinasi pertama kami di kaki gunung di Taman Kinabalu. Ambil masa menikmati suasana dingin, angin yang kencang. Ketika kami sampai, jam dalam pukul 11 lebih. Mula-mula, kami bergambar di dalam bangunan *lupa nama daa~* yang menempatkan artikel-artikel berkenaan taman-taman/tempat-tempat menarik di Sabah dan juga beberapa hidupan flora dan fauna yang boleh didapati di Taman Kinabalu.


Kemudian kami bergambar pula di luar. Macam-macam aksi ada... hehehe... tapi, jangan bimbang. Tiada aksi terlampau. *memang tiada pun..*

Penat bergambar dan beraksi, kami kembali ke kereta. Cuba mencari tempat untuk makan, tapi tidak jumpa maka kami makan nasi lemak yang dibawa dari Keningau di dalam kereta saja. Sedih woo~~ tapi seronok. Hehehe...
Seterusnya, kami bergerak ke atas menuju ke pintu masuk untuk para pendaki yang mahu memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Kalau diikutkan, kami boleh turun ke kaki gunung tapi harus beserta bayaran. Memandangkan niat ke sana hanya untuk menikmati pemandangan, maka kami tidak turun ke sana. Tunggu saat yang sesuai nanti, saya akan pastikan puncak Gunung Kinabalu akan saya tawan. Eceh! Bukit Panorama pun tak lulus.. uhuhu..


*gambar adalah mengikut turutan tempat kami pergi*
Selesai bergambar di sana, kami bergerak menuju ke tempat penginapan. Untuk pengetahuan semua yang sudi membaca, kami berempat pergi dengan hati yang tawakal dan tawadhuk.. *tipu!!!*. Kenapa? Sebab kami pergi ketika semua orang pun mahu bercuti dan memang jalan menuju ke Kundasang penuh dengan kereta, dan kami tidak menempah mana-mana tempat penginapan sama ada hotel atau homestay. Kerana ketika KakZahN membuat tempahan, semua tempat penginapan telah pun penuh. Jadi, dengan cekal hati dan tawakal kami meneruskan perjalanan, dengan harapan adalah tempat unt uk kami berempat. Kalau tidak, alamaknya dalam kereta atau suraulah mata kami akan dipejamkan. Hehehe...
Alhamdulillah, akhirnya ada juga tempat tinggal iaitu Homestay Walai Tokou, Kampung Sinsiruan, Kundasang yang terletak bersebelahan dengan Kinabalu Pine Resort yang cantik menghadap puncak gunung itu.
*gunung*

*inilah baru tempat kami tinggal*
Setelah melihat bilik, kami bergegas ke Kolam Air Panas Poring di Ranau. Dukacita, tidak seronok untuk mandi manda air panas di situ sebab ianya kolam terbuka. Yang tertutup ada mungkin, tapi kami tidak terokai sangat sebab masa tidak mencukupi dan orang yang terlalu ramai. Kami cuma merendamkan kaki di dalam kolam khas untuk kaki sahaja. Sebaik sahaja kaki mencecah air, terus terlintas dalam fikiran saya... Tadah air dari pemanas lagi best dari rendam kaki di sini... Huhuhu.


*Sebelum ke kolam air panas kena lalu jambatan Sungai Mamut*
*rendam kaki ja bah*
Oleh kerana Poring sudah terletak di luar Kundasang maka iklim yang lembab itu tidak dapat kami rasai menyebabkan kami berpeluh-peluh jugalah. Jalan-jalan sekejap di gerai-gerai cenderamata yang disediakan lalu kami bergerak pulang ke Kundasang.
Dalam perjalanan pulang, angin bertiup dengan kencang. Dengan jelas kami dapat lihat awan tebal bergerak laju cuba untuk menutupi puncak gunung dari arah barat mungkin.
*sila abaikan suara yang terlebih teruja*
Sebelum balik ke bilik penginapan, kami singgah di restoran yang menghadap puncak untuk menikmati kepak ayam panggang istimewa Kundasang dan makan malam. Banyak juga yang kami pesan... dan akhirnya terpaksa dibungkus bawa pulang. Semua sudah menyerah kalah. Sudahlah angin kencang bagai mahu taufan. Waktu itu sudah masuk maghrib.
**sengeh jeeee :D**
Selesai melahap, kami pulang ke bilik, berehat, mandi air yang sejuk macam ais, beku dan kebas (malas mahu masakkan air, rumah homestay kami tiada pemanas air), lalu terus Zzzzz...
Keesokan pagi, saya terus menikmati pemandangan dan suasana pagi di Kundasang. Wahhh!! Eh, tengok gambar sajalah.
*huaaawaa... oops! Muka baru bangun*

Seusai itu, kami terus bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kundasang War Memorial di mana dijadikan tapak mengingati tentera Australia dan British yang ditahan di Kundasang dan Sandakan oleh tentera Jepun ketika perang dunia ke II dahulu. Kemudian, kami bergegas ke Kota Kinabalu kerana KakFizah ada temujanji dengan abang di Perodua. Mahu servis kereta la~


Dalam perjalanan ke KK, kami singgah di Jambatan Tamparuli.
Pak Pak Kangku Doh
Sumunsui Do Jambatan
Jambatan Do Tamparuli
Bakasut Tinggi Oku~~
Bakasut Tinggi Oku~~


*pekerja bandaran yang baru dan bergaya... kehkhekhehe*
Selesai servis lebih kurang jam 5 petang, pergi makan.. balik ke bilik hotel di Komplek Tabung Haji, berehat, mandi dan Zzzzz...
Esoknya, kami daftar keluar dari bilik hotel dan menuju ke Tamu Gaya. Soping!!! Eh, okey! Sebenarnya kan... actually kan... ehm... saya tidak merancang pun untuk membeli tapi membelah sahaja. Namun begitu, entah kuasa apa yang merasuk diri saya akhirnya saya telah terbeli 5 helai baju-t Sabah (asalnya hanya mahu beli untuk adik-adik, tapi entah kenapa terlebih 2 helai... eh? hehehe, dan dalam perjalanan pulang dari Kundasang kami singgah di gerai cenderamata di mana saya telah terbeli sehelai baju-t juga menjadikan bilangan baju-t yang telah saya beli adalah 6 helai).
Saya juga telah terbeli keychains tanda cenderamata untuk siapa pun saya tidak tahu. Saya terbeli sebab boleh dapat 5 dengan harga RM10. Murah kan? Murah kan? Padahal dalam perjalanan pulang dari Kundasang tadi pun, saya terbeli pensel cenderamata yang dibuat daripada batang kayu dengan harga RM10 untuk 6 batang. Murah kan? Murah kan? Huhuhu...
Selain baju-t dan cenderamata, saya juga terbeli... oh tidak! oh tidak! Memang saya tidak dapat mengelakkan diri saya daripada membeli gelang-gelang kristal dan mutiara yang cantik bersinar dan murah walaupun saya sedar yang saya tidak akan memakainya, maka dengan alasan untuk diberikan kepada umi saya, maka saya telah habiskan RM50 untuk 2 utas gelang kristal dan seutas gelang mutiara. Alasan itu memang logik sebab saya tahu umi saya akan pakai tapi yang tidak logik adalah saya bukan mempunyai wang yang banyak ketika itu. Oh, satu lagi yang saya sendiri mengerutkan dahi ketika membayar (adakah saya dipukau?). Rantai. Ouch! RM60 melayang...
Jalan-jalan lagi, saya telah membuat satu tanda nama yang berharga RM9. Murah kan? Dan beg raga yang baru. Yang ini memang logik untuk saya beli sebab beg sekolah saya sudah rosak. Beg sekolah satu lagi kadang-kadang tidak sesuai sebab saya mahu masukkan cik Lappy saya sekali. Malas mahu bawa dua beg ke sekolah. Berat bah.
Kemudian, satu lagi yang tidak logik di kala beg duit semakin menipis adalah saya membeli beg tangan baru dengan alasan mahu beli yang besar supaya senang untuk dibawa berjalan-jalan. Adeh~~ Dengan sukacita saya memandang beg baru tanpa saya sedari saya akan berdukacita memandang beg duit yang menipis.
Banyak lagi benda yang tidak berfaedah yang telah saya laburkan tapi biarlah menjadi sejarah buat diri saya. Huhuu... Tapi yang satu ini saya tidak sesekali lupa. Kami masuk Watson, saya memang sudah berniat mahu beli solution untuk retina palsu saya. Juga maskara dan pelembab bibir. Saya cari solution yang biasa saya beli, malangnya tiada. Lalu saya ternampak satu jenama solution yang membuat tawaran beli satu (360ml) percuma 1 +2 (360 ml + 60 ml) + beg pelbagai guna. Saya cari tanda harga dan tertulis di situ RM 19.90. Okey~~ bukan saya tidak beringat. Saya pandang tanda harga itu dengan rasa tidak percaya. Saya pandang lagi dan lagi dan lagi... Maka saya buat keputusan untuk mengambilnya. Ketika di kaunter, rupa-rupanya harga sebenar solution itu adalah 2kali ganda. Huhuhu... 3 barang saja dekat dengan seratus ringgit Malaysia. Aiyak!
Dua kali saya berulang alik ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit... adehlah~~ Saya salahkan bank yang menyediakan mesin ATM di dalam pusat membeli belah. Tidak! Tidak! Lalu saya pulang ke Keningau dalam keadaan yang pokai rabak.
CERITA KEDUA
Minggu sebelum bersukaria, saya telah mendapat tugas untuk menguruskan pelajar-pelajar yang akan mengikuti Karnival Pendidikan Pencegahan AntiDadah Peringkat Zon Pedalaman 2009 di SM Teknik, Keningau. Sebanyak tiga acara yang disertai oleh SMK Apin-Apin iaitu nasyid, e-PPDa dan melukis poster. Saya lebih tumpukan kepada nasyid memandangkan bilangan mereka yang ramai. Kasihan 4 pelajar yang mengikuti pertandingan melukis poster, tiada guru yang menemani. Sekali sekala saya luangkan masa melihat mereka yang sedang asyik melukis. Mujur juga Cikgu Mony terlibat sebagai hakim, jadi tidaklah mereka rasa terasing sangat. Maafkan cikgu, ya.
Untuk e-PPDa, Cikgu Ken yang uruskan. Saya cuma uruskan bahagian faks nama kepada penganjur sahaja.
Kesimpulan daripada karnival yang memenatkan itu (dari pagi sampai tengahari), satu pun kami tidak menang. Huhuhu...
Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Ida kerana menemankan saya. Terima kasih banyak-banyak.
Pasukan Nasyid SMK Apin-Apin
4 Peserta Pertandingan Melukis Poster
3 Peserta e-PPDa
CERITA KETIGA
Eh, sekejap ya... cerita ketiga apa ya? Ehm... cerita ketiga lebih kepada kerja saya yang memadankan muka saya sendiri.
Padan muka! Padan muka!
Kenapa? Kerana dalam masa sehari (Jumaat, 8hb Mei) saya harus bertungkus lumus, menyenaraikan para pelajar yang akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk majlis yang akan diadakan pada 13hb Mei nanti, mencari, menyenaraikan dan menghantar faks nama pelajar yang akan mengikuti ke Karnival 'Generasi Bebas Jenayah' Peringkat Negeri Sabah 2009 pada keesokkan harinya (pagi tadi). Tidak lupa menguruskan kenderaan mereka. Menyenarai dan menghantar faks nama pelajar yang akan ke Program Selangkah Ke Menara Gading UMS 2009. Tidak ketinggalan, jam 11.15 pagi hari yang sama, saya bergegas untuk sesi bimbingan berkelompok untuk para pelajar Program Elit.
Memang saya ke hulu-ke hilir bagaikan orang yang tidak menang tangan. Saya cuba untuk buat kool.. konon. Cuba untuk tidak kalut. Cuba untuk berlagak selamba. Tapi, tidak boleh! Memang sudah tabiat saya kalau banyak kerja, atau saya memang ada kerja maka saya tidak dapat sembunyikan kesibukan saya. Mujur juga saya tidak stress sebab saya memang suka bergerak pantas ketika melakukan kerja. Bergerak pantas dalam erti kata melakukan dalam keadaan yang pantas, bukan melakukannya serta merta sebaik sahaja tugas diberikan.. Hehehe... Tak betul! :p
Untuk sesi bimbingan kali ini, saya amat-amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Bukan apa, minggu pertama mereka banyak mendiamkan diri. Saya tanya pun belum tentu mereka mahu menjawab apatah lagi membiarkan mereka bercakap sendiri. Tapi, kali ini belum sempat saya bersuara, mereka sudah bersuara. Bercerita meluahkan perasaan. Nampaknya rapport saya sudah menjadi.. Oyeah! Sayanglah kamu semua! Mmuaah!
Oh ya, ada saya cerita saya ditinggalkan?
Tiada? Hah! Ini mahu cerita.
Kerana terlalu banyak kerja, mahu uruskan pelajar ke Padang Bandaran, saya telah ditinggalkan oleh KakPiah dan KakHa. hmm... bukan ditinggalkan pun, saya lambat tapi KakPiah mahu pulang sudah, jadi saya suruh mereka pulang dulu. Saya ingatkan mahu pulang dengan KakAzah, tapi silap saya tidak beritahu dia. Saya sangka dia akan pulang lambat seperti selalu, rupa-rupanya dia sudah pulang awal.Waaa!! Terpaksa menunggu KakZahN yang bersekolah sesi petang. Pulanglah saya bersama mereka di sesi petang.
Biasalah, nasib orang menumpang. Huhuhu..
CERITA EMPAT
Semalam (9hb Mei) berlangsung majlis gotong royong di sekolah, namun saya tidak dapat menghadirkan diri kerana mengiringi pelajar-pelajar ke Padang Bandaran Keningau untuk Karnival 'Generasi Bebas Jenayah'. Saya ajak KakRoha sekali.
Tidak tersangka pula budak-budak kena berdiri di tengah panas sebagai peserta belia lah kononnya. Kasihan mereka. Jadi, memandangkan majlis tamat awal, saya bagi peluang kepada mereka untuk jalan-jalan di sekitar Keningau sebelum bergerak pulang ke sekolah. Saya dan KakRoha jalan-jalan sekejap selepas mereka berlepas ke sekolah dan kembali untuk mesyuarat Kurikulum.
Adeh, penat. Minggu penat yang padan muka untuk saya. Minggu depan ada lagi. Belum berakhir lagi selagi pelajar tidak menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Saat peperiksaan bermula 18hb Mei nanti, maka kepenatan akan beransur hilang dan kami akan pulang ke kampung! Tidak sabar!!
Oh ya, sepatutnya 29hb-31hb Mei, saya diarahkan mengiringi para pelajar ke UMS untuk program Selangkah Ke Menara Gading 2009, tapi kerana surat lambat sampai dan saya sudah tempah tiket pulang... maaf.. tidak dapat ikut...
Ya, Ali. Cikgu tahu kamu mahu cikgu ikut. Cikgu pun rasa rugi sebab tidak dapat ikut kamu semua. Tapi maaf. Cikgu mahu pulang. Sudah lama sangat cikgu tidak pulang. Huhuhu..
Walaupun penat, namun minggu ini juga banyak buat saya tersenyum.
:)
Salam.
Peace.
p/s: saya mengambil masa dua hari nak siapkan entri ini... dedikasi betul. huhuhu... ahh! yang penting menulis panjang-panjang begini menghilangkan tekanan jiwa saya... yeah!








No comments:
Post a Comment