Salam
Setelah selesai semua kerja, saya jadi kelesuan. Hari ni sekolah lagi walaupun Sabtu. Sekolah ganti, tapi dibuat Mesyuarat Agung PIBG dan Mesyuarat Agung Koperasi. Kalau diikutkan, saya ditugaskan sebagai pengacara majlis dan jurufoto bagi Mesyuarat PIBG. Tapi, saya juga merupakan ahli koperasi dan saya tahu tentang mesyuarat koperasi dulu barulah pasal PIBG. Jadi, saya buat keputusan untuk ke mesyuarat koperasi.
Habis mesyuarat koperasi, mesyuarat PIBG baru bermula (majlis perasmian mesyuarat PIBG serentak dengan mesyuarat koperasi, tetap saya tak boleh menjalankan tugas). Mula-mula nak juga ikut mesyuarat PIBG tapi habis saja hal koperasi, saya terus hilang tenaga. Rasa macam kalau saya ni sebuah telefon atau apa-apa alat elektronik yang menggunakan bateri, kuasa dah 0.
Macam mana tak, habis bola jaring hari Rabu. Hari Khamis, awal-awal pagi dah ada kelas yang mana saya naik tingkat 2 untuk kelas tingkatan 1 kemudian turun jalan dalam 200m naik ke tingkat 2 untuk tingkatan 4. Turun, jalan lagi lebih kurang 300m pula ke bilik guru di tingkat 1. Lepas tu turun naik lagi ke pejabat di tingkat bawah.
Ya, saya tahu itu tak seberapa tapi tenaga saya dah banyak guna untuk dua hari sebelumnya.
Hari Jumaat, saya sudah kelesuan. Paras 'bateri' saya dah tinggal lebih kurang 35%. Habis kelas jam 11.40pagi tapi saya tahan pelajar yang belum siapkan nota sebab asyik bercakap sehingga jam 12.00tengahari. Balik ke bilik guru, bergegas saya tukar baju, tunggu KakFizah dan CikYus.
Sempat tertidur sekejap di sofa. Mereka sampai, kami terus bergerak ke KK.
Sampai di Rumah Persekutuan, parkir pula tiada. Entah kenapa, saya nak temankan CikYus naik ke Rumah Persekutuan manakala KakFizah cari tempat letak kereta. Apabila kami keluar, KakFizah tiada. KakFizah telefon, katanya dia salah jalan.
Ini kali pertama KakFizah bawa kereta sendiri ke KK. Kami menunggu dalam 20 minit, KakFizah masih tak jumpa jalan keluar. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu teksi dan cari KakFizah. Mula-mula KakFizah berkeras nak cari jalan ke Rumah Persekutuan semula, tapi balik-balik dia jumpa jalan masuk ke KKIA.
Keputusannya setelah lebih sejam menanti, kami ambil teksi ke KKIA dan KakFizah tunggu kami di sana. Kami siap tipu pakcik teksi tu sebab malas nak banyak cakap. Hehehe... konon pergi jumpa kawan di lapangan terbang... hahaha...
Pakcik teksi (PT) : Kawan tu suda sampai ka bulum?
Saya dan C.Yus: Err.. aa.. dah kot (dua-dua tak berapa reti nak menipu).
PT : Jadi, mo ulang alik la ni ya?
C.Yus : eh, tak..dia tunggu kami di sana. Jumpa dia di sana ja.
PT : Hantar kawan lah ni.
Saya dan C.Yus : heee...
Nasib baik jumpa KakFizah. Kasihan dia sesat seorang diri. Rasa bersalah pula keluar kereta, kalau saya temankan dia sekurang-kurangnya kalau sesat pun berdua. Boleh saya tolong cari jalan. Hehehe...
Kami teruskan agenda ke 1B walaupun dah lewat. Makan-makan, beli tudung lepas tu balik. Saya batalkan hasrat untuk membeli beg sebab tak seronok membeli dalam keadaan yang nak cepat. Kalau boleh ambil masa tengok, belek lama-lama baru syok. Lagipun kata nak beli beg mahal, kalau tengok sekejap terus beli, tak puas hati. Lagi dua minggu pun nak turun KK lagi masa nak pergi ambil Mr. Jazzy.
Oh ya, Mr. Jazzy dijangka belajar 1hb April ni. Yeay! Harap-harap syarikat kapal tu tak April's Fool kan saya... huhuhu..
Okey, sambung kisah 'bateri'.
Kerana kami lambat di KK, maka kami bertolak pulang pun selepas Maghrib. Dalam jam 7 malam. Masing-masing pun dah layu mata, tapi tahan sebab selagi tak keluar KK, takut
sesat lagi sebab saya sendiri kurang arif jalan-jalan di sana. CikYus saja harapan kami. Sampai di Moyog baru lah boleh kasi can CikYus tidur sekejap.
Bila dah sampai di atas sikit daripada Kampung Moyog, hujan pun turun. Kena pula, lampu tinggi kereta KakFizah tak boleh nak dipasang. Gelap sungguh tak nampak jalan. Asal sempat ada kereta di hadapan kami, ikut saja. Lepas tu merangkak.
Sampai ada satu Kancil ni banyak kali bagi signal suruh KakFizah melintas. Alih-alih dia berhenti di tepi bagi kami lalu dulu. hahaha.. kasihan betul.
Naik atas lagi kabus mula tebal. Nampak jalan tak sampai pun 50m. Sudahlah dalam hutan, tak ada lampu jalan. KakFizah pun hampir terbabas sebab tak nampak selekoh. Nasib baik juga tak ada kereta lain dari arah bertentangan lalu.
Jadi, dipendekkan cerita yang dah memang panjang dan membosankan ini, saya tak tidur sebab temankan KakFizah dan tolong KakFizah pastikan jalan selamat. Kami sampai di rumah jam 10 malam.
Sampai-sampai saja, saya teringat yang baju masih di dalam mesin basuh. Jadi, saya cadang nak sudahkan cuci baju dulu. Pakai mesin manual, jadi kena juga tunggu. Kalau automatik, sah-sah saya tinggalkan saja.
Sambil menunggu baju dicuci, saya terlelap dengan tidur dalam keadaan tunggang terbalik, pintu bilik terbuka, lampu terbuka. Mungkin naluri sejiwa..eceh.. si dia teringatkan saya jam 2 pagi dan telefon saya. Nasib baik, sempat juga siapkan cuci baju.
Bangun pagi pun lewat. KakZahN yang kejutkan dah lebih pukul 6 pagi. Balik dari sekolah pukul 12.30 tengahari lebih, terus mandi. Terus saya rasa macam dah flat sesangat. Dapat rasa seolah-olah bateri saya memang dah kosong. Siap mandi, terus humban badan atas katil dan recharging... hahaha...
Bangun dekat 4.30 petang tapi itupun tak caj penuh. Penat lagi ni. Esok KakFizah ajak makan nasi lemak di Bayangan tapi macam malas. Mahu tidur puas-puas. Cuti saya lebih bermakna apabila dapat tidur sepuas-puasnya tanpa rasa bersalah. Dan saya berjaya pohon cuti rehat semata-mata untuk tidur tanpa rasa bersalah. Nasib baik pengetua faham juga sikit-sikit.. hahaha..
Haih, penat!
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


No comments:
Post a Comment