Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

25 March 2010

Terima kasih.

Alhamdulillah... Syukur pada tuhan kerana segalanya telah berlalu...

Saya lega walaupun bukan sepenuhnya apabila Kejohanan Bola Jaring MSSD Keningau berakhir lebih kurang jam 6.05 petang semalam. Walaupun ditamatkan secara ringkas dan tiada ucapan perasmian penutupan, yang penting semuanya okey.

Perlawanan akhir diantara SMK Keningau II dan SM Teknik Keningau bagi kategori 18tahun ke bawah benar-benar sengit sehinggakan masa terpaksa ditambah selama 14 minit setelah kedua-dua pasukan memperolehi mata seri sebanyak 19 jaringan bagi setiap pasukan. Memang tidak dapat dinafikan kedua-dua pasukan memang hebat.

Bak kata KakFizah:
'Lepas ni kami (SMK Gunsanad II) pula yang kena belasah dengan Teknik. Bersedialah...'

Saya pula sambung:
'Teknik... siapa yang dia tak belasah. Semua dia sapu tu.'

Akhirnya SMK Keningau II menang. Yeay! Saya sokong Keningau II... hehe..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menguruskan acara ini. Tanpa kalian semua, tidak mungkin saya bergerak sendiri.

Suka saya senaraikan orang perseorangan yang banyak menolong saya.
Selaku setiausaha saya yang terpaksa mengikut arahan saya di saat-saat akhir. Yang sering bertanya apa lagi yang harus dibuat. Saya yang sering bertindak sendirian bukan bermakna tak percayakan dia, tapi kerana semuanya datang secara spontan satu persatu. Ingatan saya lemah untuk buat kerja semua sekaligus. Semuanya datang di saat-saat akhir. Tapi, Deavie memang banyak membantu terutama sekali perkara yang berkaitan urusan dengan PPD. Terima kasih Deavie.

Kedua-dua jurulatih SMKAA 18 dan 15. Terima kasih kerana sanggup berpenat lelah melatih kedua-dua pasukan meskipun kamu berdua sendiri banyak tugas lain. Terima kasih Monica dan terutama sekali kepada ketua jurulatih Carol. Tanpa bantuan Carol juga, rasanya kejohanan ini takkan berlangsung. Pengadil-pengadil itu yang sangat berharga.. dan Carol berjaya selamatkan saya.

Kepada Pegawai Teknik Bola Jaring Daerah Keningau, Cikgu Catherine. Terima kasih kerana banyak bersabar dan melayan karenah saya sebelum dan semasa kejohanan. Tanpa bantuan cikgu Catherine, saya terumbang-ambing dan kejohanan ini mungkin tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.

Petugas-petugas sepanjang kejohanan. Walaupun saya buat kerja gila memaklumkan tugas kalian di saat-saat akhir, kalian tetap dedikasi menjalankan tugas. Terima kasih KakNari, KakDoreen, KakMarcellina, KakHilda, KakFazilah, KakJubaidah, Verona, Fedelia, Maria, KakZahN, KakAzah dan KakHa. Maaf kerana buat hidup kalian kucar-kacir selama dua hari. Oh, Cikgu Jaidi yang membantu kami membuat gelanggang. Terima kasih cikgu.

Para pengadil. Para pengurus dan pemain-pemain. Terima kasih semuanya.

Kepada yang tak disebut, terima kasih diatas segala pertolongan dan bantuan kalian.
**********

Hari ni dapat kasut baru sebagai hadiah di atas kerja yang dilakukan. Bukan orang hadiahkan pun. Sendiri hadiahkan. Esok mahu hadiahkan diri sendiri dengan beg idaman pula. Tak kira! Mahu shopping juga! Mahu makan yang bukan-bukan sepuas-puas hati. Yeaaaaayyyy!!!

Salam
Peace.

No comments: